Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, February 28, 2008

JOM KITA BUAT PERUBAHAN!

Akibat pemimpin tidur...



Pemimpin kaya, rakyat susah...


Blogger pembohong?

Read more!

Saturday, February 16, 2008

KUKU BERTEMU RUAS, MU vs. ARSENAL, PAK LAH vs. HAJI HADI

Sesetengah orang susah nak faham apa erti KUKU BERTEMU RUAS. Maksudnya ialah pertembungan antara 2 pihak yang memiliki kehebatan, kuasa dan kelebihan yang setara.

Contoh 1:


Manchester United lwn. Arsenal malam ni.

Contoh 2:



Pak Lah lwn. Haji Hadi

Amacam?


Read more!

Wednesday, February 13, 2008

PAK LAH... PAK LAH...

Parlimen sudah dibubar! Yang bergegak gempita ialah pemimpin Negara Islam Hadhari bercakap BOHONG. Antara yang mengulas; Husam Musa, Jeff Ooi, Roslan SMS dan juga entri menarik dari adik Kitaro; Shinobi D Awan.

Tulisan mereka cukup hebat... Cuma hati-hati... mungkin Pak Lah sengaja berbohong kerana 3 sebab;

Pak Lah tak reti main politik. Akhirnya, tak pandai jawab soalan wartawan lalu terkantoi ketidak cerdikannya (dalam erti kata lain, BODOH)

Sebagai diversion. Di kala kita memainkan isu Pak Lah menipu, rakyat tidak lagi memandang isu pencabulan kehakiman, jenayah meningkat, rasuah, yuran sekolah satu pembohongan, krisis moral pemimpin UMNO (video seks Choi Soi Lek), harga barang dan minyak naik mendadak serta isu Negara Kebajikan.

UMNO memang suka guna pendekatan DIVERSION. Hati-hati rakan-rakan semua... Gendang perang sudah pun dipalu... Jangan kita hanyut menari dengan rentak lagu mereka...

Read more!

Monday, February 04, 2008

MALAYSIA TEMPAT KE-6 KOMPETTITIF DI DUNIA?


Kira-kira 2 minggu yang lalu, gegar satu Malaya apabila Pak Lah dalam satu perjumpaan bersama kakitangan awam sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam kelapan tadi mengumumkan Malaysia merupakan yang keenam paling terbaik di dunia dari sudut kecekapan menurut World Competitiviness Year Book yang dikelaurkan oleh IMD yang berpusat di Switzerland.

PERTAMA, pengumuman itu langsung tidak menggembirakan kakitangan awam kerana yang mereka harapkan ialah pengumuman yang lebih menggembirakan.

Memandangkan kerajaan tidak membayar bonus pada hujung tahun lalu, CUEPACS telah menuntut agar kerajaan sebaliknya membayar honorarium kepada semua kakitangan awam iaitu sebanyak RM2,000.

Dengan kenaikkan kos hidup yang ternyata menekan itu, kenaikkan gaji kakitangan awam tahun lepas jelas tidak mencukupi untuk membantu kakitangan disektor ini berhadapan dengan harga barangan dan perkhidmatan yang terus-menerus naik.

KEDUA, benarkah Malaysia adalah ke-6 terbaik? Kitaro bukanlah rakyat Malaysia yang menelan bulat-bulat apa saja yang dikatakan oleh ahli politik khasnya pemimpin kerajaan.

Merujuk laporan yang dikemukakan oleh IMD, tempat ke-6 dihuni oleh Switzerland dan Malaysia sebenarnya di tempat ke-22!!!

Klik di sini untuk dapatkan laporan penuh IMD

Menurut ulasan seorang penulis bebas, Zamri Mohammad, katanya;

Memetik WCY overall scoreboard menyatakan bahawa;

The World Competitiveness Scoreboard presents the 2007 overall ranking for the 55 countries covered by the WCY. The economies are ranked from the most to the least competitive and performance can be analyzed on the basis of time-series.
Didapati kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia nombor enam kompetitif di dunia sebenarnya 17 anak tangga ke bawah, iaitu ke 23 kompetitif di dunia. Kenyataan Perdana Menteri, Malaysia mengatasi United Kingdom adalah sebaliknya. United Kingdom mengatasi Malaysia di tangga ke 20.

Fakta yang benar sebagaimana disebutkan dalam akhbar nasional, benar bahawa Malaysia mengatasi Jepun, Perancis dan Korea.


Tambah beliau,

Cuma satu kekeliruan apabila akhbar menyebut kenyataan ini.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis. - Petikan Utusan Malaysia 28 Januari 2008

Jika diukur kompetitif Malaysia daripada kedudukan kategori negara mempunyai lebih 20 juta, United Kingdom masih berada di atas Malaysia, begitu juga negara Jerman.


Sebelum ini, ramai ibu-bapa dan guru-guru kecewa kerana sudah tertipu rentetan dari pengumuman Pak Lah kononnnya kerajaan akan memberikan pendidikan PERCUMA kepada semua pelajarsekolah rendah dan menengah. Walhal, yang dihapuskan cuma RM 4.50 untuk sekolah rendah dan RM 9 untuk sekolah menengah. Yuran lain yang masih perlu dibayar. Ditambah lagi, Kementerian Pelajaran sendiri sebenarnya membenarkan yuran tambahan berdasarkan kategori-kategori tertentu.

Kini Pak Lah yang mewakili Barisan Nasional menjelas pilihanraya umum sekali lagi cuba menipu rakyat Malaysia. Itu kata Kitaro. Kitaro tak pasti dengan anda semua.

Yang pasti, cuba buka laman web ini, fikir, nilai dan buat keputusan anda sendiri!

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?