Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, February 25, 2007

RES IPSA LIQUITOR


Chelsea dah ketinggalan 9 mata, Liverpool di tangga ke-3 dan ketinggalan 16 mata (hahaha). Siapa di tangga teratas? MANCHESTER UNITED!!! Ole! Ole! Ole!

Habis tu? Siapa bakal juara musim ni? Well... Res Ipsa Liquitor!!! Treble tahun ni? Tak mustahil beb!!!

P.S: Sajer jer buat posting ni sebab , geng-geng peminat Liverpool dok bangga sakan sebab Liverpool menang ngan Bercelona 2-1. Maklumlah, bila dah jarang menang, tetiba menang... Hihihi

Read more!

Monday, February 19, 2007

2.6 BILLION + 9.7 BILLION

"Last Thursday (15th February 2007), Malaysia Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi had announced that RM2.6 billion would be allocated in addition to the RM9.7 billion already allocated under the Ninth Malaysia Plan."

Terima kasih Pak Lah atas pengumuman tersebut. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana memebri peruntukan tambahan untuk sektor pendidikan negara. Soalnya, adakah peruntukan itu akan dapat dirasai manfaatnya oleh rakyat jelata?

Apa maknanya RM2.6 billion + 9.7 billion jika Skim Pinjaman Buku Teks dihapuskan? Di kala harga tol, minyak, letrik, air dan barang-barang keperluan harian lain naik, rakyat tetap terpaksa berbelanja besar untuk membeli buku teks demi pendidikan anak-anak mereka.

Apa maknanya RM2.6 billion + 9.7 billion jika pelajar sekolah luar bandar terpaksa 'merantau' ke bandar untuk melayar internet, kelas sempit, meja kerusi buruk, kekurangan alat bantuan mengajar dan pelbagai kekurangan kemudahan belajar?

Atau mungkin tindakan ini berupa langkah awal 'membeli undi'? Tak lama lagi akan ada lagi beberapa pengumuman kononnnya untuk kebajikan rakyat seperti penutupan beberapa plaza tol, harga minyak turun, diskaun cukai jalan dsb walhal Pak Lah bakal mengumumkan pembubaran parlimen untuk Pilihanraya Umum!

Read more!

Thursday, February 15, 2007

GONG XI FA CHAI

Happy Chinese New Year to all my Chinese colleagues.

To all my friends from Dema, Youth for Change, DAP dan also to my Chineses family members... may this new year comes with colorful happiness dan properous.

Read more!

Wednesday, February 14, 2007

KERAJAAN PENIPU!

Suatu ketika, Pak Lah mendakwa para bloggers sebagai, "Mengenai pengendali blog atau laman web, mereka menggunakan kesempatan ini buat macam-macam cerita, cerita itu, cerita ini. Bohong demi bohong dilakukan..." (Abdullah Ahmad Badawi, Berita Minggu, 28 Januari 2008)

Pada suatu hari, kerajaan telah mengadakan kempen menggalakkan rakyat menukar pada MyKad dalam tempoh dari 1 September hingga 30 November 2005 dengan menawarkan hadiah kereta Perodua Myvi sebagai cabutan bertuah. Kempen tersebut dinamakan Jom Tukar dan Menang MyKad. Ianya dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika di bawah Dato' Azmi Khalid.


Tiba-tiba, bila bertukar menteri, kesemua kempen itu senyap-senyap 'disembunyikan' sehingga ditimbulkan semula oleh media khususnya akhbar Metro. Namun, kehampaan bertambah bila menteri baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dengan angkuh menjawab,
"Rubbish" dan cuba menutup kelemahannya kononnya hendak sedekahkan hadiah-hadiah kempen kepada rumah anak yatim.

Pusingan kali ini menyaksikan siapa sebenarnya 'menggunakan kesempatan ini buat macam-macam cerita, cerita itu, cerita ini. Bohong demi bohong dilakukan'! Benar kata Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu, isu ini
bukan rakyat yang minta hadiah tetapi kerajaan yang berjanji!!! Janji mesti ditunaikan. Selagi tidak ditunaikan, ia menjadi hutang kerajaan ke atas rakyat. Sekadar memetik penggunaan hadis yang dipapar pada bil letrik, "Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut."

Kerajaan telah melakukan dosa besar kerana gagal menunaikan janji walau apa jua alasan sekalipun! Dan jangan pula melakukan satu lagi dosa iaitu menhsonglapkan hadiah-hadiah yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat. Jika benar mereka mahu berikan kepada anak yatim, maka tindakan berikut mesti dilakukan;

1. Umumkan rumah-rumah anak yatim yang bakal menerima sumbangan
2. Nyatakan barangan yang diberikan pada setiap rumah anak yatim.
3. Adakan enkuiri awam dengan menjemput media bagi mendapatkan laporan gerak kerja sumbangan.

