Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, April 27, 2007

IJOK LAGI

Agaknya Mdm Lim Gho, seorang wanita, dari lokaliti 096 / 11 / 06 / 001 - KG BAHRU IJUK, dilahirkan pada 1904 atau 2004.

Jika 1904 maka usianya sekarang ialah 103, atau adakah usianya baru 2 tahun kerana dilahirkan pada tahun 2004.

Pada hari pengundia esok, adakah undinya diterima memandangkan namanya tersenarai sebagai pengundi di Ijok?

Ini bukan perkara baru. Isu sama berlaku pada pengundi ini;

En ISPANI B MOHD REJO, lelaki, dari lokaliti 096 / 11 / 04 / 001 - KG BKT BADUNG, dilahirkan pada 1899 atau 1999.

Usianya mungkin 108 jika dilahirkan pada 1899 atau 8 tahun jika pada tahun 1999.

Kod negeri pada kap pengenalan barunya ialah 61. Negeri mana tu? Indonesia?

Aduhai SPR...

Read more!

Monday, April 23, 2007

IJOK 3

Semalam (22 April 2007), Mingguan Malaysia melaporkan;

"Sebanyak 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, berbanding orang Melayu, kaum lain mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjadi pengundi sebaik sahaja mencapai usia 21 tahun.

Menurutnya, antara alasan mereka enggan berbuat demikian kerana tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.

"Kita perlu mengambil bahagian dalam urusan politik negara, tidak semestinya menjadi ahli parti."



Utusan Malaysia hari ini (23 April 2007) melaporkan;

"Pelbagai pihak menggesa kerajaan membuat kajian menyeluruh kemungkinan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi mengatasi masalah 4.9 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi...


Penulis tidak terkejut apabila Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Rashid melaporkan bahawa kaum Melayu adalah kelompok terbesar yang tidak mendaftar sebagai pemilih berbanding kaum lain khususnya Cina dan India.

Alasan yang diberikan juga memang tepat dan tidak tersasar walau seinci iaitu 'tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat'.

Inilah virus yang pernah digambarkan oleh Tun Dr. Mahathir di dalam bukunya beberapa dekad yang lalu; 'The Malay Dilema'. Situasi kritikal ini merupakan manifestasi kepada apa yang dipernah dipopularkan oleh Tun sebagai budaya 'tongkat' dan 'Melayu Mudah Lupa'. Kaum Melayu menjadi lemah lantaran terlalu 'bertongkat' kepada keistimewaan-keistimewaan yang ada dan menjadi 'nyanyuk' lantaran kesenangan kononnya yang melimpah-ruah.

Intonasi Penulis mungkin semacam bernada perkauman, tetapi hakikatnya apa yang ingin Penulis nyatakan bersifat universal dan menjangkaui isu perkauman. Kebobrokan yang melanda kaum Melayu kini di dalam arena politik negara mempunyai 1001 punca. Namun, apa yang Kitaro lebih fokus ialah hanyutnya rakyat Melayu di dalam arus deras 'keselesaan' dan ketakutan'.

Istilah ini lebih popular sebagai 'culture of fear' and 'culture of complacent'. Sejak di alam pendidikan; alam kampus dan universiti, golongan yang disifatkan sebagai golongan cerdik pandai kerana persekitaran di taman ilmu dan budi telah disumbat dengan 2 doktrin utama;

1. 'JANGAN' melawan arus pemerintah
2. Amalan 'Yes Boss!!!'

Masakan tidak, bila ada mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut memansuhan ISA atau membantah kenaikan harga minyak... maka mereka akan ditangkap, ditahan, dibicara dan digantung pengajian! Mengapa? Kerana AUKU melarang mahasiswa berhimpun melebihi 4 orang tanpa kebenaran TNC.

Lebih menakutkan, Seksyen 15E AUKU memperuntukkan bahawa mahasiswa yang dibicara di mahkamah atas tuduhan jenayah, mesti digantung pengajian walaupun belum dibuktikan bersalah! Mahasiswa-mahasiswa inilah yang dibentuk dengan ketakutan dan keselesaan 'pinjaman' akhirnya menjadi rakyat yang 'tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.'

Penulis sewaktu di universiti dahulu sewaktu menganjurkan kempen kesedaran daftar pemilih bersama MPP dan Persatuan Mahasiswa Undang-Undang pernah 'terkasima' kerana ada mahasiswa undang-undang tahun 3 yang bertanya, "Daftar pemilih? Apa tu?!!!"

Pada suatu ketika di era millennium baru, , tatkala ABIM menganjurkan forum intelektual membincangkan tentang Negara Islam, Kementerian Pendidikan dengan segera memberi amaran... mana-mana pensyarah yang terlibat membentangkan sebarang kertas kerja akan dikenakan tindakan hanya kerana forum tersebut dirasmikan oleh pemimpin PAS; Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Maka 'bertempiranlah'ahli akademik menark diri kecuali Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim.

Jika inilah yang melanda ahli cerdk pandai negara, apakah budaya yang diterap kepada masyarakat awam?

