Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, November 28, 2006

TERBONGKAR: PROJEK UMNO TAWAN KELANTAN


Satu lagi Projek Barisan Nasional

Objektif:

1. UMNO mempergunakan mahasiswa untuk tawan Kelantan
2. Setiap IPTA akan ada 'kampung angkat' untuk gerak kerja tawan Kelantan

Nama program: Seminar Pelajar Kelantan (kononnya membincangkan isu pembangunan modal insan)

Tarikh: Sabtu, 2 November 2006

Masa: 9 pagi hingga 5 petang

Tempat: UiTM machang, Kelantan.

Orang penting dalam program ini: Dato' Pa (Menteri KPT?) dan Annuar Musa


Siapa kata mahasiswa tidak boleh berpolitik?


Read more!

PERANAN MUFTI

Berikut adalah antara kandungan temuramah antara Dr. Asri dan Malaysiakini.com

1. Isu Kongsi Raya

...Dr Asri bagaimanapun menegaskan perayaan-perayaan Islam tidak boleh dianjurkan bersama dengan perayaan agama lain kerana perayaan Islam perlu dirayakan mengikut ajaran dan nilai Islam.

"Perayaan agama kita terikat dengan akidah. Sebagai contoh hari raya Aidil fitri, Tuhan mahu kita merayakan kejayaan berpuasa dan memuji-mujiNya serta membesar-besarkan-Nya kerana telah memberi kekutaan dnan rezeki kepada kita," jelas Dr Asri yang merupakan Mufti termuda di negara ini.

Beliau bagaimanapun sependapat dengan Mufti Qatar, Yusuf Al-Qaradhawi yang tidak melarang umat Islam mengucap "Selamat...." kepada penganut agama lain pada hari perayaan masing-masing.

Tiada apa-apa yang salah dalam perbuatan itu asalkan tidak membesar-besarkan atau memuja agama dan tuhan mereka, katanya lagi.

2. Keberanian dan Peranan Mufti

Menurutnya lagi, dalam membincangkan isu-isu agama seperti ini, dan memutuskan fatwanya, pihak-pihak luar jangan mengenakan sebarang tekanan kepada pihak berkuasa agama.

"Hanya dengan cara ini, barulah mufti–mufti dan pakar-pakar agama dapat membincangkan dengan wajar dan munasabah," ujarnya..

"Kami perlu membuat keputusan secara bebas. Kami perlukan kebebasan. Saya tidak boleh membuat keputusan bagi menyokong keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Saya tidak akan berbuat begitu. Kalau kebetulan keputusan itu sama, itu satu hal lain. Tapi kalau saya diberi pilihan 'buat keputusan bagi menyokong kerajaan atau tinggalkan jawatan ini...' saya akan pilih meninggalkan jawatan ini," tegas Dr Asri.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga menyatakan, beliau menerima tawaran menjadi Mufti Perlis tanpa meletakkan syarat-syarat khusus.

Katanya, yang ada hanyalah persefahaman bahawa beliau akan berperanan sebagai Mufti dan bukan dibayangi oleh sesiapa yang berkuasa di negeri itu.

"Peranan saya sebagai Mufti ialah untuk mengeluarkan fatwa dan memberikan pandangan serta membincangkan fatwa. Saya tidak boleh berfungsi di sebalik bayang-bayang tokoh-tokoh tertentu dan menurut semua kata-kata atau tindakannya."

"Personaliti saya sebagai Mufti tidak boleh ditenggelamkan dalam personaliti orang lain. Jika identiti Mufti ditenggelami oleh identiti pihak berkuasa, apa guna negeri ini ada Mufti?" tambahnya.

P.S: Selamat bertugas Dr. Asri. Kembalikan martabat institusi mufti.

Read more!

Monday, November 27, 2006

KENYATAAN MEDIA PERTAMA MUFTI BARU PERLIS

Kemunculannya mula disedari kerana kepetahan dan kehebatan hujahnya apabila berhujah dengan Astora Jabat kira-kira 7 tahun yang lalu.

Kadang-kadang kehadirannya kurang disenangi kerana idea dan kelantangannya yang dikatakan menentang arus.