Kitaro tetap skeptikal dengan sikap Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad kerana pada raut wajah dan gaya bahasanya seolah hanya memperalatkan isu tanggungjawab pada negara dan sedekah anak yatim sebagai alasan menutup kelemahan dan PENYELEWENGAN keutungan RM350,000!

Silly and Rubbish 1
Silly and Rubbish 2

Read more!

Tuesday, February 13, 2007

BAYANGKAN...

Bayangkan jika tiba Mawi mengkritik Pak Lah kerana keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dalam konsertnya.

Bayangkan jika Siti Nurhaliza mengutuk tindakan kerajaan menaikkan harga tol dalam interview siaran televisyen.

Bayangkan jika Amy Search membandingkan kelantangan Tun Dr. M berbanding Pak Lah dalam isu antarabangsa terutama kezaliman Amerika.

Mungkin tatkala anda membaca kenyataan di atas, anda akan terfikir;


1. Habislah diorang kena gam!
2. Tak dapat cari makan la diorang!
3. Mana mungkin diorang kritik kerajaan!
4. Atau apa-apa aje yang anda fikirkan...

Mengikut track record, ahli akademik yang menyokong pembangkang atau mengkritik kerajaan akan digantung atau dikenakan tindakan tatatertib universiti, penceramah yang pernah popular dikaca tv digam kerana mengkritik kerajaan, artis tidak dapat cari makan kerana mengutuk Perdana Menteri.

Kitaro terbaca
laporan Anugerah Grammy ke-49 dalam Harian Metro hari ini dan Kitaro tertarik dengan satu perkara iaitu kumpulan Dixie Chicks yang dianggotai Natalie Maines, Emily Robinson dan Dan Wilson. Mereka sebelum ini terpaksa mengharungi situasi perit iaitu penyokong setia Presiden AS berang dengan kumpulan ini dan karya mereka dipulaukan sehingga album dihasilkan tidak terjual.

Sebabnya hanyalah kerana mengkritik Presiden Bush sewaktu menjayakan konsert di London. Ketika mengadakan persembahan mereka turut membawa mesej keamanan dengan mengecam polisi Bush yang menghantar tentera AS ke Iraq dengan lantang berkata;

"Kami berasa malu kerana Bush turut berasal dari Texes, tempat kelahiran kami."

Namun, mereka tetap merangkul 5 angerah Grammy iaitu Rekod Terbaik Keseluruhan, Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi album Not Ready To Make Nice dan dua anugerah bagi kategori Album Country Terbaik.

1. Amacam? Adakah slogan Juara Lagu baru-baru ini; 'Rentak Kita Rentak Dunia' benar-benar mencerminkan realiti industri muzik Malaysia hakikatnya berkelas dunia atau hanya mitos semata?

2. Kejayaan Dixie Chicks sebenarnya memberi signal global iaitu rakyat AS sudah muak dan benci dengan dasar luar pentadbiran Bush. Justeru, kita bukan memusuhi rakyat AS, tetapi kerajaan AS.

3. Walaupun album Dixie Chicks tidak berjaya dijual dengan meluas rentetan dari amalan demokrasi sempit penyokong Bush, namun Dixie Chicks tetap boleh berkarya di Amerika. Dalam erti kata lain, seteruk-teruk demokrasi AS, teruk lagi demokrasi Malaysia!

Read more!

Sunday, February 11, 2007

SPBT

Pak Lah dengan selamba berkata;

"Nak tolong, bukan kita tak mahu tolong... kalau ada kemampuan, kita akan tolong tapi kalau tak boleh, tak bolehlah," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan membatalkan cadangan memberi pinjaman buku teks kepada semua pelajar, mulai tahun depan." -
Berita Harian, 5 Februari 2007

Itulah komentar Pak Lah, seorang Perdana Menteri Malaysia, sebuah negara Islam yang dipandang tinggi di mata dunia. Itulah juga realiti kepada kata-kata seorang Perdana Menteri yang mempunyai mentaliti kelas dunia.


Kenyataan Pak Lah di atas adalah mengulas pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, mengenai pemberian buku teks percuma kepada semua pelajar tahun depan dibatalkan kerana memerlukan perbelanjaan tambahan RM104 juta setahun.

Ertinya, kerajaan Malaysia tidak mampu untuk mengeluarkan RM104 juta SETAHUN demi pendidikan rakyat. Berikutan itu, katanya, peraturan yang diguna pakai sekarang akan diteruskan dengan pinjaman buku teks diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Cadangan meluaskan skim itu kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tahun lalu. Melalui skim sekarang, kerajaan membelanjakan RM160 juta setahun.

