Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, September 30, 2006

NAH KAU!!!

"Masyarakat Melayu di Singapura telah dipinggirkan secara sistematik sejak Parti Tindakan Rakyat (PAP) memerintah republik itu pada 1959 dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menterinya yang pertama, menurut seorang ahli politik veteran republik itu yang kini menetap di sini.

Prof. Mohammed Yacob, bekas setiausaha politik kepada Ketua Menteri Singapura yang kedua, Lim Yew Hock berkata, peminggiran itu berlaku walaupun perlembagaan republik itu mengiktiraf hak kaum minoriti dan hak istimewa orang Melayu yang tinggal di Singapura"

Baca laporan Utusan Malaysia, 29 September 2006

Yang kata bukan mamat pasembor kat mana-mana tepi jalan tapi seseorang yang pernah bersama Lee Kuan Yew dalam pentadbirannya. Kitaro rasa Kuan Yew takkan minta maaf kerana keangkuhan mereka sudah terbukti sejak 1963.

Hari ini, mengikut laporan akhbar Straits Times, Setiausaha akhbar Lww Kuan Yew, YY Yeong berkata, surat itu sekarang berada di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

"(Ia) sedia diserahkan secara peribadi kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi," katanya.

Apa kandungannya? Adakah kerajaan Malaysia BERANI menyiarkannya? Kita tengok esok.

Read more!

Wednesday, September 27, 2006

JUDISIARI, LEGISLATIF = EKSEKUTIF

Generasi muda hari ini terlalu leka dengan arus hedonisma sehingga melupakan beberapa fakta sejarah yang memberi kesan yang amat mendalam kepada negara kita. Mahasiswa undang-undang juga tidak terlepas mengalami sindrom ini.

Bagi anda yang melayari
Malaysiakini.com, mungkin anda sendiri tertanya-tanya siapa mamat sorang ni? (Mendukacitakan kerana akhbar perdana tidak banyak membuat liputan tentang isu ini sedangkan ia membabitkan sistem keadilan negara). Kenapa tiba-tiba muncul seorang tua yang bernama Salleh Abas beria-ia bercakap tentang kehakiman negara?

Tiba-tiba pula orang tua itu berperang mulut dengan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Hebat sangat orang tua itu? Orang tua yang bernama Salleh Abas itu menyatakan;


1. Bekas PM, Dr Mahathir memintanya berhenti atau terpaksa menghadapi tribunal.

2. Seorang wakil kepada seorang menteri kanan memujuknya supaya meletak jawatan atau pergi bercuti panjang. Jika tidak beliau akan dipecat. Beliau juga ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Bank Pembangunan Islam di Jeddah dengan gaji yang sangat lumayan.

3. Sebulan selepas beliau digantung tugas, Raja-raja Melayu bersetuju memaafkannya jika beliau memohon maaf pada Yang Dipertuan Agong kerana menulis satu surat kontroversi kepada baginda. Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku apabila Salleh mengadap baginda.

4. Penggantungan 5 Hakim Mahkamah Rayuan yang akhirnya membawa kepada pemecatan 2 daripadanya dirancang bagi menghalang mereka mendengar permohonan Salleh supaya kes pemecatannya dikaji semula.

5. Sultan Johor yang menjadi Yang Dipertuan Agong ketika itu memberitahu Salleh bahawa baginda telah “dipergunakan”. Baginda mahu memohon maaf secara terbuka terhadap peranannya dalam pemecatan Salleh tetapi pihak atasan dari Kuala Lumpur akhirnya berjaya “memujuk” baginda jangan berbuat demikian.

18 tahun menelan pahit

Setelah 18 tahun, Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara telah mendedahkan kecelaruan sistem kehakiman negara akibat dari detik paling gelap dalam sejarah kehakiman negara.

Atas kuasa Alah, hakim-hakim tribunal yang menjatuhkan hukuman memecat Tun Salleh Abas iaitu Hakim George Seah dan Hakim Wan Sulaiman juga telah dipecat kerana didapati bersalah atas dakwaan salah laku juga oleh tribunal yang sama.

Kini, walau apa jua alasan Nazri Aziz, arus dan tuntutan untuk menilai semula krisis kehakiman 1988 semakin hangat dan membara. Sudah tiba masanya maruah kehakiman negara dikembalikan!

