Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, January 31, 2007

RM1.5 BILLION DAN RM200 JUTA

"Kerajaan menanggung kerugian RM1.5 bilion akibat dua 'gelombang' banjir terutama di Johor, sejak pertengahan bulan lalu." - Najib Tun Razak, TPM.

Apa sangat dengan RM1.5 billion jika dibandingkan RM200 juta hanya untuk sebuah jet
mewah Perdana Menteri? Jika dibahagikan RM1.5 billion untuk setiap keluarga mangsa banjir Johor, berapa sangat mereka dapat?

Tapi para politikus UMNO tidak perlu risau, rakyat UMNO tetap memilih UMNO pada pilihanraya akan datang.

Read more!

BATU TALAM; UMNO KALAH DALAM MENANG

Sebaik sehaja selepas pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil Batu Talam, Najib membuat kenyataan dan antara lain disiarkan oleh TV3:

"Kempen boikot pembangkang gagal kerana terbukti majoriti meningkat dan rakyat tetap turun mengundi..."


Apakah itu kenyataan yang terdesak? Terdesak kerana nak buktikan bahawa UMNO menang besar? Terdesak kerana terpaksa berhempas pulas walaupun hanya berdepan seorang 'unknown youngster'? Atau terdesak menutup kelemahan dek tergugat dek kempen BOIKOT pembangkang?

Yang pasti, peratusan mengundi hanyalah
67.32% berbanding 73.4% pada 2004. Walaupun kelebihan undi majoriti untuk UMNO meningkat 5,857 daripada 2,671, namun UMNO kalah dalam menang kerana;

1. UMNO telah menggunakan semua jentera kerajaan dan memonopoli seluruh media, namun peratusan mengundi jatuh 6%. Kempen boikot sebenarnya tidak gagal.

2. UMNO terpaksa menghantar seluruh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri hanya untuk menewaskan soerang 'budak' yang langsung tidak popular apatah lagi bukan penduduk tempatan.

3. Buletin TV3 melaporkan bahawa undi terbanyak diterima oleh calon UMNO ialah dari saluran orang-orang tua berbanding saluran generasi muda. Ini bermakna, UMNO tidak mempunyai masa depan kerana 10 tahun mendatang, adakah golongan tua itu masih hidup untuk mengundi UMNO?

Tambahan pula, kata
Pakdi bahawa mentaliti mereka jauh ketinggalan dan sudah tidak relevan lagi pada hari ini.

Pembangkang mungkin boleh mengambil kesempatan atas peluang ini untuk memenangi hati generasi muda. Tetapi mungkin di sana ada sebab lain iaitu mungkin ini satu indikator bahawa generasi baru Malaysia sudah muak dan tidak percaya lagi dengan sistem pilihanraya Malaysia?

Lebih parah lagi jika generasi muda sudah tiada lagi kesedaran politik lantas tidak mahu mengundi lagi walaupun PAS, PKR atau DAP bertanding.

Read more!

Monday, January 29, 2007

LAMA TAK UPDATE BLOG

Kitaro ingin mohon jutaan kemaafan buat para pelayar Res Ipsa Liquitor (RIL). Kitaro amat sibuk pada 2 minggu kebelakangan ini. Selalunya memang sibuk, tetapi kesibukan kali ini adalah tugas pertama yang Kitaro lakukan dalam hidup, Kitaro tidak pakar dalam menanganinya sehingga tidak empat untuk menulis. Sampai blogger kini 'diiktiraf' oleh PM sebagai penipu, pembohong dan suka reka cerita bukan-bukan pun Kitaro tak tahu. kin anda tertanya apa benda yang buat Kitaro sampai begitu sekali? Kitaro malu nak bagitau, tetapi di bawah Kitaro paparkan 'hint' buat rakan-rakan pelayar sekalian...

Dari pihak lelaki...

Dari pihak perempuan...


Read more!

Sunday, January 21, 2007

DAULAT TUANKU

Kitaro tertarik dengan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Ma'al Hijrah yang dilaporkan hari ini iaitu;

"...Umat Islam perlu mempunyai beberapa sikap seperti kemampuan memberikan pendapat, idea, inovasi, pemikiran, reka cipta, berani berkarya, pintar, rasional, berhikmah dan mempunyai daya juang yang konsisten.