Kitaro mula mengenalinya ketika berpeluang menjadi panelis bersamanya (terasa amat kerdil ketika itu) dalam satu forum sewaktu menjadi pemimpin pelajar di matrikulasi suatu ketika dahulu.

Kitaro mengagumi beliau walaupun adakalanya terdapat pandangan-pandangan beliau yang tidak sependapat dengan Kitaro. Namun, itu adalah perkara normal kerana kita bebas berfikir asalkan bersandarkan hujah yang kuat dan tepat. Mungkin juga kerana sukar menjumpai kualiti individu sepertimana beliau yang pernah Kitaro jumpai.

Kini beliau telah menerima amanah sebagai Mufti Perlis. Sudah sekian lama institusi Mufti di Malaysia dipandang rendah kerana sifat dan sikap mufti yang pasif, ortodoks, ekslusif, kaki ampu dan penakut. Cabaran utama Dr. Asri ialah merungkai dan meleburkan persepsi itu!

Seperkara lagi, walau apa jua helah atau percaturan politik, semoga MB Perlis Shahidan Kassim ikhlas... If you know what I mean.

Kenyataan Media terawal (mungkin pertama) Dr. Asri… 'Kemukakan Hujah Anda'


Al-Quran sendiri memberi ruang kepada orang ramai untuk bertanya, mempersoal dan mencabar pemimpin agama mereka mengenai pengajaran dan amalan agama Islam, kata Mufi Perak, 27 November 2006Dr Mohd Azri Zainul Abidin.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) kelahiran Pulau Pinang itu dilantik sebagai Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun mulai 1 November, menggantikan mufti Mat Jahya Hussin.

Berusia 35 tahun, beliau merupakan mufti termuda. Selaku mufti, tugasnya ialah merangka dan membincangkan mengenai fatwa serta menasihatkan Raja Perlis dan kerajaan negeri mengenai halehwal Islam.

Dalam satu wawancara, Dr Mohd Asri berkata, bertentangan dengan kecenderungan sesetengah umat Islam yang sentiasa reaksi negatif terhadap persoalan dan kritikan mengenai agama mereka, Islam sebaliknya, memberi ruang kepada pengkritiknya untuk menyuarakan keraguan dan hujah mereka.

Menurutnya, al-Quran bukan sahaja mengemukakan dalil bagi membuktikan kenyataannya dan untuk menyokong kebenarannya, tetapi juga memberi ruang yang sama kepada pengkritiknya.

"Menurut al-Quran: Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar," kata Asri.

Beliau menyebut mengenai tindak balas keras orang Islam terhadap sebarang persoalan yang menyentuh agama mereka.

"Mereka selalu bertanya, ‘Apakah tindakan yang akan kita ambil? Ini telah sesat! Dan seterusnya....Apa juga pandangan yang tidak sehaluan dengan mereka, mereka mengamok dan bukannya memberi hujah dan bukti serta menjawabnya secara intelektual," kata Asri.

Sehubungan itu, Asri berkata, cabaran terbesar ialah kemampuan memberi respons yang sesuai dan berkesan terhadap cabaran yang dihadapi oleh ummah (masyarakat Islam) – sama ada ianya di segi ideologi atau sebaliknya.

Sesuatu idea itu, tegas beliau, apabila diperkenalkan mungkin dapat didiamkan untuk sementara, tetapi ia tidak boleh dihapuskan sama sekali kecuali ada idea lain yang lebih baik daripada yang pertama tadi.

"Idea itu akan hidup dalam minda dan fikiran orang ramai. Jika kita mahu menolak sesuatu idea atau kefahaman, ia bukannya melalui penggunaan paksaan, tetapi melalui hujah yang lebih baik," tambahnya.

Sikap konservatif

Bagi menjelaskannya, Asri mengulangi pendiriannya tentang isu murtad di mana, menurutnya, ketegangan yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada sikap pemimpin agama yang mengalihkan tumpuan daripada mecari sebab-sebab mengapa umat Islam menjadi murtad.

Usaha menangani persoalan, umpamanya punca murtad, jelas Asri, adalah cabaran yang lebih relevan kepada pemimpin agama dan Islam, daripada berdebat mengenai isu-isu hukuman apabila murtad.

