Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, February 13, 2007

BAYANGKAN...

Bayangkan jika tiba Mawi mengkritik Pak Lah kerana keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dalam konsertnya.

Bayangkan jika Siti Nurhaliza mengutuk tindakan kerajaan menaikkan harga tol dalam interview siaran televisyen.

Bayangkan jika Amy Search membandingkan kelantangan Tun Dr. M berbanding Pak Lah dalam isu antarabangsa terutama kezaliman Amerika.

Mungkin tatkala anda membaca kenyataan di atas, anda akan terfikir;


1. Habislah diorang kena gam!
2. Tak dapat cari makan la diorang!
3. Mana mungkin diorang kritik kerajaan!
4. Atau apa-apa aje yang anda fikirkan...

Mengikut track record, ahli akademik yang menyokong pembangkang atau mengkritik kerajaan akan digantung atau dikenakan tindakan tatatertib universiti, penceramah yang pernah popular dikaca tv digam kerana mengkritik kerajaan, artis tidak dapat cari makan kerana mengutuk Perdana Menteri.

Kitaro terbaca
laporan Anugerah Grammy ke-49 dalam Harian Metro hari ini dan Kitaro tertarik dengan satu perkara iaitu kumpulan Dixie Chicks yang dianggotai Natalie Maines, Emily Robinson dan Dan Wilson. Mereka sebelum ini terpaksa mengharungi situasi perit iaitu penyokong setia Presiden AS berang dengan kumpulan ini dan karya mereka dipulaukan sehingga album dihasilkan tidak terjual.

Sebabnya hanyalah kerana mengkritik Presiden Bush sewaktu menjayakan konsert di London. Ketika mengadakan persembahan mereka turut membawa mesej keamanan dengan mengecam polisi Bush yang menghantar tentera AS ke Iraq dengan lantang berkata;

"Kami berasa malu kerana Bush turut berasal dari Texes, tempat kelahiran kami."

Namun, mereka tetap merangkul 5 angerah Grammy iaitu Rekod Terbaik Keseluruhan, Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi album Not Ready To Make Nice dan dua anugerah bagi kategori Album Country Terbaik.

1. Amacam? Adakah slogan Juara Lagu baru-baru ini; 'Rentak Kita Rentak Dunia' benar-benar mencerminkan realiti industri muzik Malaysia hakikatnya berkelas dunia atau hanya mitos semata?

2. Kejayaan Dixie Chicks sebenarnya memberi signal global iaitu rakyat AS sudah muak dan benci dengan dasar luar pentadbiran Bush. Justeru, kita bukan memusuhi rakyat AS, tetapi kerajaan AS.

3. Walaupun album Dixie Chicks tidak berjaya dijual dengan meluas rentetan dari amalan demokrasi sempit penyokong Bush, namun Dixie Chicks tetap boleh berkarya di Amerika. Dalam erti kata lain, seteruk-teruk demokrasi AS, teruk lagi demokrasi Malaysia!

Comments:
sokong poin # 3. tapi... maknanya kempen islam hadhari, yg ditaja oleh pak lah ni lebih teruk dari kempen 'pembebasan' iraq, tajaan uncle bush lah? ko guano tu? islam hadhari adalah buah kepada demokrasi-malaysia. manakala kempen 'keamanan' iraq adalah buah kepada demokrasi-us. buleh ke kato gitu?
 
Pada awalnya, Kitaro melihat kempen Hadhari sebagai suatu yang positif kerana secara tidak langsung, ia adalah kejayaan kempen PAS yang selama ini membawa imej dan mesej Islam.

Justeru, Pak Lah merasakan UMNO tidak dapat bernafas lama tanpa nadi Islam. Maka dipopularkan Islam Hadhari.

Benar, Hadhari gagasan Pak Lah gagal kerana kelembikan Pak Lah. Namun Kitaro masih melihat secara positif iaitu menggunakan Islam Hadhari kita mahukan di atas kegagalan Islam Hadhari gagasan Pak Lah...

Dalam erti kata lain, jangan kita bertelagah dalam masalah istilah... yang utama untuk diutama ialah substance!

Amacam Jantan Wong?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?