"Kita hanya boleh berubah daripada pencapaian sekarang kepada yang lebih baik dengan memiliki sikap demikian," titah baginda.
(Berita Harian, 21 Januari 2006)

Soalnya, adakah persekitaran Malaysia khusus mereka yang diberi amanah kuasa memberikan ruang untuk rakyat khususnya rakyat Malaysia memberikan pendapat, idea, inovasi, pemikiran, reka cipta, berani berkarya, pintar, rasional, berhikmah dan mempunyai daya juang yang konsisten dsb?


Kemampuan memberi pendapat sememangnya berkait rapat dengan keupayaan bersuara. Tanpa keupayaan ini, mana mungkin pendapat dapat diutarakan. Dan keupayaan untuk bersuara hanya menjadi realiti jika wujud ruang kebebasan.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan menjamin hak-hak antaranya kebebasan bersuara, namun terlalu banyak pencabulan sehingga menimbulkan tanda tanya adakah Malaysia sebuah negara demokrasi atau sebaliknya. Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak-hak berpolitik seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, kebebasan mengadakan perhimpunan dan kebebasan berpersatuan kepada rakyat Malaysia sekalipun sebenarnya hak itu lebih banyak dinafikan atas sebab-sebab keselamatan negara, hubungan diplomatik dengan negara lain, keamanan dan melindungi keistimewaan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan sebagainya yang pada asasnya banyak dipersoalkan kerana timbul keraguan samada keselamatan negara ataupun keselamatan parti Barisan Nasional yang memerintah? Begitu juga dalam hal hubungan diplomatik, kamanan, melindungi keistimewaan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dsb.

Laporan khas oleh wakil PBB, Mr Abid Hussain, pada tahun 1998 berkenaan perlindungan hak bersuara dan mengeluarkan pandangan menunjukkan bahawa Malaysia masih gagal untuk melindungi hak-hak tersebut. Beliau berpendapat wujud beberapa undang-undang yang mengekang hak untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Dadah Berbahaya 1985, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Siaran 1987, Akta Persatuan 1966, Akta Polis 1967, Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1971 (pindaan 1986).

Daripada pemerhatian beliau, pihak media terkesan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan seperti akhbar The Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh. Mereka terpaksa mengadakan kekangan ke atas diri mereka agar selari dengan kehendak pemerintah. Akta tersebut juge digunakan untuk menyekat suara beberapa aktivis hak asasi manusia seperti Puan Irene Fernandez, Presiden Tenaganita. Hampir keseluruhan syarikat- syarikat akhbar dan penyiaran dikuasai oleh syarikat-syarikat yang menjadi sayap pelaburan parti-parti pemerintah. Contohnya, Syarikat Nanyang Press Sdn. Bhd. telah dikuasai oleh syarikat sayap pelaburan milik parti MCA pada Julai 2001. Keadaan ini menyebabkan berita-berita yang disiarkan dieksploitasi dan dimanipulasi bagi memenuhi hasrat politik individu tertentu.

Sesiapa yang menunjukkan kecenderungan tidak menyokong pemerintah akan diberhentikan dan ditamatkan perkhidmatan sebagaimana yang berlaku kepada dua orang editor akhbar Melayu, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang ditamatkan perkhidmatan sebelum peristiwa 2 September 2001. Pendakwaan secara terpilih, pertikaian tentang professionalisme polis dalam mengendalikan kes dan ketidakpercayaan terhadap sistem kehakiman menggugat keyakinan masyarakat terhadap entiti yang dikatakan sepatutnya melaksanakan keadilan. Beliau berpendapat bahawa undang-undang (sebagaiman yang disebutkan di atas) telah gagal melindungi hak-hak bersuara dan mengeluarkan pendapat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang antarabangsa. Tiada negara akan maju melainkan kebebasan bersuara terjamin bagi setiap individu di bawah undang-undang.

Terkini,
2 orang bloggers telah didakwa di mahkamah hanya kerana mendedahkan kepincangan di dalam isu penggabungan New Straits Time dan Utusan Malaysia.

Ringkasan Eksklusif oleh SUARAM menyorot tentang hak-hak sivil dan berpolitik pada tahun 2001 yang dibuat mendapati bahawa jumlah tahanan ISA telah meningkat daripada 4 orang pada tahun sebelumnya kepada 25 orang pada tahun 2001. Malaysia turut hanyut dalam kempen Bush 'Memerangi Keganasan' apabila peristiwa 11 September 2001 dijadikan satu alasan yang kukuh bagi menghalalkan penggunaan kekerasan dan penahanan tanpa bicara atas sebab gerakan militan.