Menurut Asri lagi, generasi muda kini telah beralih daripada sikap konservatif golongan establishment agama kerana golongan ini tidak mengendahkan keperluan intelektual mereka.

“Terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang pemikiran mereka mahu dibekukan oleh pihak berkuasa agama yang konservatif. (Mereka mungkin) disekat daripada berfikir, namun mereka berfikir juga."

"(Golongan konservatif) mahu menyumbat mulut orang ramai dan memberitahu mereka, ‘Jangan bercakap mengenai agama. Agama adalah hak (eksklusif) kami’, seperti yang dilakukan oleh geraja (Roman Katolik). Kata mereka, ‘Berhentikan buat apa yang kamu sedang buat dan ikut sahaja’."

"Ini tidak boleh diterima oleh generasi muda kerana mereka tahu mereka tidak boleh disekat daripada berfikir," tambahnya.

Menurutnya, sikap konservatif seumpama itu berisiko mengalihkan orang muda daripada agama kepada sekularisme sepertimana yang berlaku di Eropah. Malaysia telah menyaksikan kemunculan dua gerakan yang Asri percaya akan menentukan halatuju Islam.

"Satu adalah pergerakan Salafiyyah’; kedua, jika ia berterusan, adalah Islam liberal," kata Asri.

Tegasnya, golongan liberal mengkritik dan menentang perkara- perkara dalam agama yang telah ditentukan oleh al-Quran an Sunnah, manakala golongan salafis pula mencari dalam tajdid (gerakan kebangkitan semula) untuk menjadikan al-Quran dan Sunnah rujukan dalam perbincangan mengenai Islam dan berdepan dengan cabaran zaman moden.

"Gerakan tajdid ini yang cuba kita bawa ialah Islam yang tulen, tetapi yang boleh, pada masa yang sama, berdepan dengan cabaran yang kita hadapi hari ini, bukan dalam bentuk konservatif yang mengelirukan generasi moden," katanya.

"Bagi saya, menjadi seorang Salafi ialah tentang kembali kepada fundamental Islam, balik kepada asasnya – al-Quran dan Sunnah. Itulah yang memisahkan Salafi daripada reformis yang lain," tambahnya.

"Gerakan Salafiyyah ini berkata kita mempunyai hak untuk berfikir, kerana intelektual mempunyai fungsi dalam agama, walaupun penggunaan pemikiran kita itu tidak boleh bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah," tambahnya.

Read more!

Wednesday, November 22, 2006

CONTOH WAKIL RAKYAT HAMPEH

Wakil rakyat 'tutup sebelah mata' buat hal lagi. Dulu dengan kastam, sekarang dengan Penguatkuasa Maritim pulak. Skripnya sama, minta pihak berkuasa tutup mata untuk lindungi penyelewengannya!

Biasanya orang macam ni dah lama out sebagai ahli parlimen. Tapi perkara ini mustahil di Malaysia. Tak kira apa penyelewengan yang wakil rakyat buat, rakyat tetap pilih makhluk itu. Tak caya, tengok pilihanraya nanti.

Siaplah nanti dalam parlimen, Penguatkuasa Maritim akan jadi bahan hinaan, cacian dan hamun. Di akhir episod, Mat Said adalah wira!

Mat Said buat hal lagi!
Tak malu punya wakil rakyat
Tak guna punya wakil rakyat

Read more!

TIDAK ADIL!

"Polis berjaya menahan wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Raja Sherina, yang dikehendaki seberhubung siasatan kes penyebaran SMS mengenai dakwaan majlis pembaptisan sekumpulan Melayu di sebuah gereja di Ipoh, Perak." - Malaysiakini.com, 21 November 2006

"'Raja Sherina', wanita yang menjadi buruan polis berhubung kontroversi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa Datuk Azhar Mansor akan membaptiskan sekumpulan orang Islam pada 5 November lalu, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan polis...

Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas ‘Raja Sherina’ dikeluarkan oleh Majistret Syamsul Rezal Md. Ariff di sini hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dilakukan."
- Utusan Malaysia, 22 November 2006

Masa zaman kanak-kanak Kitaro dulu, mak selalu pesan kalau orang buat jahat kat kita, mereka mesti terima hukuman. Dan jika kita buat jahat kat orang dan tak terima apa-apa hukuman, itu tidak adil namanya.