Read more!

KEM RAMADHAN

Tempoh masa: 1 bulan sepanjang Ramadhan

Sasaran: Semua umat Islam sedunia

Tempat: Pusat Latihan Alam Dunia

Modul:
1. Menahan lapar dan dahaga
2. Menahan diri dari berkata dusta atau perkara sia-sia
3. Menahan diri dari melangkah ke lembah maksiat dan kehinaan

Kelebihan:
1. Pintu Syurga dibuka, pintu Neraka ditutup
2. Syaitan dibelenggu dari memasuki manusia
3. Segala ganjaran dilipat gandakan
4. Peluang pengampunan dari Boss dunia
5. Peluang menerima rahmat dari Raja dunia
6. Sekiranya mati, maka dijauhkan dari azab api Neraka

Objektif:

1. Menjadikan peserta tergolong di kalangan orang bertaqwa
2. Melatih kesabaran di kalangan peserta menghadapi cabaran
3. Menyedarkan peserta agar bersyukur dengan apa yang ada
4. Memahamkan peserta tentang kesusahan orang lain
5. Memupuk semangat berlumba-lumba membuat kebaikan

Tanda-tanda peserta gagal selepas sebulan latihan kem (1 sahaja):

Perangai masih sama atau lebih buruk dari sebelum memasuki Kem Ramadhan

Read more!

Monday, September 25, 2006

SINGAPURA 'NAIK TOCANG'

"Jumaat lalu, di luar mesyuarat Bank Dunia-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura, Lee Kuan Yew berkata sikap Malaysia dan Indonesia terhadap Singapura dibentuk oleh cara layanan mereka terhadap etnik Cina minoriti di negara mereka sendiri.

Lee Kuan Yew mendakwa Malaysia dan Indonesia mempunyai masalah dengan kaum Cina di negara masing-masing kerana etnik itu berjaya serta bekerja kuat, justeru mereka dipinggirkan secara sistematik."

Betul kata Mahathir?


Dulu, Tun. Dr. M mengamuk dan mengkritik pedas kerajaan Malaysia rentetan daripada isu pembatalan pembinaan jambatan bengkok kerana tidak mahu Malaysia dilihat lemah dan tunduk kepada Singapura.

Kini, Singapura melalui bekas PM Lee Kuan Yew menghina Malaysia atas tuduhan mendeskriminasi kaum Cina secara sistematik. Nampaknya, Singapura memang sudah berlagak hebat. Seolah kebimbangan Tun Dr. M menjadi realiti kerana Malaysia kelihatan seolah lemah dan tunduk kepada Singapura sehingga menyebabkan Singapura 'naik tocang'!

Kitaro adalah salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang bersedia mempertahankan kedaualatan negara!

Read more!

Friday, September 22, 2006

CABARAN

Setelah mengerah segala jentera; Kementerian Pengajian Tinggi, Biro Tata Negara, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Pejabat Menteri Besar, pentadbiran universiti sehinggalah kepada peraturan pilihanraya, maka keputusannya sudah dapat dijangkan; Rejim Aspirasi berjaya menawan MAJORITI kampus... ulang suara... MAJORITI kampus... bukan SEMUA!

Setelah setahun Revo / Aspirasi diberi peluang memimpin SRC, ternyata betapa warga UIA mahu WUFI kembali ke arena politik kampus dan memimpin SRC. Rejim Aspirasi telah tumbang dan kalah teruk di UIAM. Kini, UIA memikul tanggungjawab besar merealisasikan harapan warga kampus. Sudah lama rakyat Malaysia tidak melihat dan mendengar suara mahasiswa di arena kebangsaan.

MPPUIA juga bakal sekali lagi berhadapan jentera-jentera yang disebutkan di atas. Arus cabaran semakin deras. Tetapi kumpulan yang pernah memimpin SRC sejak 1998 hingga 2005 mampu survive dan mencapai kejayaan dengan gaya mereka tersendiri.

Di kesempatan ini, Kitaro ingin menyatakan setinggi penghargaan buat exco-exco SRC yang ikhlas dan bertugas bermati-matian dalam memenuhi tuntutan amanah. Tahniah buat kalian! Buat WUFI, its business time!