Akta-akta yang digunakan, selain ISA, ialah Ordinan-ordinan dan Peraturan-peraturan Darurat, Akta Tahanan Kediaman dan Akta Pencegahan Jenayah. Keadaan bertambah buruk apabila gerakan mahasiswa turut menjadi sasaran sehingga dua orang pimpinan pelajar telah ditahan di bawah akta ‘draconian’ ISA. Seramai 400 orang telah ditahan kerana terlibat dalam himpunan secara aman. Keyakinan terhadap pihak polis terus meredum apabila laporan demi laporan tentang keganasan polis ke atas tahanan di dalam lokap sehingga menyebabkan kematian terus berlaku tanpa tindakan yang tuntas daripada pihak berwajib.

Kitaro amat menghormati isntitusi di raja. Malah Kitaro akan cuba merealisasikan titah baginda. Tetapi dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berparlimen, Kitaro merasakan kesempitan untuk mengamalkan titah baginda kerana pemerintah yang bersikap seolah flebih 'superior' dari Yang di Pertuan Agung. Daulat Tuanku!

Read more!

Friday, January 19, 2007

BLOGGERS UNITED WILL NEVER BE DEFEATED

Bloggers United, NO FEAR.
(If you bloggers are supporting this campaign, do display the above symbol on your blog to deliver our truthful and endless message)

Eventhough we never met, but we have the same dream... to ensure TRUTH uphold!
Jeff Ooi and Ahiruddin Atan (Roky's Bru)... you'll never walk alone.

Read more!

Thursday, January 18, 2007

MANA LEBIH PENTING?

Kitaro terbaca artikel tulisan wartawan Utusan; Nazrullah Rosli dan Arshad Khan yang membuat analisa berkenaan pilihanraya kecil Batu Talam. Kandungan utamanya ialah betapa strategi PAS dan PKR memboikot pilihanraya adalah umpama penakut dan tidak 'cerdik' serta kononnya mendedahkan strategi PAS akan menaja calon;

"...Strategi Pas di Batu Talam dengan meletakkan calon bebas bukannya menggugat BN, tetapi diibaratkan sebagai menggali kubur sendiri.

Penyokong mereka sendiri yang mengharapkan satu pertandingan hebat pastinya kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang dibayangi oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memandangkan Pas sudah melakukan kesilapan, adalah lebih baik jika parti itu tidak meneruskan dengan sebarang idea yang tidak masuk akal.

Harus diingatkan, Batu Talam bukan kawasan hitam atau kelabu buat BN, ia adalah kubu kuat parti itu dan telah mendapat sokongan majoriti lebih besar daripada pengundi pada pilihan raya umum lalu.

Justeru, walau apa pun keputusan PAS pada penamaan calon esok, yang pastinya, baik parti itu mahupun calon bebas yang ditaja kelak tidak berupaya menandingi jentera pilihan raya BN yang sudah bersiap sedia dengan secukupnya."

Tiba-tiba... PANG! Muncul Ng Chee Pang. Nyata bacaan politik pemimpin parti politik terhebat dunia salah dan dangkal. Kali ini, siapa yang 'tidak cerdik'? Kali ini media sudah beralih arah. Kini UMNO semacam 'lemah' kerana berhempas pulas untuk menghadapi calon tidak tahu datang dari mana.

Memetik nasihat daripada
Roslan SMS; "...kepada rakan-rakan dari Umno termasuklah Puteri dan Putera yang berbondong-bondong ke bumi Mona Fendi tu, lebih baik berada di Johor sana, tolong cuci sekolah, masjid dan surau serta rumah-rumah mangsa banjir. Tinggalkanlah Khairy Jamaluddin dan Azeez Ketua Putera itu untuk berhadapan dengan Ng anak beranak. (Malulah seluruh kekuatan Umno dan BN ditalakan ke arah apa yang The Star panggil: UNKNOWN YOUNGSTER!"

Teka-teki; Antara pilihanraya kecil Batu Talam dan banjir Johor, mana lebih penting bagi UMNO? Perhatikan mana tempat paling banyak menteri turun...

Read more!

I HAVE A DREAM...

Setiap orang mempunyai impian. Impian kita berbeza. Tetapi di sebalik perbezaan impian kita, Kitaro percaya di sebalik perbezaan itu terdapat persamaan. Kitaro dapati KItaro mempunyai impian yang sama dengan seorang tokoh pejuang keadilan dan hak asasi dari Amerika... Martin Luther. Sejak dari tingkatan 5, antara inspirasi Kitaro ialah Martin Luther. Dari beliau, Kitaro mempelajari seni berucap dan daripada beliau juga Kitaro mempelajari erti semangat perjuangan. I have a dream...