Gambar 'Raja Sherina' terpampang di seluruh negara. Tidak cukup dengan akhbar, gambar tersiar di kaca tv dan internet demi menjejak insan bernama 'Raja Sherina' ini. 'Raja Sherina' ibarat penjenayah paling merbahaya di Malaysia.

Apa salah 'Raja Sherina'...?


Mengapa sampai begitu 'gigih' pihak berkuasa mencari dan menahan 'Raja Sherina'? Apa salah dia?

1. Adakah kerana kandungan sms yang disebarkannya menghina agama lain?
2. Adakah kerana dia menghasut dengan menggunakan isu agama?
3. Adakah kerana kandungan sms melibatkan 'VVIP' seperti Azhar Mansor?

Jika merujuk kepada persoalan 1 dan 2, maka yang paling layak dan terawal ditahan dan dicari polis ibarat penjenayah merbahaya adalah geng Kumpulan Artikel 11, puak-puak yang mencabar artikel 121(1A), pendokong yang membawa idea bahawa keluar dari agama Islam (murtad) bukan kesalahan atas hujuah kebebasan beragama.

Bukankah mereka menghina agama? Bukankah mereka menghasut atas isu agama? Mereka bukan hanya menggunakan sms, malah mereka menggunakan premis-premis rasmi, premis kerajaan, nama-nama NGO dan parti politik untuk menghasut masyarakat Malasyia supaya percaya kepada doktrin mereka bahawa Islam adalah agama liberal dan membenarkan murtad, Islam tidak ada beza dengan agama lain.

Tetapi mengapa gambar-gambar oranng penting golongan di atas tidak disebar untuk ditahan? Mengapa mereka tidak ditahan bagi membolehkan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Multimedia dan Komunikasi 1998?

Justeru, teori Kitaro menyatakan tindakan sedemikian bukan kerana kepentingan nasional jauh lagi demi agama Islam. Tetapi kerana isu ini melibatkan VVIP. Kalau bukan kerana VVIP ini, mungkin isu ini tidak menjadi umpama 'gegak gempita'.

Seperkara lagi, jika agama Islam dihina, dipijak-pijak kononnya atas nama kebebasan dan intelektualisma serta hasutan yang membangkitkan kemarahan umat Islam maka mereka yang berkuasa tidak merasa apa-apa kepentingan untuk bertindak. Tiada usaha gigih dari pihak berkuasa menyelamatkan kedudukan Islam digugat.

Tetapi bila agama lain seperti Kristian yang kononnya menjadi mangsa fitnah orang Islam atas isu murtad, maka gemparlah serata Malaya!

Kitaro meyokong kenyataan pensyarah undang-undang di UIA, Dr. Shamrahayu bahawa walaupun jumlah umat Islam yang murtad mungkin kecil berbanding dengan dakwaan ratusan ribu orang oleh tokoh dan badan-badan agama, namun ia tidak boleh dipandang ringan. Katanya;

"Apakah kita hendak menunggu sehingga keadaan sudah sampai ke tahap serius dan merbahaya, baru kita mahu mencari penyelesaiannya."

Benar nasihat ibu Kitaro... ini tidak ADIL!

Read more!

Monday, November 20, 2006

ISU MUKHRIZ; PAK LAH LEMAH?

Pak Lah dalam sidang medianya menyatakan, "Setiap ahli bebas mengkritik dan saya (Pak Lah) tidak akan mempunyai sebarang masalah atau sekatan jika perwakilan ingin mengkritik." - Buletin Utama, TV3 16 November 2006

Kitaro amat hairan dengan gaya kepemimpinan Pak Lah. Apabila anak lelaki kepada Tun Dr. M memberi komen ucapan Pak Lah tidak ada sesuatu yang baru, maka kritikannya dibidas hebat seolah-olah Mukhriz telah melakukan kesalahan jenayah besar melebihi korupsi yang berlaku dalam UMNO sendiri. Berikut adalah komen dari 2 sayap utama UMNO;

