Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, October 18, 2007

FUYYOOOO!!!

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa bekas tahanan ISA; Abdul Malek Hussin untuk diberikan pampasan sebanyak RM2.5 juta oleh Bekas Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia kerana tahanan melanggari undang-undang semasa demonstrasi Reformasi pada tahun 1998.

Malek juga adalah Pengerusi Eksekutif Malaysian for Free and Fair Elections (Mafrel).

Perghhhh!!!!


Kritikan Hakim ke atas SB

Kata Hakim Hishamuddin Mohd Yunus antara lain:

"The SB Department must not only be neutral but must also be seen to be neutral and non partisan. It must be above politics."

"Cara soal siasat (yang dibuat) jelas untuk tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan Abd. Malek sejak dari awal adalah mala fide (dengan niat jahat/mala fide)."


Bekas Ketua Polis Negara; Rahim Noor ditempelak

"Kelakuan keji oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor amat memalukan dan mengaibkan. Beliau telah menunjukkan contoh yang buruk kepada ribuan anggota dan pegawai di bawahnya."

Jangan lupa, semasa Rahim Noor didapati bersalah kerana memukul tahanan yakni DSAI, Hakim sewaktu itu; Hakim Shaikh Daud menyatakan;

Semasa menolak rayuan beliau terhadap hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 yang dikenakan terhadapnya , Hakim Shaikh Daud telah menyatakan:

"Abdul Rahim melakukan kesalahan itu pada masa dia memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis. Abdul Rahim sepatutnya menjadi contoh dalam pasukan polis tetapi sebaliknya dia meletakkan dirinya pada tahap yang paling rendah akibat perbuatan yang telah dilakukannya.

Tindakan perayu yang dilakukan terhadap orang tahanan tidak dapat dibayangkan dan ia tidak berperikemanusiaan. Tambahan pula dalam kes ini, orang tahanan itu diarahkan oleh Abdul Rahim supaya diikat (ditutup) kedua-dua matanya dengan kain dan yang paling teruk tangan digari dari belakang. Ini suatu perbuatan yang teruk dalam pasukan polis yang berdisiplin."


Justice Must Not Seem to be Done but Must Seen to be Done!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?