"...Let us not wallow in the valley of despair. I say to you today, my friends, that in spite of the difficulties and frustrations of the moment, I still have a dream. It is a dream deeply rooted in the American dream.

I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: "We hold these truths to be self-evident: that all men are created equal."

I have a dream that one day on the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of former slaveowners will be able to sit down together at a table of brotherhood.

I have a dream that one day even the state of Mississippi, a state, sweltering with the heat of injustice, sweltering with the heat of oppression, will be transformed into an oasis of freedom and justice.

I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin but by the content of their character. I have a dream today.

I have a dream that one day the state of Alabama, whose governor's lips are presently dripping with the words of interposition and nullification, will be transformed into a situation where little black boys and black girls will be able to join hands with little white boys and white girls and walk together as sisters and brothers. I have a dream today.

I have a dream that one day every valley shall be exalted, every hill and mountain shall be made low, the rough places will be made plain, and the crooked places will be made straight, and the glory of the Lord shall be revealed, and all flesh shall see it together. This is our hope.

This is the faith with which I return to the South. With this faith we will be able to hew out of the mountain of despair a stone of hope. With this faith we will be able to transform the jangling discords of our nation into a beautiful symphony of brotherhood. With this faith we will be able to work together, to pray together, to struggle together, to go to jail together, to stand up for freedom together, knowing that we will be free one day..."


The Thing Speaks by Itself

Read more!

Wednesday, January 17, 2007

BANJIR DAN MPPUIA

Semasa pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan, antara isu utama yang digunakan oleh UMNO untuk menghentam PAS sekaligus memancing undi rakyat Pasir Mas ialah isu BANJIR.

Malah seorang Menteri Besar (nama dan negeri dirahsiakan, hehehe) dengan bongkak dan angkuh menyatakan, "Negeri Kelantan mengalami masalah banjir kerana mempunyai sistem perparitan yang lemah dan ketinggalan zaman. Di negeri 'tuuuut', kita memiliki sistem perparitan terbaik kelas dunia!"

Fuyooo... hebatnya dia. Selang beberapa bulan, negerinya yang digelar Singa Utara dilanda banjir besar.


Kini rakyat Johor sedang menderita kerana setelah dilanda bajir teruk pada awal Jnuari 2007, menjelang akhir Januari 2007 mereka sekali lagi dilanda banjir yang lebih teruk. Kitaro amat terharu dengan usaha kerajaan, NGO, parti-parti politik termasuk pembangkang yang bertugkus-lumus turun padang membantu rakyat Johor. Inilah sikap positif rakyat Malaysia.

Tribute juga wajar diberikan kepada PAS kerana tidak bersikap dendam terhadap rakyat Johor yang tidak pernah memberi sebarang peluang untuk PAS memenangi sebarang kerusi samada parlimen mahupun dewan undangan negeri sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia (obviously kecuali YB Ramli Kari). Malah setaka ini, Kitaro tidak terbaca atau terjumpa mana-mana kenyataan pimpinan PAS mahupun pembangkang yang menempelak rakyat Johor kerana selama ini memilih UMNO sebagai parti pilihan mereka.

KItaro percaya bahawa isu banjir melampaui pertimbangan politik malah jauh sekali dari kawalan manusia. Banjir adalah sebahagian dari 'Act of God'. Justeru, sebab itulah tidak kira samada rakyat Johor, Melaka, Perlis, Kedah mahupun Kelantan mesti dibantu tatkala mereka berada dalam kesusahan.

Walaupun satu-satu negeri itu di bawah pentadbiran parti lain seperti pembangkang, rakyat di bawah negeri tersebut masih rakyat Malaysia. Kerajaan Persekutuan yang setakat ini diberi mandat kepada parti Barisan Nasional mesti melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kefahahaman politik mereka.

Bukannya bila undi BN maka baru nak bina universiti!
Bukannya bila undi BN baru nak buat lebuhraya!
Bukannya bila undi BN baru nak beri kemajuan pembangunan!
Bukannya bila undi BN baru nak bantu kerajaan negeri!
Kalau tak undi BN, maka kerajaan negeri diterajui pembangkang akan dianak tirikan.
Peruntukan geran tahunan mengikut perlembagaan digantung atau dilambatkan.