Kitaro terfikir, apabila kerajaan memutuskan untuk membeli atau 'menyewa' jet mewah Perdana Menteri berharga USD 50 juta, belum dicampur belanja hiasan dan kelengkapan bernilai USD 10 juta, adakah difikirkan;

1. Kerajaan mampu atau tidak?
2. Adakah pendapatan PM di bawah RM 2000?
3. Jet itu adalah untuk kegunaan rakyat atau siapa?

Begitu juga dalam isu minyak, Najib 'memaksa' rakyat di atas nada seruan kerajaan agar rakyat berhemah dalam berbelanja ketika kerajaan dengan sesuka hati menaikkan harga minyak sedangkan menteri-menteri menerima elaun minyak, elaun tol dan bermacam-macam lagi elaun, rakyat pula dikatakan membazir lantas diseru supaya berhemah.

Pak Lah kononnya dengan penuh ikhlas mengatakan kerajaan mengajak rakyat berkorban untuk kerajaan apabila tol 'terpaksa dinaikkan. Malaysia sudah menjadi pelik dan ajaib lantaran rakyat yang mesti berkorban untuk kerajaan. Bukannya kerajaan yang dipilih rakyat berkhidmat dan berkorban untuk rakyat.

Dalam isu Skim Pinjaman Buku teks, bayangkan jika setiap satu buku teks berharga sekurangnya RM15 x sekurangnya 8 subjek x 3 orang anak setiap keluarga = RM360 belum termasuk yuran sekolah, kelas tusyen, buku latihan dan kos pengangkutan anak-anak ke sekolah. Bukankah itu membebankan?

Kerajaan selama ini hanya beretorik dalam memperkasakan pendidikan negara. Benarlah slogan yang mengatakan selama ini bahawa UMNO tidak mahu rakyat semakin cerdik, kerana semakin bertambah cerdik, semakin terbongkar kebodohan UMNO. Sebelum UMNO dilihat bodoh, lebih baik UMNO yang mengetuai pemerintahan negara memperbodohkan rakyat!

Antaranya ialah dengan tidak meletakkan agenda pendidikan sebagai pilihan utama.

P.S: Sebagaimana projek makmal komputet, tidak mustahil jika selepas ini pembekal utama buku teks adalah di kalangan kroni-kroni UMNO. Maka jadilah mereka yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin.

Read more!

Monday, February 05, 2007

TAHNIAH MAWI

"Syukur alhamdulilah, rezeki saya tidak putus-putus walaupun dilanda pelbagai kontroversi tahun lalu. Itu tandanya peminat masih menyokong saya. Saya juga berjanji akan mengurangkan kontroversi tahun ini." - Asmwawi Ani, Bintang Popular 2005 dan 2006

Tahniah Mawi. Kitaro memang sentiasa menyokong Mawi. Cuma Kitaro kadang-kadang rasa kurang selesa setiap kali Mawi berucap di khalayak ramai. Kitaro cadangkan agar Mawi improve kemahiran berucap supaya aura Mawi lebih 'power' dek ucapan yang mampu mempengaruhi audience khususnya untuk peminat Mawi dan para penonton amnya.

Mungkin
blog ini boleh membantu Mawi.

Petang tadi di radio Era (5 Feb 2007), Mawi ada menyatakan kesediaan untuk memperbaiki kelemahan. Kitaro memuji komitmen Mawi dan akhir-akhir ini ramai juga yang agak skeptikal dengan Mawi kerana sikap Mawi yang seolah makin luntur pada pegangan agamanya. Mungkin ini merupakan kritikan membina untuk Mawi agar terus kekal dengan 'charactor'nya yang berbeza dari artis-artis lain. Oleh itu, memang wajar jika Mawi memberikan prioriti kepada isu ini selain dari kualti suara dan mengusai pentas.

Apa pun, tahniah Mawi. Wa caya sama lu. Good luck!!! istiqamah sokmo!!!

Read more!

Thursday, February 01, 2007

WELCOME

Pada 6 January 2007, Kitaro ke Alamanda Putrajaya untuk menghadiri satu ceramah dan promosi buku oleh seorang tokoh motivasi yang sudah lama dirindui... Dr. Hasan Ali. Crowd yang hadir memang menakjubkan, ibu-ibu, bapa-bapa, para remaja dan adik-adik kecil kesemuanya terpegun dengan ucapan semangat dan penuh inspirasi oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Hasan Ali. Kini beliau kembali ke dunia motivasi dan penulisan buku (Anak Kita Memang Pintar Cerdas, Teknik Belajar Berkesan dan Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang. Kini seorang lagi tokoh ilmuan dan individu hebat negara turut bersama memeriahkan dunia penulisan secara komersial sekaligus memeriahkan pembuadayaan minat membaca di kalangan rakyat negara...


Welcome back
Dr. Hasan Ali... Ola Tok Guru Haji Hadi... Kehadiran kalian pasti akan memeriahkan dunia budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?