Baca:
Komen Pakdi tentang PRK
Revo tumbang di UIA


Read more!

Tuesday, September 19, 2006

PADAN MUKA?

Pope John Paul II terkenal dengan sikapnya yang menghormati agama lain terutama sekali Islam. Malah dalam sejarahnya hidupnya, Pope John Paul II tidak pernah walaupun sepatah mengeluarkan kata-kata atau tulisan menghina Islam mahupun agama lain.

Kini muncul Joseph Ratzinger (nama sebenar Benedict) dengan kenyataan menghina Islam tetapi beralasan hanya memetik dialog antara Maharaja Bizantin Manuel II dengan seorang cendiakawan Parsi berkenaan Islam dan agama Kristian pada tahun 1391 (kerajaan Kristian Bizantin ketika itu berpusat di Ankara, Turki).

Di dalam dialog tersebut Maharaja berkenaan berhujah berkenaan struktur keimanan berdasarkan Quran dan Bible termasuklah tentang hukum Jihad dalam Islam. Kata Maharaja tersebut:


Show me just what Muhammad brought that was new, and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.

Tunjukkan pada ku apa sahaja yang baru yang dibawa oleh Muhammad (pasti di sana) kamu akan dapati segala yang jahat dan tidak berperikemanusiaan, umpamanya arahan beliau untuk menyibarkan agamanya melalui mata pedang

Kemudiannya Ratzinger telah menyatakan:

But for Muslim teaching, God is absolutely transcendent. His will is not bound up with any of our categories, even that of rationality.

Di dalam ajaran Islam Tuhan lah segala-galanya. Kehendak Tuhan tidak terikat dengan mana-mana kategori kita (Kristian), walaupun berhubung sesuatu yang rasional.

Sejarah telah merakamkan sewaktu era Pope John Paul II, Ratzinger mempunyai track rekod buruk dalam menyatakan pandangannya terhadap Islam;

1. Ratzinger pernah membantah usaha Turki (yang dimenangi Parti AK sekaligus melenyapkan era sekularisma at-Tartuk) untuk menyertai Kesatuan Eropah atas alasan Turki memiliki budaya yang sama-sekali berbeda dan sebarang langkah ke arah itu akan hanya menentang arus sejarah peradaban dunia.

2. Pernah pada tahun 1996 beliau menulis bahawa Islam kelihatan sukar menyesuaikan dirinya dengan arus kemodenan dunia.

Sebagai Ketua Agama, Pope Benedict tidak boleh mengeluarkan kenyataan menghina sebegitu walaupun kita berpegang kepada kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara tidak menjadi justifikasi untuk menghina.

Namun, amat menyedihkan apabila masih ada Muslim yang tidak rasa apa-apa terhadap isu ini. Sebabnya mudah, kerana tidak menjejaskan periuk nasi mereka. Mereka boleh pergi konsert tanpa diganggu, tengok CD dengan seronoknya, tidur dan berselimut litup, study, dengar kuliah di kelas dan tutorial sedang di luar sana kedengara suara-suara menghina agama Allah.


Read more!

PILIHANRAYA KAMPUS

Bahang pilihanraya kamus sudah mula membakar. Semua kampus IPTA sudah berlangsung proses penamaan calon (18 September 2006). 21 Spetmebr menjadi penentu samada 'menang besar' Aspirasi sebelum ini adalah kerana kekuatan mereka atau kerana syok sendiri.

1. Di UIA, Revo solah tidak bermaya. Ikuti perkembangan politik UIA di
Harapan Online.

2. Jangan lupa untuk ketahui perangai dan gaya tulisan Aspirasi di
Idealis Mahasiswa. Laman ini ditaja oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan mendapat pemantauan terus Adham Baba.

3. Anda boleh juga melayari
Kampus Negara yang merupakan laman alternatif untuk mahasiswa.

Memetik doa sahabat karib Kitaro; Abdul Razak Abdul Muthalib yang kini sedang dalam kembara ilmu di Tanah Haram;

"Ya Allah, mudahkanlah urusan dan berikanlah kemenangan untuk mereka yang ingin memperjuangkan Islam (khasnya di UIA). Ikhlaskan hati mereka... tepatkan gerak kerja mereka... berikan mereka kefahaman dan kekuatan untuk tegakkan al-Qur'an dan as-Sunnah... Ampunkan dosa mereka... Amin Ya Rabbal 'Alamiin"

Selamat Berpilihanraya!