Malangnya, kepercayaan di atas masih dilagi di'imani' oleh mereka yang berpelajaran tinggi seperti ahli akademik dan juga mahasiswa. Bila kritik kerajaan, maka dia akan dicap sebagai pengkhianat negara, bila sokong pembangkang, maka dia tidak akan mendapat layanan istimewa sebagai rakyat negara yang sah.

Di UIA, hanya kerana puak Aspirasi/Revo yang menjadi proksi UMNO di UIA tewas memalukan dalam pilianraya lalu dan kelompok WUFI mengambil alih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, maka mereka dianak tirikan oleh pentadbiran. Kabinet mereka tidak diluluskan sejaka memenangi pilihanraya pada September 2006. Peduli apa samada mereka WUFI ke, Revo ke, cipan ke, tenuk ke... asalkan mereka dipilih oleh pengundi secara sah, maka mereka wajar dilayan secara hormat dan diberi kerjasama semaksima mungkin oleh pentadbiran. Sayang sekali, inilah fenomena dan realiti sikap yang sedang ada di menara gading.

Semoga tragedi banjir yang melanda rakyat Johor menjadi teladan dan pengajaran buat semua. Mesej Kitaro dalam posting kali ini amat ringkas iaitu:

1. Jika sesiapa dilanda kesusahan, maka menjadi kewajipan untuk kita membantu mereka.

2. Untuk membantu orang, ia mesti melampaui batas agama, bangsa dan fahaman politik kerana bala Tuhan tidak mengira sesiapa.

3. Kepercayaan 'deskriminasi politik' MESTI dibanteras dari pemikiran masyarakat dan ia bermula dari kalangan cerdik pandai.

4. Sekurang-kurangnya, dalam samada dalam pilihanraya Batu Talam ataupun mendatang, UMNO sudah tidak boleh guna hujah, "Undi BN, anda akan dapat sistem parit kelas dunia. Undi BN, pasti tiada banjir seperti Kelantan!"

Sekian, Wassalam.

Read more!

Sunday, January 14, 2007

GAMBAR SEKITAR FORUM DEB

The crowd were beyond expectation



Dari kiri: Dr. Lim Teck Ghee, Amin Idris, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim



Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim, bekas CEO Guthrie Group Bhd and Permodalan Nasional Bhd. Kini merupakan Felo jemputan Universiti Oxford.

Dr. Lim Teck Ghee, bekas Pengarah Asian Strategic and Leadership Institute's (Asli), Centre for Public Policy Studies.

The Thing Speaks by Itself

Report from Bar Council


Read more!

Friday, January 12, 2007

VISI

Visi berasal dari perkataan Inggeris yang bererti visual. Menetapkan visi bererti bagaimana anda berupaya 'memvisualisasikan' dan memahami apa yang anda ingin capai dipenghujung gerak kerja atau tugaan yang dilakukan. Ia mesti;

1. Jelas
2. Sepesifik
3. Mudah difahami

Kitaro mengikuti forum anjuran Youth for Change dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Muda Nasional Majlis Peguam dan Alumni Persatuan Bahasa Tiong Hua USM Humanity Library yang membincangkan 'Bayangkan Malaysia' tanpa Dasar Ekonomi Baru (DEB)'. Panelis forum tersebut ialah Dr. Lim Teck Ghee (Bekas PEngarah ASLI) dan Tan Sri Dato' Abd. Khalid Ibrahim (Bendahari PKR, Felo Jemputan Universiti Oxford) dan dipengerusikan oleh Amin Idris...


Apa yang mengkagumkan Kitaro ialah program tersebut dihadiri oleh para profesional dari pelbagai kaum (i'e: Melayu, Cina dan India) dan persamaan antara mereka ialah kesemuanya mahu Barisan Nasional berhenti memerintah dan Malaysia diperintah oleh kerajaan baru.

Malah, kata Dr. Lim Teck Ghee, "BN perlu berhenti memerintah. Mereka dah terlalu lama. Mereka sudah semakin 'gemuk', malas dan tak berguna lagi." Tambah beliau, "Punca kegagalan utama kepada DEB ialah BN! Bukan orang lain."

Maka Kitaro terfikir, inilah peluang untuk pembangkang khususnya BA yang dianggotai oleh PAS dan PKR. Tidak mustahil jika mereka sudah lama membenci BN cuma mereka tiada pilihan untuk memilih siapa yang layak memerintah kecuali BN. Mereka tidak melihat apakah 'produk' bentuk kerajaan yang bakal ditawarkan dan diyakini untuk melayakkan BA memerintah.

