Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, September 18, 2008

KE MANA PERGI MENTALITI 'WAITING GOVERNMENT'

Hai!!! Assalamu'alaikum!!! Kitaro kembali!!!

Setelah sekian lama berdiam diri, Kitaro kembali berkongsi idea melalui ruangan blog Kitaro... Res Ipsa Liquitor.

Kegawatan politik yang sedang bertiup kencang di tanah airku mendorong Kitaro untuk kembali menulis.

Kitaro dengan penuh rendah diri ingin mengulas mengenai beberapa isu.

PAS dan Pakatan Rakyat

  1. Timbul perdebatan samada perlu atau tidak PAS meneruskan komitmen di dalam Pakatan Rakyat. Perdebatan menjadi panas apabila perhimpunan PROTES di cemari oleh konsert hasil idea Hishamudin Rais.
  2. Timbul pula isu PAS dianaktirikan oleh PKR dan sentiasa dibelakangkan oleh DAP.
  3. Sebutlah apa jua 1001 alasan... mengapa PAS perlu keluar dari PR tapi yang pasti dan Kitaro percaya, SAMPAI QIAMAT pun, PAS takkan dapat memerintah Malaysia bersendirian. Prinsip 'sharing power' atau 'tahalluf siyasi' adalah satu amalan yang terbukti mesti berlaku jika hasrat memenrintah mahu dijadikan kenyataan.
  4. Bagi Kitaro, inilah waktunya PAS berhadapan dengan cabaran sebenar untuk memerintah. Cabarannya ialah BAGAIMANA PAS berdakwah dengan cara mempengaruhi rakan di dalam PR untuk merealisasikan matlamat perjuangan PAS? Sekiranya PAS asyik dengan mentaliti mengkritik.
  5. Kitaro percaya PAS akan gagal menjadi sebuah parti arus perdana dan gagal merealisasikan gagasan Allahyarham Ust. Fadzil iaitu berfikir, bercakap dan bertindak sebagai 'The Waiting Government'.
Akan datang: Isu anti Husam...

The Thing Speaks by Itself

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?