Read more!

Sunday, September 17, 2006

HIBURAN MINGGU INI 2








1. Perlis 2 - Negeri Sembilan 1

2. Chelsea 1 - Liverpool 3

3. Manchester Uniter 2 - Arsenal 1

Anda bagaimana? Jom sokong Man U!



Read more!

Thursday, September 14, 2006

SIAPA BODOH?

"Power, force and compulsion solve nothing... You can put them (apostates) in jail. But (as to) the matter of faith and belief, how do you change them?"

Kitaro: Siapa kata mereka yang murtad mesti dipenjara? Soalnya, jika Islam terus ditonjolkan tanpa merujuk ajaran wahyu sepertimana sepertimana oleh orang yang bercakap di atas (Zaid Ibrahim), maka makin ramai mereka akan keluar dari Islam.

"We can't talk about it because God will punish her (Lina Joy)? What's the problem? She's not a Muslim anymore, so God will punish her surely?

"But do we play God's role now? How do you know God won't forgive her? How do you know?"

Kitaro: Mengapa Allah turunkan al-Qur'an? Mengapa Allah mengutuskan Rasul? Supaya manusia mengetahui apa yang berlaku di alam ghaib, kenal dosa dan pahala dan mengenali azab dan balsan Tuhan.

Orang yang bercakap tu baca Qur'an tak?

Jom baca bicara 'bodoh' seorang yang mahu menjadi wira 'agama' ini. Nilai atas kebijaksanaan anda.

Read more!

Wednesday, September 13, 2006

PUTERA UMNO

Dengan memberikan setiap peserta iwajib' memakai t-shirt Putera UMNO dalam apa jua aktiviti, apa sebenarnya tujuan Putera UMNO mengadakan program Ekspedisi Mat Rempit? Untuk mendidik jiwa? Mentarbiah mat dan minah rempit? Mengajak mereka dekat kepada Tuhan? Atau memancing pengundi muda agar mengundi UMNO dalam pilihanraya akan datang?

11 September 2006

... Lebih 50,000 'Mat Rempit' seluruh negara akan berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil, dekat sini, dari 10 hingga 12 November ini bagi mendengar amanat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi...


... LUMUT - Keluarga Ahmad Wazir Mat Dahang, 64, kini tidak perlu lagi risau memikirkan tempat berteduh setiap kali hujan, apabila lebih 50 mat rempit bergotong-royong membaiki bumbung rumah mereka yang sudah hampir ranap...

12 September 2006

Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata ekspedisi yang disertai anggota dari Kuala Lumpur dan Selangor itu merupakan sebahagian daripada pendedahan awal dan motivasi kepada golongan itu supaya menjauhi gejala tidak sihat.

13 September 2006

... Penduduk Teluk Muroh di Lumut dilaporkan terpaksa membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam daerah apabila sekumpulan peserta expedisi anjuran Putera Umno mandi dan berendam dalam kolah mengambil wuduk di masjid kampung tersebut...

... Manakala lapan remaja lelaki dan perempuan peserta expedisi tersebut dilaporkan ditangkap kerana berkhalwat di sebuah hotel di pekan tersebut...

...Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan peserta ekspedisi terlibat dalam pesta seks...

Perhatian: Yang membuat laporan bukannya Pemuda PAS atau DAP mahupun PKR, tapi Penduduk Teluk Muroh di Lumut...

P.S: Bila agaknya parti-parti alternatif (samada PAS atau PKR) nak menyediakan program alternatif-program kepada remaja?


Read more!

Tuesday, September 12, 2006

TANPANYA...

1. Matlamat jangka masa pendekdan jangka masa panjang

Tanpanya anda akan hilang arah, tidak fokus, tidak melakukan tindakan yang menjanjikan kejayaan, melakukan sesuatu yang sia-sia dan tiada penghujung. Akhirnya, anda tidak mencapai apa-apa.

