Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, October 26, 2007

ULANG TAHUN KE-20 OPERASI LALANG

Hari ini, 27 Oktober menandakan ulang tahun ke-20 Operasi Lalang

Untuk makluman generasi Kitaro yang masih muda dan tidak melalui zaman gelap sejarah negara, sejumlah 108 rakyat tidak bersalah dari kalangan pemimpin pembangkang, ahli akademik, aktivis NGO telah ditahan tanpa bicara melalui akta drakonian.... ISA.

Pada tanggal 29 Oktober 1987, rentetan dari laporan yang mendedahkan kepincangan BN dalam Operasi Lalang, 3 akhbar telah diharamkan ketika itu; The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan.







Dalam Operasi Lalang juga, para pemimpin UMNO khasnya meniup api perkauman sehingga timbul semangat orang Melayu membasahi keris dengan darah Cina... namun akhirnya yang ditangkap ialah pemimpin pembangkang, ahli akademik, aktivis NGO atas dakwaan mencetuskan kekacauan dan menyebabkan ancaman kepada keselamatan negara.

Taktik itu sentiasa diulang oleh UMNO setiap kali menjelang pilihanraya. Api perkauman ditiup kencang khasnya oleh UMNO agar Melayu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO kerana kononnya hanya UMNO pembela bangsa, agama dan negara. Manakal parti-parti lain adalah pengkhianat!

Read more!

Wednesday, October 24, 2007

In the Star, Wednesday October 24, 2007 has repoted that 'More freedom of speech after UUCA amendment'. The report made by KAREN CHAPMAN stated that;

KUALA LUMPUR: University students will have greater freedom of speech under the
Higher Education Ministry's proposals to amend the Universities and University
Colleges Act (UUCA) 1971. Minister Datuk Mustapa Mohamed said the ministry was
looking at several proposals that would
"loosen up the environment in
universities".

He said the existing Act was very restrictive and did not allow any freedom of speech. For example, he noted, permission would be needed before a lecturer could speak on academic matters.

"In a way, it's a mockery of the law as it's unrealistic. Every time you open your mouth, you need to get permission," he told representatives from several newspapers yesterday at a lunch briefing.

The proposals also involve removing the provisions for automatic suspension and dismissal of students convicted of criminal offences and substituting them with the university's discretion to proceed with disciplinary measures.

Presently, Mustapa said, even light offences meant students were automatically suspended.

"In line with the Prime Minister's transparency and openness, we have to be in sync with the general trends in society," he said.

Other proposals seek to:

1. DECRIMINALISE student disciplinary laws (which means offences already classified
as criminal under other legislation will no longer be classified as such under
the Act);

2. PROVIDE for fairer student disciplinary procedures; and

3. PROVIDE for staff and student representation on the university's governing bodies.


There are also proposals seeking to enhance the roles of the board of directors, senate and vice-chancellor and to provide for more accountability.

Mustapa said the amendments are expected to be tabled in Parliament next year.

"We have completed about 90% of the work," he said, adding that he hoped the draft amendments could be presented to the Cabinet later this year.

The UUCA was first enacted in 1971 to curb the growing student movement and was amended in 1975. On another matter, Mustapa said the ministry has set up 13 project teams under the programme management office for the National Higher Education Strategic Plan and National Higher Education Action Plan 2007-2010.



Well, my opinion are as below;

1. The greatest and most highest congratulation that I MUST dedicate is to those student activists who uphold the student movement idealism all along the years. They never stoped and retreat from the fight against the mala fide of UUCA (AUKU). Some of them had given became the victim of this draconian act. If the UUCA ammendment were to be a reality... thus these people are the most elligible to be congratulated!

They never give up! Keep it up my friends!!!

2. Ammendment is one thing, and if the ammendment had been gazzetted, anoher matter to be taken into consideration (seiously and I mean it) it the implementation. The most worry is that the ammendment is only to justify those Aspirasi Regime to move more freely. But when it come s to the Pro-Student Camp... it's rather a different story. They might be reamin treated as before the UUCA ammendment.