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Zahid Hamid merupakan pemimpin yang paling lantang mengkritik Exco kanan Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir ekoran ulasannya yang dianggap memperlekehkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu lalu. - Malaysiakini.com, 20 November 2006


Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz menyifatkan Datuk Mukhriz Mahathir tidak memahami intipati ucapan dasar Presiden UMNO yang menggariskan agenda Melayu... Rafidah mengulas kenyataan Muhkriz dalam akhbar berbahasa Inggeris Khamis lalu yang mendakwa tiada perkara baru dalam ucapan dasar Abdullah pada Perhimpunan Agung UMNO... Dalam hal ini, katanya, Mukhriz sepatutnya menggunakan saluran dalaman sekiranya beliau mempunyai pandangan tertentu dan bukan mengkritik secara terbuka. - Utusan Malaysia, 19 November 2006


Ada yang berpandangan bahawa orang lain sahaja (seperti Rafidah dan Zahid Hamidi) yang bising dan tidak senang duduk dengan kritikan Mukhriz. Sedangkan Pak Lah sehingga kini tiada sebarang komen dan barangkali tiada masalah dengan kritikan itu.

Tetapi Kitaro berpandangan berbeza. Sebagai pemimpin, seseorang itu mempunyai dinamika dan karisma yang mampu untuk mempengaruhi pengikutnya memahami dan bersama mendokong aspirasi yang dibawanya. Pak Lah ingin membawa aspirasi kebebasan mengkritik semasa Perhimpunan Agung tetapi pemimpin-pemimpin utama di bawahnya gagal memamahi aspirasi tersebut justeru menghentam sesiapa sahaja yang lantang mengkritik kepimpinan UMNO.

Bagi Kitaro... Pak Lah LEMAH.

Read more!

Friday, November 17, 2006

AGAMA

"Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikecam hebat di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) hari ini kerana didakwa menjalankan aktiviti yang boleh mengancam kesejahteraan agama Islam.

...perwakilan Pulau Pinang, Shahbudin Yahaya menamakan badan-badan tersebut sebagai Majlis Antara Agama (IFC), Pusat Komas, Projek Etika Global Pulau Pinang dan Sisters in Islam (SIS)."


ABIM sokong...


Malaysiakini bertarikh 17 November melaporkan, "The Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim) has declared its full support for the stand of Umno Youth chief Hishammuddin Hussein in defence of Islam and the rights of Malays.

Its president Yusri Mohamad said Abim agreed with Hishamuddin in upholding the position of Islam as enshrined in the Federal Constitution, particularly in relation to Article 11 on religious freedom and Article 121 (1A) on the separation of civil and Syariah courts."

Kitaro bersuara...

1. Moga Hishamudin sebagai Menteri Pelajaran konsisten dengan kata-katanya. Harapannya agar isu pelajar bertudung di sekolah tidak menjadi masalah. Ini termasuk mereka yang bertudung labuh, berkopiah atau berserban ke sekolah. Memang benar, kopiah dan serban bukanlah wajib seperti kewajipan bertudung, tetapi tidak salah untuk menggalakkan amalan sunat bukan?

2. Moga UMNO juga konsisten bila bercakap tentang agama. Para ahli Wanita UMNO menutup aurat dengan sempurna, bukannya berlumba siapa cantik jambul kepala, atau bertanding warna rambut.

3. Rang Undang-undang Murtad yang pernah dicadangkan oleh pembangkang pada tahun 2000 diperdebatkan semual di parlimen atau sekurangnya UMNO sendiri mengemukakan rang undang-undang berkenaan murtad. Jika tidak... benarlah Perhimpunan Agung menjadi medan RETORIK dan NATO (No Action Talk Only!)

Kerana agama... KITA BERSATU!


Read more!