2. Sumber maklumat

Tanpanya anda anda tidak dapat merancang dan bertindak dengan accurate. Anda akan ketinggalan zaman, organisasi anda gagal bersaingdengan cabaran semasa dan terus gagal untuk memastikan masa depan yang lebih baik. Malah anda tidak dapat membuat kajian sekaligus gagal membangunkan organisasi, pasukan dan diri anda sendiri.

3. Kajian dan Pembangunan

Tanpanya, anda akan dipandang 'bodoh' kerana sentiasa melakukan perkara yang sama, apa jua produk yang dihasilkan adalah lemah dan gagal memenangi hati golongan sasar. Organisasi, pasukan dan diri anda akan statik dan tidak ada peningkatan dalam apa jua gerak kerja.

4. Persediaan awal

Tanpanya, anda mendedahkan diri kepada 'belasahan' mana-mana pesaing anda. Andahanya akan mendedahkan aib sendiri kerana ternyata anda memang tiadaapa-apa akibat dari kurang persediaan.

5. Disiplin dan semangat juang

Tanpanya anda tidak dapat memberi apa-apa manfaat samada pada diri anda, pasukan mahupun organisasi. Malah anda akan disishkan dan tiada tempat bagi anda di mana-mana kemuncak kejayaan. Anda hanyalah umpama mayat hidup yang berjalan.

6. Fasiliti dan peralatan

Tanpanya, anda seperti insan kehausan di tengah kemarau dan terik matahari. Anda ibarat membunuh diri!


Ikuti
Rahsia kejayaan Hizbullah tewaskan Zionis Israel

Read more!

Monday, September 11, 2006

LIVERPOOL 0 - EVERTON 3, Wakaka


"Pemain saya melakukan terlalu banyak kesilapan dan mereka terlalu lembut pada minit-minit awal permainan. Mereka membiarkan diri ditekan angkara kegagalan menangani hantaran jauh lawan dan dua gol pertama Everton hadir daripada kesilapan itu." - Rafael Benitez, Pengurus Liverpool

1. Pakdi kata, "Biasa ler... kalah awal musim. Kalau asyik menang, mana ada challenge." Itu kata penyokong Liverpool.

2. Kitaro kata, "Ok jer sebab Man Utd masih top di Liga Perdana Inggeris. Liverpool nak kalah ker, Arsenal nak seri ker... lantak koranglah. Tapi kita mesti selaras matlamat; JANGAN BAGI CHELSEA JUARA LIGA!"

Kesimpulannya;

1. Fokus pada matlamat. Perbanyakkan kawan, kurangkan lawan.

2. Benitez anggap pemainya terlalu lembut dalam permainan sebagai punca utama kekalahan. Ia tidak sesuai dalam permainan bola sepak apatah lagi jika mahu menang. Kalau malas nak tackle, takut nak terjah, kalau ada peluang untuk 'dive' masa dalam kotak penalti tapi tak nak... tak payahlah nak main bola.

Pilihanraya kampus bakal menjelma... dalam pilihanraya macam-macam berlaku. Propaganda, perang saraf, sabotaj... kalau terlalu 'berlembut', tak payahlah sertai pilihanraya. If you know what I mean...

Pesan Kitaro, tidak kira siapa anda... jika nak berpilihanraya, pastikan padang sama rata, gol sama luas, pengadil yang adil dan tidak berpihak.

Read more!

TUHAN DAN KUASA

1. Jangan berlagak macam Tuhan!

Maka berkatalah Zaid Ibrahim dalam satu program SUHAKAM di Hotel Renaisance sempena Hari Hak Asasi,

"Kita tidak boleh berlagak macam Tuhan dengan mengatakan itu dosa ini pahala... Dalam parlimen, ada ahli yang mengatakan mesti ada undang-undang berkenaan murtad jika tidak, kita berdosa kerana membenarkan murtad. Itu bodoh...!"

Tambahnya lagi, "Isu Lina Joy bukannya bermaksud agama Islam sedang diancam. Ia tidak ada kaitan dengan agama. Dia (Lina Joy) hanya memohon agar perkataan Islam dibuang dari kad pengenalannya dan biarkan mahkamah yang menentukan. Ia adalah isu undang-undang, bukan isu agama!"

Apa maksud berlagak sebagai Tuhan?