Why am I saying that? Among the substance of democracy is the election. What do you expect if the Minister of Education himself invloved in campaigning, sponsoring and supporting the candidates from the Aspirasi Regime???!!! The minister suppose to act in the sense of non-particant, but it proves that he's not! So, do you expect them to be really sincere in ammending UUCA for the sake of freedom!!??

3. Is this ammendment intentionally made to win the heart of the uni students for the coming general election??? Who knows... after the election, Mustapa might no longer the Higher Education MInister, therefore the ammendment is only a day dream???

Read more!

Tuesday, October 23, 2007

MENARIK MINGGU INI

1. Mahkamah putuskan ISA bertentangan dengan undang-undang dan mala fide

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa bekas tahanan ISA; Abdul Malek Hussin untuk diberikan pampasan sebanyak RM2.5 juta oleh Bekas Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia kerana tahanan melanggari undang-undang semasa demonstrasi Reformasi pada tahun 1998.

2. Tok Guru Haji Hadi menang dalam samannya ke atas akhbar British!

Lapor Malaysiakini;

"PAS president Abdul Hadi Awang has won damages from a British newspaper after it mistakenly described him as an Al-Qaeda leader and a prisoner at Guantanamo Bay."

Memetik kenyataan Setiausaha Politiknya, Syed Azman Syed Ahmad; "Hadi will receive RM500,000 in compensation from the Daily Mirror"

Tambah beliau lagi,

"He received about half a million ringgit and an open apology from the Daily Mirror. They admitted their mistake."



3. Polis dimalukan di Pejabat Majlis Peguam

Hari ini (23 Oktober), beberapa anggota polis telah diarahkan untuk menahan dan menyoal siasat 3 orang peguam (Ambiga Sreenevasan (Presiden Majlis PEguam), Ragunath Kesavan (Timb. Presiden)dan Setiausaha; Lim Chee Wee) yang didakwa sebagai ketua dalam demonstrasi pada 26 September lalu anjuran Majlis Peguam di Istana Keadilan berkenaan isu skandal Ketua Hakim Negara dan video Lingam.

Polis-polis tersebut pulang dengan 'tangan kosong' malah tidak merekod sebarang laporan hasil siasatan kerana gagal berhujah dengan para peguam tersebut. Har har har!

4. Kegagalan TV3 memalukan Tok Guru Nik Aziz. Suara rakyat menang!

Sabtu lalu (21 Oktober), TV3 telah membuat undian umum melalui sms di Buletin Utama berkenaan isu kenyataan Tok Guru iaitu "Kiasan MB Kelantan perokok umpama haiwan yang tidak berakal kerana enggan guna akal untuk jaga kesihatan."

Kitaro yakin dan pasti bahawa menteri-menteri dan para pemimpin UMNO sedang 'mengasah parang' masing-masing untuk memancung Tok Guru sekiranya undian tidak menyebelahi kenyataan Tok Guru.

Nah!!! Hasil undian ialah 82% setuju dengan kenyataan Tok Guru, 18% tidak bersetuju. Hmmm... adakah hanya penyokong PAs yang menonton Buletein Utama TV3? Atau penyokong UMNO takder kredit untuk sms?


Read more!

Thursday, October 18, 2007

FUYYOOOO!!!

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa bekas tahanan ISA; Abdul Malek Hussin untuk diberikan pampasan sebanyak RM2.5 juta oleh Bekas Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia kerana tahanan melanggari undang-undang semasa demonstrasi Reformasi pada tahun 1998.

Malek juga adalah Pengerusi Eksekutif Malaysian for Free and Fair Elections (Mafrel).

Perghhhh!!!!


Kritikan Hakim ke atas SB

Kata Hakim Hishamuddin Mohd Yunus antara lain:

"The SB Department must not only be neutral but must also be seen to be neutral and non partisan. It must be above politics."

"Cara soal siasat (yang dibuat) jelas untuk tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan Abd. Malek sejak dari awal adalah mala fide (dengan niat jahat/mala fide)."