Mungkin itu cerita lama, boikot di Batu Talam mungkin menjadi titik permulaan yang baik untuk BA merencanakan sesuatu yang lebih 'gempak' menjelang pilihanraya umum (mungkin 2008). Oleh itu, pada pandangan Kitaro, DSAI telah mengambil langkah bijak dengan menyatakan 'visi'nya jika menjadi Perdana Menteri (harap bukan atas tiket UMNO).

Menurut laporan Malaysiakini bertarikh 12 Januari 2007, DSAI menegaskan;

"Beliau yang juga penasihat utama PKR berkata, lima matlamat tersebut ialah

1. memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
2. menghapuskan rasuah
3. memperbetulkan badan kehakiman
4. media bebas dari kongkongan
5. dasar ekonomi yang lebih adil
6. tarik lebih pelaburan dan
7. hentikan pelanggaran hak asasi manusia.

(macam 7 jer...)

Justeru, visi sudah ada... tinggal lagi bagaimana memenuhi perjalanan penuh ranjau ke arah memenuhi visi tersebut.

Read more!

Monday, January 08, 2007

WAITING GOVERNMENT

Sebelum ini, satu-satunya parti yang terbukti menghina dan memperkecil-kecilkan institusi ulama' ialah parti yang ditubuhkan pada 1946 dan ditubuhkan semula pada 1988 iaitu United Malay Nation Organization (UMNO).

Pada tahun 31 Oktober 1997 Mufti Selangor, al-Fadhil Ustaz Ishak Baharom dipecat gara-gara teguran dan tindakannya ke atas 2 orang Melayu Muslim Malaysia yang menyertai pertandingan ratu cantik.

Begitu juga dalam isu bekalan jarum dan kondom percuma oleh kerajaan pada tahun 2005, Pak Lah membuat pengumuman keputusan kerajaan dan pelaksanaannya serta merta sebelum merujuk kepada Malis Fatwa dan para ulama'.

Malah pada tahun 2004, Mufti Perak, al-Fadhil Ustaz Harussani Zakaria pernah mengeluarkan fatwa haram ke atas program Sure Heboh. Namun, ia tidak dipeduli kerana program tersebut dikekalkan dan ditukar nama kepada Jom Heboh.

Dalam kesemua isu di atas, PAS merupakan juara dan konsisten dalam memperjuangkan institusi ulama' malah menuntut agar institusi mufti dihormati akan pandangan dan teguran mereka. Kitaro juga pernah menghadiri dan mendengar ceramah Tok Guru yang menegur agar para ulama' khasnya mufti-mufti lantang dalam menyuarakan pandangannya berlandaskan displin ilmu Qur'an dan Sunnah, bukannya pasif dan redha dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara.

Kitaro kesal apabila
PAS melenting hanya kerana beberapa kerat kenyataan Mufti Perlis yang mengkritik parti tersebut. Bukankah yang menegur itu adalah mufti yang sudah pasti termasuk di kalangan ulama' tanah air? Sudah pasti jawapannya 'ya'. Namun, mengapa hampir kesmeua laporan di dalam laman Harakah Daily semacam menghentam Mufti Perlis?

Kitaro bukanlah penyokong tegar mahupun pembela Mufti Perlis, malah Kitaro mula mengisi borang PAS seawal usia 17 tahun. Tetapi atas rasa keyakinan dan kepercayaan terhadap perjuangan PAS, maka Kitaro melontarkan beberapa pandangan untuk difikirkan bersama;

1. Jika benar PAS menghormati dan menyanjung tinggi insitusi ulama', mengapa PAS tidak menerima secara positif teguran yang diutarakan oleh Mufti Perlis? Malah secara pertimbangan politik, Kitaro dengan rasa rendah diri percaya jika PAS menerimanya maka ia menampilkan sikap keterbukaan dan demokratik PAS.

2. Alangkah malangnya jika selama ini apa yang diperjuangkan di bawah agenda mempertahankan institusi ulama' hanya berdasarkan pertimbangan politik semata. Jika begitu, PAS tiada bezanya dengan UMNO.

3. PAS sewajarnya memikirkan 'mengapa' Mufti Perlis menyatakan "Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk..." daripada terus menghentamnya.

Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah menegaskan di dalam salah satu muktamar tahunan PAS bahawa PAS dan ahli-ahli mesti berfikir dan bergerak sebagai 'The Waiting Government'.