1. Adakah dengan mengatakan sesuatu yang Tuhan kata dosa maka kita ingatkan orang lain akan bahaya dosa dan bersama mengejar pahala?

2. Melakukan sesuatu yang mencabar kuasa Tuhan seperti memcipta undang-undang sendiri dan menganggapnya lebih baik dari undang-undang Tuhan?

Zaid Ibrahim pernah memfailkan saman mahkamah terhadap Hudud memohon pengisytiharan mahkamah agar ia tidak sesekali dilaksanakan di Malaysia? Siapa yang berlagak macam Tuhan?

2. Tun Dr. M tewas?

Tun gagal dipilih sebagai perwakilan Umno Kubang Pasu dalam mesyuarat bahagian tersebut semalam (10 September 2006). Beliau memperolehi 227 undi di tangga kesembilan daripada 15 calon yang bertanding.

Teori Kitaro... Kenapa Tun kalah?

a. Kerana Tun tidak popular dan tiada sokongan

b. Kerana ahli UMNO tidak mahu Tun dimalukan semasa Perhimpunan Agung UMNO lantas beliau tidak diundi sebagai perwakilan

c. Arahan atasan kepada UMNO Kubang Pasu memastikan Tun tidak menjadi perwakilan. Jika gagal, mereka akan menghadapi tindakan sewajarnya.

Bayangkan jika Tun masih PM atau sekurang-kurangnya memegang apa-apa jawatan dalam parti atau kerajaan, Kitaro percaya Tun tidak akan tewas. Di situ nilai 'kuasa' dalam UMNO. Kesimpulannya adalah antara 2;

1. Hebat mana sesoerang tokoh itu sekalipun, jika tiada jawatan dia tiada tempat dalamn UMNO.

2. Tun tidaklah sehebatmana kerana belum gagal meraih undi sebagai perwakilan ke perhimpunan agung.

Yang mana satu pilihan anda?

Baca: Ahli UMNO disogok agar tak undi Dr. M

Read more!

Wednesday, September 06, 2006

HIBURAN MINGGU INI

1. Mahasiswa dan Politik

Pernah tak anda mendengar atau diberi nasihat atau dianccam atau berkata atau menulis; "Kamu mesti belajar dulu. Fokus pada pelajaran," "Jangan buang masa berpersatuan. Sia-sia belaka tu," "Belajar dulu baru berpolitik!"

Siapa kata dengan berpersatuan dan berpolitik di kampus menjadi punca utama kegagalan akademik? Punca persatuan atau diri sendiri? Punca sibuk dengan tugas atau sikap suka bertangguh? Punca tiada masa atau masa dibuang?
Syahir (mantan exco MPPUIA) antara salah seorang mahasiswa aktif yang telah menempelak segala dakwaan di atas.

2. Islam dan Bangsa

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam."

Cuba anda hayati kalam Tuhan di atas. Adakah ia bermaksud Islam hanya untuk orang Melayu atau hanya untuk bangsa Arab? Atau Islam mengatasi sempadan bangsa dan perkauman? Yang pasti, Allah tidak menilai samada anda dari bangsa mana, keturunan apa, anak siapa, jawatan apa mahupun daripada kerabat di raja mana sekalipun. Allah hanya menilai komitmen anda pada agama yang diiktiraf oleh-Nya.

Sebab itulah Tok Guru Nik Aziz menegaskan
faktor Melayu bukan segalanya untuk diangkat menjadi pemimpin. Jika Melayu etapi korup, apa faedahnya? Faedahnya ialah yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Hapuskan politik perkauman!

Read more!

Monday, September 04, 2006

RETRO: KONSERT MERDEKA KLCC

Kitaro percaya bahawa bukti menghargai nilai merdeka bukan hanya mengibarkan Jalur Gemilang

Kitaro adalah pendengar setia radio Era


Ketika mendengar radio Era yang menyiarkan secara langsung konsert Merdeka KLCC, satu soalan yang ditanya oleh pengacara konsert; Aznil Haji Nawawi kepada seorang budak kecil;

"Apa lagi bangsa yang ada dalam negara kita selain Melayu, Cina dan India?"

Jawab si anak kecil itu dengan selamba dan senyum riang, "Bang... SAT!!!"