Bekas Ketua Polis Negara; Rahim Noor ditempelak

"Kelakuan keji oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor amat memalukan dan mengaibkan. Beliau telah menunjukkan contoh yang buruk kepada ribuan anggota dan pegawai di bawahnya."

Jangan lupa, semasa Rahim Noor didapati bersalah kerana memukul tahanan yakni DSAI, Hakim sewaktu itu; Hakim Shaikh Daud menyatakan;

Semasa menolak rayuan beliau terhadap hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 yang dikenakan terhadapnya , Hakim Shaikh Daud telah menyatakan:

"Abdul Rahim melakukan kesalahan itu pada masa dia memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis. Abdul Rahim sepatutnya menjadi contoh dalam pasukan polis tetapi sebaliknya dia meletakkan dirinya pada tahap yang paling rendah akibat perbuatan yang telah dilakukannya.

Tindakan perayu yang dilakukan terhadap orang tahanan tidak dapat dibayangkan dan ia tidak berperikemanusiaan. Tambahan pula dalam kes ini, orang tahanan itu diarahkan oleh Abdul Rahim supaya diikat (ditutup) kedua-dua matanya dengan kain dan yang paling teruk tangan digari dari belakang. Ini suatu perbuatan yang teruk dalam pasukan polis yang berdisiplin."


Justice Must Not Seem to be Done but Must Seen to be Done!

Read more!

Wednesday, October 17, 2007

BERITA BAIK HARI RAYA: MALAYSIA MERUDUM RANKING KEBEBASAN AKHBAR!


Berita baik buat anda semua! Ada orang kata zaman Pa Lah sebagai PM, kebebasan akhbar semakin baik dan positif. Nah! Ini dia laporan daripada Reporters Without Borders (RSF) yang beribu pejabat di Paris; Ranking Malaysia JATUH dari tangga 92 (tahun lepas) ke 124!!!

Ranking tersebut membabitkan 192 buah negara. Malaysia lebih terkebelakang erbanding Cambodia (85), Timor-Leste (94) dan Indonesia (100).

Pada pandangan Kitaro, antara punca utama ialah:

1. Terlalu banyak persembunyian dan penyelewengan fakta di dalam laporan media khususnya untuk menyembunyikan salahguna kuasa dan salah urus negara pemerintah

2. Menutup sebarang berita yang boleh mendedahkan kesalahan menteri-menteri dan kroni pemerintah

3. Laporan berita berat sebelah, tidak transparent dan terlalu banyak agenda propaganda.

4. Media digunakan sebagai alat pemerintah tanpa had untuk berkempen dan memburukkan pihak-pihak tertentu.

5. Permit akhbar dari kumpulan tertentu khususnya pihak pembangkang tidak diberikan kerana dibimbangi menjejaskan kedudukan politik parti pemerintah.

Kesan

Ini sekaligus menutup ruang kebebasan mendapatkan maklumat di kalangan rakyat yang menghalang kebebasan berfikir dan berpolitik secara matang. Gagasan TPM; Najib Tun Razak kononnnya mahukan rakyat bermentaliti kelas dunia hanya mimpi di siang hari kerana rakyat disekat untuk menambahkan pengetahuan dan membuat pertimbangan adil melalui maklumat tanpa sempadan.

Inilah satu lagi pencapaian membanggakan kita setelah 50 tahun merdeka!!! Selamat Hari Raya.

__________________________
The Thing Speaks by Itself

Read more!

Wednesday, October 03, 2007

REEZAL MERICAN... YOU'RE IN TROUBLE!!!


Tahniah buat warga Taman Ilmu dan Budi kerana tidak memberi ruang kepada Pro-Aspirasi menguasai MPP untuk kesekian kalinya. Walaupun keputusan di UIAM ternyata berbeza dari universiti-universiti yang lain, namun tentu ada sebabnya yang amat kukuh menyebabkan penghuni Taman Ilmu dan Budi menolak REJIM Aspirasi yang jelas diketahui sebagai budak-budak suruhan UMNO.