Wednesday, November 15, 2006

PERHIMPUNAN

Perhimpunan Agung UMNO dimulakan dengan Perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO. Kemudian disusuli dengan perhimpunan agung keseluruhan ahli. Tidak kira siapa Presiden samada Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun M atau Pak Lah, berikut adalah agenda tetap perbahasan sewaktu perhimpunan agung UMNO;

1. Isu siapa tak dapat projek (contoh; kenapa tak dapat jadi CEO, isu AP)

2. Puji kepimpinan, mengampu Presiden (contoh: anda tidak akan dengar, lihat atau menghidu mana-mana perwakilan yang mengkritik Presiden mahupun mana-mana kepimpinan UMNO)

3. Kutuk pembangkang (contoh: PAS salah guna agama, DAP pengkhianat negara, PKR penipu rakyat)

Rakyat menderita akibat minyak, letrik dan air naik... diorang peduli apa. Ratusan ribu siswazah menganggur... itu bukan masalah mereka. Rasa tidak selamat di kalangan rakyat akibat bunuh, rogol, ragut... itu bukan prioriti mereka. Rakyat sengsara akibat banjir kilat di tengah bandar metropolitan, tanah runtuh, bangunan retak... ala, rilek dulu. Selagi tak berlaku, selagi itu jangan buat apa-apa. Demokrasi hancur di kampus dan nasional... itu bukan masalah kerana mereka yang berkuasa.

Semua isu di atas tidak dibahas dalam perhimpunan yang mendokong aspirasi rakyat dan memperjuangan nasib bangsa Melayu.

Tak caya? Kat Malaysia, demokrasi memang 'subur'. Perhimpunan Agung parti pemerintah disiarkan secara langsung. Muktamar PAS? Kongres PKR? Lupakan jer. Jom tengok lintas langsung Perhimpunan Agung UMNO.

P.S: 5 tahun sekali, parti ni jugak yang dipilih rakyat. Aduhai...


Read more!

Sunday, November 12, 2006

A WONDERFUL TAZKIRAH FROM AFDLIN SHAUKI

Have you guys ever heard or read some nice advise from an artist or a celebrity? Well... I think so. But not much of them you can categorize it within the ambit of a Tazkirah. Well, I've found one. Right after I've read it... I believe it's to be a kind of a wonderful advice. Check it out!

Hi gang, kepada semua yang wished me selamat hari raya dan i tak sempat reply, SELAMAT HARI RAYA back. Sememangnya ketika ini ada satu pergolakan besar yang berlaku didalam hidup gua yang membuat gua sering bertanyakan kepada diri sendiri, "Am i challenging myself enough in this life or have i let complacency set ini" ataupun di dalam bahasa melayunya, "Pak Abu tempang selalu pergi gunting bulu hidungnya kat kedai Muthu". Kadang-kadang gua rasa macam hidup gua sekarang dah macam 'On Autopilot'. Tersangat rutin, takde cabaran, yang mengingatkan yang kehidupan yang diberikan tuhan kepada kita ni fragile dan pendek.. so why aren't we living it to the fullest.

How many people out there actually actively think about their mortality? how many think that "If i don't ask for forgiveness from so and so today, my life might end today and i would not get a chance to... ever". How many of us keep putting off saying i love you to our parents, to our spouse, to our children or even to a potential life partner because "i can tell him/her later lah!"... But come LATER you might be in ICU or 'tergolek dog' on the highway after being run over by sebuah lori menyeludup gula dan ayam.

I really think that many of us, myself included, have the tendency to drift and forget especially when REAL LIFE sets in, that once things get too comfortable or once we have something all the time, for example CLEAN AIR! OXYGEN! OUR FIVE SENSES, OUR LOVED ONES, FOOD ON THE TABLE etc... more often then not, we take all of these things for granted and we just don't give a damn about them. We think we have so much time to fix a wrong that has happened in our life..... we think sometimes that because we never get ill or hurt that we are invincible and are probably going to live to a ripe old age, but Allah swt can take as fast as he gives my friends...

SO why don't we just give a 100% effort to our lives if we want it better , let's make it BETTER .....NOW! not tomorrow, minggu depan la, lepas dapat gaji la,... all these reasons are merely excuses that stop us from really experiencing life to the FULLEST. And trust me my friends there is a lot to EXPERIENCE. Kebesaran Tuhan = The Glory of God.

And for those of you who are wondering. Yes i baru balik from another scuba diving trip.