49 tahun kita merdeka, inilah generasi pelapis warisan bangsa. Siapa yang bersalah? Generasi muda yang tak pandai menghargai kemerdekaan? Atau pengisian merdeka yang mengajar anak muda untuk menjadi kurang ajar, suka berhibur dan ketinggalan dalam dunia global? Merdeka!


Read more!

Friday, September 01, 2006

KUASA

Senarai terkini pencalonan perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO, November ini;

Tempat PERTAMA: Samsudin Ahmad (Setiausaha Bahagian) - 97 daripada 143 pencalonan.

Tempat KEDUA: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir - 50 daripada 143 pencalonan pencalonan

Tempat kedua TERBAWAH daripada 17 calon: Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) - 15 pencalonan daripada 143 pencalonan.

Dalam UMNO, walau hebat mana anda sekalipun hatta seorang mantan PM dan Presiden parti... jika anda tidak ada kuasa, anda tidak akan mendapat tempat dan tiada lagi penghormatan.

Dalam UMNO sajer ker?

Read more!

BIJAK

Kadang-kadang kita terlalu ekstrim dengan sebahagian kecil dari tindakan kita mengakibatkan orang bukan Islam tidak lagi memandang Islam sebagai agama indah, aman, sejahtera dan penuh dengan kasih sayang.

Memang jelas dalam Islam bahawa hukuman bagi mereka yang murtad adalah bunuh. Soalnya, adakah perlu dibunuh segera sebaik sahaja seseorang itu murtad? Atau perlu ada proses-proses pra sebelum dihukum bunuh? Atau tak perlu bunuh pun?


Dalam syari'at Islam, Allah dan Rasul menyediakan panduan berbeza dalam hal ibadah khusus dan soal keduniaan khususnya politik. Contohnya dalam menunaikan solat, Rasul mengajar setiap langkah bagaimana untuk menunaikan solat. Begitu juga dalam berpuasa, menunaikan haji dan lain-lain ibadah khusus.

Berbeza dalam soal politik dan pemerintahan negara,Islam menyediakan ruang yang amat banyak untuk ijtihad oleh pemerintah yang adil. Buktinya, cara perlantikan Saidina Abu Bakar tidak sama seperti perlantikan Saidina Umar, Osman dan Ali. Begitu juga cara pemerintahan mereka yang tidak sebijik sama tetapi selaras dari segi prinsip Aqidah dan ajaran Rasulullah SAW.

Begitu juga dalam cara pemerintah menangani gejala riddah. Pada zaman Rasul, disebabkan umat Islam amat dekat dengan Nabi Muhammad, dapat melihat akhlaknya, mendengar sendiri ajarannya dan bertemunya setiap kali timbul kekeliruan, maka amatlah sesuai jika ada yang tiba-tiba keluar daripada Islam dan dia dihukum bunuh.

Pada hari ini, umat terpaksa berhadapan dengan pelbagai versi Islam. Ada yang Syi'ah, Mu'tazilah, anti-hadis, tariqat, liberal dan... Hadahari. Ditambah pula buku-buku memfitnah para sahabat, menyeleweng fakta kenabian ajaran-ajaran sesat seperti mengaku nabi Melayu dan sebagainya... tiba-tiba ada yang murtad, adakah segala kesalahan mesti berpunca daripada si murtad? Adilkah jika dia dihukum bunuh serta-merta sedangkan Islam adalah agama yang adil.

Di sinilah peranan umara' dan ulama' bergabung tenaga. Selagimana ulama' bisu dan meng'iyer'kan segala tindakan umara', selagi umara' membelakangkan ulama' (buat dulu baru tanya ulama')... selagi itulah ruang ijtihad yang disediakan tidak akan dimanfaatkan dengan bijak.

Kesimpulannya... jom muhasabah dan perbaiki cara dakwah kita. Fahamkan orang Islam mengapa mereka menganut Islam. Islam bukan sahaja untuk dianuti, tetapi ia mesti dipertahan, disebarkan dan dipertahankan. Jangan hanya salahkan mereka yang murtad semata. Buat pemerintah, penuhi amanah anda dengan sebaiknya, jika tidak... terimalah hukumannya 5 tahun sekali. Itu pun jika rakyat bijak memilih...

Baca: Apa Ertinya Saya Menganut Islam?


Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?