Kitaro mengucapkan tahniah kepada para petugas jentera pro-mahasiswa di UIA yang bekerja keras dan bertungkus-lumus sepanjang persediaan menghadapi pilihanraya kampus yang mengambil masa setahun! Anda berhak meraikannya dan memanjatkan rasa syukur pada yang Maha Kuasa. Begitu hebat kasih Allah pada pendokong gerakan mahasiswa Islam.

Namun, kemenangan ini Kitaro sifatkan hanya umpama di peringkat pusingan kelayakan dan kini mahasiswa pro-mahasiswa UIA sudah melayakkan diri ke pusingan akhir seterusnya melangkah ke peringkat yang lebih jauh.

Cabarannya sengit kerana padang permainan tidak sama rata. 'Mereka' yang bakal menghalang anda adalah puak-puak yang diberikan amanah oleh rakyat untuk mendokong dasar pendidikan negara di peringkat menara gading dan mereka yang diberi kepercayaan menggunakan wang rakyat untuk menjulang nama universiti. Namun, amanah itu dikhianati kerana separuh dari tugas mereka digunakan menumpu pada 'bagaimana mencantas kemudahan' mahasiswa yang bukan 'budak suruhan UMNO' untuk bertugas bagi memenuhi amanah sebagai ahli MPP.

Pusingan Akhir

Untuk mara ke peringkat suku akhir, drama kelulusan kabinet MPP bakal menjadi sandiwara ulangan. Drama ini bukanlah baru. Kita di era kepimpinan Sdr. Wan Nazrul Helmy (2002/2003), kelambatan kabinet diluluskan adalah kerana alasan mahukan Presiden MPP dari pelajar antarabangsa atas dasar inetgrasi. Namun kelewatan hanyalah sekitar 2 minggu. Pada sesi 2003/2004 sewaktu MPPUIA di bawah kepimpinan Muhtar Suhaili, sekali lagi kelewatan kelulusan kabinet dipentaskan atas alasan sama ditambah alasan mahukan Presiden MPP dari seorang mahasiswi. Kelewatan kabinet diluluskan berlarutan hingga 3 minggu.

Sewaktu Zarifi Daud menjadi Presiden MPP, beliau turut menghadapi kesusahan untuk menerajui organisasi pelajar terbesar UIA hanya kerana beliau didakwa sebagai pro-pembangkang tanpa sebarang bukti kukuh dan jelas!

Tiba-tiba, setelah peristiwa BOIKOT besar-besaran berlaku dalam sejarah mahasiswa justeru memberi ruang kepada Aspirasi UIA (bukan semua, malah kerusi Presiden gagal diperoleh oleh Aspirasi) memimpin MPP, dalam masa 2 minggu selepas keputusan pilihanraya kampus, kabinet MPPUIA siap diluluskan dan mengikuti kursus induksi anjuran HEP!

Cabaran paling sengit untuk layak ke suku akhir ialah pada sesi lalu di bawah kepimpinan Sdr. Zukhairi. Bayangkan, selamam 4 bulan lebih, MPPUIA dibiarkan tergantung tak bertali!!! Tiada poster, tiada pejabat, tiada budget, tiada segalanya!

Adakah insiden ini akan berulang? Ya benar, hanya Menteri KPT; Mustapa Mohammed, Reezal Merican dan sahabat karibya, Syed Idid Arabi yang tahu.

Suku Akhir

Jika MPPUIA sesi ini berjaya ke suku akhir dan untuk layak ke separuh akhir juga tidak kurang peritnya. Cabarannya ialah mengisi kemenangan. Apa yang pasti, halangan utama MPPUIA untuk layak ke separuh akhir adalah seperti berikut;

  1. Menerima penasihat MPPUIA yang mengongkong dan menyusahkan MPPUIA dengan pelbagai karenah birokrasi.

  2. Karenah birokrasi dalam meluluskan program-program MPP.

  3. Budget 'ciput' yang diberikan oleh pentadbiran untuk MPPUIA melaksanakan agenda kebajikan pelajar.

  4. MPPUIA dianaktirikan. Jika ada lawatan akademik ke luar negara dan ruang itu sepatutnya diberi pada MPP, maka MPP dianaktirikan dengan ruang tersebut diberi pada mana-mana pimpinan tertinggi GPMS.

