Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, August 22, 2007

MERDEKA?

Sedarkah anda. di kala kita sudah lebih '4 dekad' mencapai kemerdekaan, rupanya kita masih belum lagi merdeka. Buktinya, kita masih dijajah secara undang-undang (legally colonized).

Dalam satu Majlis anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan agar penggunaan English Common Law dihapuskan dan diganti dengan undang-undang sivil milik negara agar tanah air benar-benar bebas dari penjajahan.

Utusan Malaysia hari ini (22 Ogos 2007) melaporkan;

Sambil menyifatkan mereka sebagai 'katak di bawah tempurung penjajah', Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.

"Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita."

"Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?" soalnya.

Read more!

Tuesday, August 21, 2007

WOW!!!


Last night, Kitaro had the opprtunity to attend a very integrated forum. Among all 4 panelists (moderated by a Chinese: Tian Chua), all of them are Malays. And guess what, majority of the audience are Chinese and they listen with most respect. Everytime the panelist speak and ends their talk, the audience will greet them with a great applause. Wow!!! What a great atmospehere!

The forum was about the controversial video in youtube creatd by a young Malaysian studying in Taiwan; Namewee. The panelists are Hisyamudin Rais, Khalid Jaafar (Ahli MKT PKR), Amir Sari (a PKR young activist) and Amin Idris (former student activist).

Here are some of the info which I'm able to quote from the forum last night;

Hisyamudin Rais: "There are prejudices in this song but that’s no big deal because everybody has their prejudices,” he told the packed room comprising some 200 people last night.

"But what this really shows up in the mind of this young Chinese boy is that the Malaysian project has failed to unite all the races."

Khalid Jaafar: "This shows that the Bilal appointed are not doing a good job (of sounding the call). Jakim should look into this to make sure that they are doing their job. People forget that the call to prayer is not just heard by Muslims, but also by non-Muslims. How are we reach out to non-Muslims if we don’t consider (their views)?"

Amiruddin Sari: "The issues raised - such as corruption, the civil service and how he feels as a citizen - how can this be seen as unpatriotic at all? The aspiration in the song is that Wee has a (progressive) vision of nation-building."


Amin Idris: Former student activist Amin Idris said he was very angry when he first saw the video but that he then realised he should first understand where Wee is coming from on this.

"I am glad Wee made the video so that I could reflect. I sought to understand him. I would forgive him because Islam teaches us to forgive and to look at the positive aspects of other people."

He also stressed that politicians - with their racial incitements and rampant corruption - constitute a greater threat to national security than Wee’s video.

Read more!

Sunday, August 19, 2007

FORUM

FORUM KONTORVERSI NEGARAKUKU

Hari: Isnin
Tarikh: 20 Ogos 2007
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Perniagaan Cina Selangor


Panelis:
1. Hishamudin Rais
2. Khalid Jaafar
3. Tian Chua
4. Amir Saari
5. Amin Idris

Read more!

Saturday, August 18, 2007

HE'S BECK!!!

He starts, scores, assits and WIN!!!


Read more!

SETELAH MENELITI SIRAH...

Kembara Sirah

1. Nabi memaafkan seorang lelaki Arab Badwi yang kencing di atas masjid. Malah Nabi menghalang Saidina Umar yang mahu menghalang dan memancung lelaki tersebut.

2. Nabi memaafkan Suraqah yang mahu membunuh Baginda ketika dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. Di kala Suraqah tersungkur di hadapan nabi, Nabi tidak menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Suaraqah. Sebaliknya NAbi memaafkannya, menolongnya dan menjanjikan Qisra Parsi yang bakal dipakainya suatu hari.

3. Jika nabi masih hiduP, sudah pasti nabi memaafkan Namewee... Bagaimana dengan kita?

Isnin ini Kitaro dijemput sebagai panelis forum berkenaan isu Namewee dan klipnya berjudul Negarakuku. Forum tersebut akan diadakan di Dewan Perniagaan Cina Selangor.

Baca: Mohon maaf dari Namewee

Read more!

Thursday, August 16, 2007

BLOGGER POWER DAN MAHASISWA BERANI

Tun Dr. M dalam ucapannya selama 2 jam setengah di hadapan kira-kira 100 bloggers di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya mengatakan sokongannya kepada bloggers;

"Umno has become completely paralysed. It cannot do anything (to correct itself). The only hope left is with the bloggers."

Nasihat buat para bloggers

Tun Dr. M juga sempat memberi nasihat kepada para bloggers dengan mengatakan;

"There are bloggers who use words that are dirty, obscene, personal attacks, monkey, monyet... people would react by saying 'so those are bloggers? Useless people! Read the mainstream media. The (New) Straits Times tells you the truth.'"

Kitaro seringkali mengkritik Tun Dr. M kerana beliaulah yang bertanggungjawab meminda AUKU pada 1975 sekligus menyempitkan lagi ruang kebebasan gerakan mahasiswa Malaysia. Tetapi bila merenung pada harapan dan kritikan Tun Dr. M pada mahasiswa di dalam ucapannya pada majlis yang sama, in such a way... it make sense.

Mahasiswa; Antara Alasan dan Berani

Malaysiakini melaporkan; Citing a recent lecture in a local university, Mahathir expressed disappointment with students who blamed the Universities and University Colleges Act (UUCA) as the reason for not speaking out on issues.

Kata Tun;

"There are ways to get around the rules and regulations. If you want, if you love your country, you would take the risk."

Bagi aktivis mahasiswa yang sering menggunakan alasan AUKU dan sekatan undang-undang sebagai justifikasi untuk menjadi semacam 'peti sejuk', cuba kemukakan zaman bila gerakan mahasiswa tiada sekatan, tiada halangan dan tiada cabaran?