4. Justeru, apakah model pemerintahan yang telah ditonjolkan oleh PAS bagi meyakinkan rakyat bahawa PAS layak bergelar 'The Waiting Government'? Bersediakah PAS mencorakkan bentuk hiburan tatkala rakyat memberi mandat memerintah Malaysia suatu hari nanti? Adakah radio Era, Hot.fm dsb diharamkan dari menyiarkan lagu-lagu bukan nasyid? Adakah Siti Nurhaliza tidak dibenarkan lagi muncul di kaca tv?

Bagaimana pula dengan sistem diplomatik antarabangsa? Ekonomi global? Sistem kehakiman? Sistem pendidikan dsb? Inilah lapangan-lapangan yang mesti difikirkan oleh PAS daripada menunggu untuk menonjolkan kelemahan orang sana-sini. Khusus dalam teguran Mufti Perlis, bagaimanakah corak pemerintahan PAS agar bukan hanya berlegar pada kerangka slogan 'Membangun Bersama Islam'.

Namun, setakat ini tiada mana-mana pimpinan PAS khususnya Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj. Hadi ada mengeluarkan sebarang kenyataan rentetan dari teguran Mufti Perlis. Justeru, Kitaro membuat 'presumption' bahawa segala laporang adalah bukan pendirian rasmi parti. tetapi, dalam satu aspek lain, massa sudah melihat sikap 'tertutup' PAS dalam menangani kritikan Mufti Perlis.

Kitaro pernah berbual dengan seorang pensyarah dan juga seorang ketua jabatan dari UPSI. Dia menyatakan bahawa jika PAS terus dengan sikap dan gaya orientasi gerakannya sepertimana sekarang, sampai qiamat pun PAS takkan dapat memerintah! Adakah ini benar...? Hanya PAS sendiri mampu menjawab.

Read more!

Saturday, January 06, 2007

HIDUP UMNO!

Pentas politik Malaysia kembali hangat dengan datangnya pilihanraya kecil Batu Talam. Biasanya, pilihanraya kecil lebih panas dari pilihanraya umum kerana beberapa sebab;

1. Tidak mustahil untuk sebuah parti kuat di kalangan pemerintah seperti Barisan Nasional dikalahkan sepertimana yang pernah berlaku di Arau dan Lunas.

2. Semua kekuatan parti samada dari kalangan yang memerintah mahupun pembangkang tertumpu kepada sebuah daerah dalam sesebuah negeri.

3. Semua jentera kerajaan dipergunakan oleh pemerintah untuk kepentingan parti politik mereka. Jawatan rasmi kerajaan juga digunakan untuk memancing undi seperti Pak Lah berkempen atas nama PM dan Najib berkempen atas nama TPM.

Untuk rakan-rakan mahasiswa... jangan bimbang. Akan ada satu kumpulan dari kerajaan yang amat prihatin terhadap anda... Macam biasa, setiap universiti akan menghantar wakil masing-masing untuk memantau penglibatan mahasiswa terlibat dalam kempen pembangkang. Jika ada... siap kamu!

Sebaliknya, mana-mana
pemimpin Aspirasi berkempen untuk UMNO samada melalui Puteri UMNO mahupun Putera UMNO... mereka akan dilindungi dan diberi segala kemudahan. Tak caya... jom turun ke Batu Talam!

P.S: Betul kata jambeso... Hidup UMNO! Rakyat Batu Talam akan ISTIQAMAH memilih calon UMNO/BN agar tol terus naik, minyak terus naik, semua naik! Alangkah indahnya hidup sebagai rakyat Malaysia.

The Thing Speaks by Itself

Read more!

Tuesday, January 02, 2007

THE SADDAM SAGA; MY POINT OF VIEW

Saddam Hussein telah dihukum gantung di 'Camp Justice', sebuah kem tentera Iraq Kazimain bersebelahan Baghdad menjelang umat Islam menyambut 'Eid al-Adha... Berikut adalah pandangan Kitaro mengenai The Saddam Saga;

1. Kitaro bersetuju Saddam dibicarakan kerana tuduhan kezaliman yang dilakukannya sewaktu memerintah Iraq. Tetapi, Kitaro amat meragui proses pengadilan yang dilakukan ke atas Saddam. Mengapa?

Pertama, kerana tribunal yang membicarakan Saddam dibentuk di bawah kuasa Amerika. Bukan melalui PBB, Mahkamah Antarabangsa atau mana-mana pertubuhan antarabangsa.