    Walaupun MPPUIA adalah pertubuhan pelajar terbesar di UIA, namun jika ada dasar dan polisi digubal yang melibatkan pelajar, MPPUIA tidak pernah dirujuk dan dijemput bersama dalam proses membuat keputusan.

  5. Sepanjang tahun, MPPUIA akan dipinggirkan di peringkat kebangsaan khasnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi atas alasan kepartian!

Namun awas! Reezal Merican sedang berfikir teruk bagaimana untuk 'cover' semula kegagalannya menjadikan UIA sebagai cengkaman imperalism UMNO. Kita tak tahu apa lagi yang bakal diarahkannya pada Syed Arabi.

  1. Jangan luluskan kabinet langsung?
  2. Jangan lulus apa-apa program MPP?
  3. Cari kesalahan calon yang menang untuk dibatalkan kemenangan?
  4. Pecat exco MPP kerana kesalahan yang direkacipta?
  5. Pastikan GPMS diberi hak istimewa berbanding MPPUIA?

Semuanya tidak mustahil bagi Reezal Merican!

Separuh Akhir

Peringkat separuh akhir ialah ketika di separuh penggal sesi pemerintahan MPP. Ketika ini, MPP akan sibuk dengan projek-projek besar seperti kemasukan pelajar baru dan pesta konvokesyen.

Ironinya, sehingga tahun 2001, MPPUIA mempunyai hak untuk menganjurkan program suai kenal (Ta'aruf Week) di bawah Sekretariat Setiausaha MPP. MPPUIA diberi kuasa sepenuhnya untuk menganjurkan program suai kenal selama seminggu dengan kerjasama pihak universiti. Malah, diselitkan satu sesi khas selama 1 jam setengah untuk pelajar baru mengenali MPP!!!

Sayangnya, itulah kali terakhir. Selepas itu, MPP dicabut hak menganjurkan Ta'aruf Week dan MPP hanya diberi 30 minit maksima untuk bersama pelajar ketika program tersebut yang kini dianjurkan oleh HEP sendiri melalui 'budak-budak' mereka. AJK ditapis agar mahasiswa yang didakwa pro-mahasiswa khasnya exco MPP tidak menjadi AJK Ta'aruf Week.

Begitu juga dengan pesta konvokesyen. Jika kali terakhir pada sesi 2003/2004, Pesta konvo atau CONVEST adalah sepenuhnya di bawah Sekretariat Bendahari MPPUIA, namun MPPUIA sudah disempitkan hak mereka. MPPUIA hanya bertanggungjawab menganjurkan Majlis Pembukaan yang dihadkan pelbagai kemudahan dan beberapa program kecil sahaja.

Inilah dia sebahagian dari sepak terajang sepanjang peringkat separuh akhir!

Peringkat Akhir

Akhir? Sebenarnya, tiada akhir dalam perjuangan mahasiswa. Perjuangan mahasiswa adalah perjuangan yang tidak bernoktah. Kezaliman akan terus wujud di dunia ini. Dan selagimana kezaliman terus wujud, selagi itulah perjuangan mahasiswa akan diteruskan. Walaupun pro-mahasiswa di UIA telah melalui pelbagai keperitan dan kesusahan dalam mempertahankan MPPUIA. Tak cukup bajet, program batal, program lambat lulus, tidak benarkan masuk pejabat MPP sehinggalah dilambatkan kelulusan kabinet, namun pro-mahasiswa UIA telah berjaya mengisi kemenangan dengan gaya dan cara mereka tersendiri.

Terima kasih mahasiswa UIA kerana terus menyokong pro-mahasiswa dan menterjemahkannya dalam undi anda. Selamat maju jaya MPPUIA sesi 2007/2008!


Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?