THE POWER IS IN YOUR HANDS TO CHANGE YOUR LIFE

POWER TO THE PEOPLE

AFDLIN SHAUKI

P.S: The message which I'm intending to deliver here is that everybody by natural being (fitrah) wants and accepts virtue to be a very important substance in their life. This is what I've learned about Tauhid ar-Rububiah in my usrah during form 4... 7 years ago.

Read more!

Friday, November 10, 2006

BONGKAK

Artikel Muhtar yang kena 'cilok' dah ditarik balik. Tapi sepatah pun tiada kedengaran atau kelihatan MOHON MAAF dari individu yang bertanggungjawab. 'Agung' sangatkah seorang NC universiti sehingga tidak mahu mengaku kesalahan sendiri?

"Dua perkataan yang tinggi nilainya dan bisa melembutkan hati sesiapa... 'terima kasih' dan 'minta maaf'."

Read more!

Thursday, November 09, 2006

THE PEOPLE HAVE SPOKEN


Senarai keputusan di bawah menunjukkan kekalahan parti diwakili Bush; Democrats di peringkat

1. Pilihanraya kebangsaan negara
2. Pilihanraya Dewan Senat
3. Pilihanraya Dewan Perwakilan
4. Pilihanraya Gabenor
5. Keputusan peringkat negeri

The people have spoken... Rakyat telah bersuara dengan laungan demokrasi melalui pilihanraya Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.

Berita baik dari pilihanraya AS

1. Muslim pertama, Keith Ellison dipilih ke Kongres Amerika Syarikat (AS) setelah memenangi kerusi Dewan Perwakilan bagi negeri Minnesota dalam pilihan raya AS. Walaupun pelbagai tohmahan dilempar ke atasnya atas isu keganasan, dia tetap menang bergaya menewaskan calon Republikan, Alan Fine dan calon Parti Kemerdekaan, Tammy Lee.

Ellison tidak menggunakan isu Islam sebagai bahan kempen... pada pandangan Kitaro, dia bijak mengatur langkah. Tidak bererti bila enggan mengmuka isu Islam maka seseorang itu menafikan keagungan agamanya. Kitaro mengucapkan tahniah buat Ellison... sebagai saudara Muslim, Kitaro mendoakan kejayaan beliau.

2. Parti Demokrat berjaya mengatasi Parti Republikan yang diwakili Sang Zalim Bush dalam pilihanraya gabenor, sekaligus memberi peluang cerah kepada pilihanraya presiden 2 tahun di hadapan.

3. Petanda bahawa rakyat Amerika menolak dasar luar Bush terutama sekali tindakannya mencerobohi Iraq.

4. Strategi Bush menghukum Saddam melalui Tribunal Khas Iraq tepat ketika kempen pilihanraya Amerika nyata tidak menjadi. Senjata makan diri... 'Komander Perang AS; Rumsfeld pun terpaksa letak jawatan!

5. Hillary Clinton (Isteri kepada bekas Presiden AS, Bill Clinton) berjaya menwaskan calon Demokrat di kubu kuat mereka, New York.

Soalnya...?

1. Jika Demokrat berjaya menguasai AS tatkala memenangi pilihanraya Presiden 2008 nanti, apakah AS tidak akan lagi menjadi proksi Yahudi?

2. Jika New York sebagai kubu kuat dan negeri utama AS berjaya dirampas oleh Demokrat, mungkinkah menjelang 2008 Kuala Lumpur ditawan Barisan Alternatif? Bak iklan DiGi... Masa untuk berubah!

Read more!

Sunday, November 05, 2006

CIPLAK

Dato' Nordin Kardi, NC Universiti Utara Malaysia yang juga merupakan 'orang kuat' Biro Tata Negara didapati menciplak artikel sahabat Kitaro, Muhtar Suhaili yang merupakan Mantan Presiden MPPUIA sesi 2004 dan kini bertugas sebagai Engineer di Shell, Sarawak.

Rupanya, NC ni bukannya cerdik sangat seperti yang disangka. Atau memang dia tidak layak menjadi NC. Mengenai artikel ciplak tersebut, Kitaro merasakan samada;

1. Dato' Nordin Kardi memang benar-benar copy dan paste artikel Muhtar, atau

2. Setiausaha atau orang yang ditugaskan oleh Dato' Nordin untuk siapkan artikel untuknya malas sangat lalu untuk mudahkan kerja, copy jer artikel Muhtar.