Kedua, hakim yang membicarakan Saddam (termasuk yang mengendalikan rayuan Saddam) adalah dilantik oleh kerajaan Amerika.

Justeru, kebebasan dan keadilan perbicaraan teramat diragui. Tambahan pula, perbicaraan Saddam seolah-olah sudah ada 'keputusan sebelum keputusan' kerana keputusan perbicaraan (sebelum rayuan) diumumkan (pada 5 November 2006) adalah ketika pilihanraya Amerika Syarikat. Bush dengan serta merta menggunakan isu Saddam untuk meraih undi untuk partinya.

2. Jika benar sekalipun Saddam didapati bersalah kerana tuduhan jenayah yang dilakukannya (membunuh 148 orang, menyeksa wanita dan kanak dan tahanan tidak sah ke atas 399 orang), maka penjenayah lain yang berselindung disebalik kuasa dan laungan memerangi keganasan iaitu Bush, Blair dan para sekutunya juga mesti dihadapkan ke muka pengadilan kerana jika dicampur jenayah mereka di Afghanistan dan Iraq sahaja, maka angka pembunuhan, penyeksaan wanita dan kanak-kanak serta tahanan tidak sah jauh berlipat kali ganda lebih banyak!

3. Hukuman yang dilakukan ke atas Saddam tidak akan menghentikan kemarahan rakyat Iraq dan masyarakat dunia terhadap pencerobohan Amerika ke atas Iraq. Malah, krisis berpanjangan yang melanda Iraq tidak akan selesai serta mereka. Dalam erti kata lain, hukuman bunuh ke atas Saddam tidak memberi apa-apa kecuali kepuasan kepada Amerika.

4. Hukuman ke atas Saddam juga dilihat terlalu tergesa-gesa malah menimbulkan keraguan terhadap sistem kehakiman Iraq seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar Amerika sendiri, Chicago Tribune:
"Critics say Hussein's speedy execution casts doubt on Iraq's judicial system and leaves unresolved more grievous alleged crimes."

5. Kematian Saddam juga menunjukkan lemahnya bangsa Arab kerana bergantung dan terpaksa mengharap kepada Amerika untuk menyelesaikan krisis Iraq yang ternyata masih tiada berpenghujung. Perlu diingat, sebelum ketiadaan Saddam... Hanya Saddam yang berani dan konsisten mengkritik dasar-dasar kerajaan Amerika.

Pandangan Kitaro ialah selagi Amerika menjadi kuasa besar dunia dan umat Islam lemah kerana kelemahan serta halangan yang dicipta leh mereka sendiri, selagi itulah keadaan seperti ini akan berulang. Tidak akan ada khalifah atau pemimpin dunia di mana umat Islam bernaung di bawahnya mempertahan dan memperjuang nasib ummah.

Maka KItaro teringat akan apa yang pernah ditegaskan oleh bekas Ketua Hakim Mesir, Abdul Qadir 'Audah;

"Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah pada 1924, maka umat Islam seluruhnya memikul dosa-dosa di atas bahu mereka kecuali pada mereka yang berjuang secara berjemaah untuk mengembalikannya!"

Read more!

Monday, January 01, 2007

2007... 10 RAMALAN KITARO

Wow... dah masuk 2007... I'm turning 26 this year...

Insya Allah... 2007 menyaksikan;

1. Man Utd rampas Piala Liga Perdana Inggeris dari Chelsea

2. Becks keluar dari Real Madrid berpindah ke kelba di US

3. Filem Spiderman 3, Fantastic Four 2 bakal diterbitkan

4. Mawi hasilkan album baru, sekali lagi menerima anugerah Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan menang Juara Lagu Muzik-Muzik.

5. Pak Lah pernah bertitah, "Minyak takkan naik lagi untuk tahun ini (2006)". Maka harga minyak akan naik lagi.

6. Kemungkinan keputusan kes Lina Joy di Makkamah Persekutuan

7. Perbicaraan semula kes ISA7

8. UMNO semakin mengganas mengamuk menawan kampus dalam PRK untuk diperguna menjelang Pilihanraya Umum

9. Kedudukan Pak Lah tegugat dalam perhimpunan agung UMNO

10. Perubahan besar dalam kepimpinan PAS dalam muktamar sanawi

Apakah benar belaka ramalan Kitaro? Just wait and see... Allah penentu segalanya...

Baca:
Pakdi ucap selamat...
Azam tahun baru

The Thing Speaks by Itself

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?