Renungi nasihat Tun...

Read more!

Wednesday, August 15, 2007

MINTAK MAAF...?

Menurut laporan akhbar hari ini, pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan yang mempersendakan negara, kerajaan, orang Melayu dan Islam dalam klip video bertajuk 'Negarakuku', memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat negara ini semalam (14 Julai 2007).

Permohonan maaf Wee Meng Chee, pelajar Universiti Ming Chuan kelahiran Muar, Johor itu disampaikan Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, pada sidang media khas di pejabat Menteri Kesihatan itu di sini.

Kitaro rasa keliru dan sangsi dengan permohonan maaf tersebut.

Adakah ia 'dipaksa rela' oleh Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek untuk menutup kelemahan kerajaan pimpinan Pak Lah menanganinya lantaran 'kuasa yang terhad' pihak berkuasa Malaysia?

Jika benar keikhlasan maaf dari Wee Meng Chee, mengapa dia tidak lakukannya secara terbuka melalui rakaman video dan disiarkan melalui youtube sepertimana yang sering Wee Meng Chee lakukan? Bukankah Wee Meng Chee memang popular dengan klip video buatannya yang kreatif?

Kitaro tidak pasti dengan rakyat Malaysia mahupun UMNO, PAS, PKR, DAP, Gerakan ataupun MIC termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) yang telah membuat laporan polis rentetan isu ini... tapi ternyata MCA dengan mudah menerima 'kemaafan' Wee Meng Chee.

Kata Dr. Chua selaku Naib Presiden MCA;
"I accept his apology because I could detect from his voice that he was very sincere."

Di Malaysia... bila ada mahasiswa yang berdemonstrasi mengkritik dasar kerajaan, terus ditangkap, digantung dan dinafi hak pendidikan mereka.

Di Malaysia... bila ada rakyat biasa yang bangkit berhimpun membantah kenaikan minyak, muncul FRU memukul, menymbur air kimia dan menangkap rakyat marhain.

Di Malaysia... bila belum ada lagi bukti kukuh, kononnya ada dakwaan beberapa aktivitis politik ingin menggunakan bom molotiv cocktail, maka terus ditahan ISA (tanpa bicara).

Di Malaysia... bila ada parti Islam berceramah mengajak rakyat mendekati agama, ceramah itu
diserbu dan penceramah ditahan...

Di Malaysia... bila ada ustaz-ustaz, berceramah di surau atau masjid, mereka ditahan dan didakwa di mahkamah kerana tiada tauliah...

Bila ada rakyat Malaysia menghina agama (Tak kira apa agama. Dalam isu ini; Islam) + hina lagu kebangsaan + hina negara = Minta maaf jer... jamin lepas!!!

Mengapa? Adakah kerana UMNO / BN takut hilang undi Cina... maruah negara tergadai!

P.S: Right of expressin does not justify right to insult!!!

Read more!

Monday, August 13, 2007

SUARA RAKYAT ATAU SUARA NAJIB?

Bila Naib Presiden PAS, YB Dato' Husam Musa dalam kenyataanya berkata PAS mensasarkan sekurangnya 40 kerusi Parlimen dan mampu membuat kejutan pada pilihanraya umum akan datang, maka Najib berkata;

"As usual, before each general election, PAS would set a high target but what it had achieved so far was way off target.

"This time too, God willing, the same thing will happen."
(Najib Tun Razak, Malaysiakini.com 11 Ogos 2007)

Sebelumnya iaitu pada Khamis lalu (10 Ogos 2007), TV3 membuat bancian samada rakyat Malaysia setuju atau tidak tentang;

'Impian PAS Tawan 40 kerusi Parlimen sebagai angan-angan Mat Jenin'

Keputusannya: 60% tidak setuju, 40% setuju

Mana lebih berkuasa? Suara rakyat atau suara pemerintah?

Apakata Husam Musa?

Read more!

Friday, August 10, 2007

LEADER OF ALL AGES

Semalam, KItaro telah membeli mainan Optimus Prime yang selama ini Kitaro idam-idamkan. Sebenarnya, Kitaro pernah memiliki beberapa siri mainan Optimus Prime semasa era 80an dulu. Ketika di darjah 4, ayah Kitaro memberikan mainan Optimus Prime sebagai hadiah birthday;



2 tahun kemudian, Kitaro himpun duit untuk membeli Optimus Prime versi Powermaster;



Kesemua mainan di atas Kitaro simpan bagaikan harta karun. Tetapi kini semuanya tiada kerana hilang dek proses perpindahan rumah dsb. Zaman sudah berlalu, kini muncul semula fenomena Optimus Prime. Kitaro enggan ketinggalan. Kitaro mahu berada sebahagian dari mereka yang 'menyambut' fenomena ini. Apatah lagi bila muncul di pasaran satu pakej Optimus Prime era 1984 dan era 2007!



Autobots... Transform and roll out!!!


Read more!

Tuesday, August 07, 2007

PILIHANRAYA UMUM

Antara rutin menjelang pilihanraya umum ialah siri-siri taklimat oleh SPR kepada kakitangan sekolah sebagai petugas membantu SPR semasa pilihanraya. Sekolah yang terlibat akan menjadi pusat peti undi bagi setiap saluran di setiap kawasan pilihanraya. Biasanya, sebelum pilihanraya, akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali taklimat.

Esok, guru-guru terlibat di Kuala Lumpur akan ke Shah Alam untuk taklimat SPR kali kedua.

Justeru, ada ura-ura mengatakan pilihanraya umum akan diadakan selepas hari raya. Hmmm...

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?