Kesimpulannya;

1. Dua-dua bangang.

2. Dengar kata mahasiswa Apirasi saja yang bijak, hebat akademik, berkarisma memimpin MPP. Mahasiswa yang didakwa pembangkang ni rendah intelektual, emosional, pengkhianat.
Tapi, artikel mahasiswa ini juga yang diciplak oleh seseorang NC Universiti. Nampak gaya macam mahasiswa Aspirasi tidak ada yang terpakai ker?

Baca:
Artikel Muhtar kena 'cilok'


Read more!

Saturday, November 04, 2006

SELAMAT HARI RAYA

Orang kata;
"Jangan kawan dengan Cina sebab mereka kafir."

Akhirnya, Islam tidak berkembang. Islam dipandang agama ekstrim. Orang Islam dipandang jumud.

Orang kata;
"Orang Cina tak boleh dibuat kawan. Mereka pentingkan diri sendiri dan kaum mereka saja!"

Akibatnya, orang Melayu Islam ketinggalan. Tidak berkembang dan syok sendiri.

Orang kata;
"Untuk membentuk kerajaan, sesebuah parti alternatif tidak boleh hanya bergantung kepada undi satu kaum sahaja seperti Melayu. Malah, jika berjaya menguasai undi semua kamu Melayu sekalipun, belum tentu dapat memerintah Malaysia. Cita-cita perjuangan mesti dikembangkan dan mendapat kepercayaan semua kaum terutama Cina dan India."

Tapi tidak ada apa-apa tindakan. Buat ahli bersekutu pun, jika sikap dan mentaliti tak berubah, perubahan hanyalah mimpi di siang hari.

Justeru;

1. Perlu ker perjuangan berdasarkan perkauman? Bukankah Islam adalah agama rahmat bagi sekelian alam?

2. Jika benar mahu memenangi hati kaum Cina, bukankah hubungan yang baik dalam bersosial dan berjuang perlu dipupuk seawal di IPT lagi?

3. Mengapa kita asyik melarang itu dan ini seperti isu kongsi raya sedangkan usaha menanamkan kefahaman kepada ummah yang kian keliru tidak giat dilakukan?

4. Salahkah kita mengucapkan Marry Christmas atau Happy Deepavali sebagai menghormati sesama manusia? Yang penting ialah i'tiqad (pengiktirafan di hati) pada setiap individu Muslim. Perhubungan sesama manusia (hablum minallah) tetap penting selagi tidak mengatasi ketaatan kepada-Nya.

5. Sedangkan mereka begitu mudah menunjukkan rasa hormat kepada kita orang Islam. Kitaro berbangga kerana mempunyai hubungan yang baik kaum Cina sehingga mereka menghormati Kitaro atas satu matlamat perjuangan... menegakkan KEADILAN. Prinsip yang tidak ada pertikaian oleh mana-mana agama, bangsa, kaum atau idealism.

Sempena lebaran baru-baru ini, Kitaro menerima sms berikut;

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Teruskan Perjuangan.
Hapuskan AUKU dan ISA.
- Wee Cheng

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
Mansuhkan ISA!
Hancurkan kezaliman!
- Chang Lih Kang

Ketika takbir kemenangan digemakan,
Tahlil keikhlasan dilantunkan dan
Tahmid pujian dipanjatkan,
Saatnya bagi umat manusia untuk bermaafan.
Salam Aidilfitri.
- Ginie Lim

Kitaro telah lama berjuangan bersama mereka. Kita berjuang demi memastikan keadilan disemai tanpa mengira bangsa dan agama. Dan mereka tidak segan silu mahukan Kitaro memimpin mereka.

Itulah keindahan prinsip yang dipelajar dan diajari oleh asy-Syahid Hasan al-Banna, "BEKERJASAMA DALAM PERKARA YANG DISEPAKATI,BERTOLAK ANSUR DALAM PERKARA YANG TIDAK DISEPAKATI."

Catatan: Kitaro berdiri teguh dan sanggup melakukan apa saja jika agama Kitaro dihina atau dipijak-pijak.

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?