Negara-negara maju menjadi hebat kerana budaya mereka. Budaya intelektual, budaya kebebasan maklumat, kebebasan berfikir, budaya politik matang... kesemua itu jika disemai maka tidak akan menyebabkan kerajaan TERDESAK sehingga terpaksa mewajibkan atau meng'automatik'kan rakyat sebagai pengundi.

Kesimpulannya... intipati utama amalan demokrasi ialah, "By the people, For the People". Dalam erti kata lain, kemuncak kuasa bukan berada di tangan Perdana Menteri, Presiden UMNO mahupun Yang Di Pertuan Agung... tetapi kemuncak kuasa sebenarnya berada di tangan rakyat yang cukup umur 21 tahun dan ke atas. Ini merupakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan juga kewajipan sosial. Keadilan dan kesaksamaan bukan hanya untuk masyarakt Cina ataupun India... malah ia juga merupakan hak kepada kaum majoriti Malaysia - kaum Melayu!

Seruan kerdil dari saya... yang gadaikan tatkala hak itu masih berada digenggaman! Ayuh daftar sebagai pengundi... kita lakukan PERUBAHAN!

Read more!

IJOK 2

Sehingga hari ini, sudah 4 kali pilihanraya kecil berlangsung selepas Pengkalan Pasir, Batu Talam dan Marchap. Kalau sewaktu pilihanraya umum ke-11 berlangsung, UMNO Kelantan dengan megah dan berlagak menuduh PAS meltakkan calon-calon tua dan diaragui kemampuan mahupun hayatnya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Realitinya, wakil rakyat parti mana yang lebih ramai pergi dulu? Hakikatnya kita harus terima, samada sihat atau sakit, mati atau hidup... kesemuanya adalah di atas ketentuan-Nya. Manusia tidak boleh berlagak seperti Tuhan!

Menyentuh mengenai pilihanraya kecil Ijok N11, Kitaro kadang-kadang rasa nak muntah bila mendengar dan menonton ucapan-ucapan kempen para pemimpin UMNO yang disiarkan di kaca TV. Jika Kitaro berpihak pada neutral dan tidak menyokong mana-mana sekalipun, Kitaro merasa jelek dan muak dengan ucapan-ucapan yang meloyakan. Contohnya;

"Jika pembangkang menang, adakah mereka mampu terkontang-kanting membangunkan Ijok!?" (Najib Tun Razak, Timb. Presiden UMNO)

Hello... jika pembangkang menang, bukankah mereka merupakan Ahli Dewan Undang Negeri? Bukankah kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO mesti bekerjasama dengan pembangkang yang bertindak sebagai check-and-balance di dalam dewan? Adakah setiap kata-kata pembangkang MESTI ditolak sama sekali?

Tambahan pula, tidak kira samada Ijok dimenangi oleh siapa sekalipun, rakyat Ijok tetap rakyat Malaysia. Mereka bukan berapa di kepulauan yang terasing dari peta Malaysia mahupun Selangor. Justeru, kerajaan tetap wajib membangunkan Ijok dengan bekerjasama dengan wakil rakyat mereka tidak kira siapa atau parti mana sekalipun. Inilah indahnya demokrasi jika benar-benar dihayati. Sayang sekali, corak demokrasi yang cuba dipaparkan oleh pengasas pemikiran GLOKAL adalah berupa "Buy the people, force the people'... dan bukannya 'By the people for the people'.

Satu lagi kenyataan yang cukup mengjengkelkan;

"Dakwaan pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka bahawa apa yang di isytiharkan di Ijok semuanya berunsur politik dan kerana pilihan raya kecil semata-mata adalah fitnah kerana apa yang saya umumkan hari ini termaktub dalam RMK-9 sejak tahun lepas!" (Hisyamudin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO)

Habis tu... jika sudah diluluskan sejak tahun lepas, mengapa baru sekarang Hisyamudin mengumumkan SMK Raja Muda akan dilengkapi dengan dewan, tambahan enam bilik darjah, bilik guru, tandas dan beberapa kemudahan lain dengan peruntukkan yang telah disediakan oleh kerajaan?

Jika bukan untun 'membeli' rakyat, apa lagi?

Dean Johns, seorang jurnalis dan pensyarah di KL dalam
artikelnya ketika mengulas tentang pilihanraya kecil Marchap menulis;

"...he (Najib) announced an allocation of RM3.7 million for the upgrading of water pipes and the construction of a 'multi-purpose hall' for Felda Tun Ghafar Hutan Percha, plus gifts of land in Felda Tun Ghafar Machap to 102 Malay families, and later to 50 Chinese as well.

In case anyone missed the point or purpose of such astonishing largesse, he then made the point that beneficiaries of the 99-year land lease would form a 'Barisan Nasional Kampung', and added that "one should repay favours when the time is right and the favour should be repaid by voting BN on April 12".

Kesimpulannya, benarlah apa yang dikatakan oleh Dean bahawa pilihanraya kecil hanyalah sebuah 'Buy Election'... bukannya 'By-Election'. Kemenangan pembangkang mungkin adalah sesuatu yang mustahil, tetapi jika benar, ia adalah satu keajaiban. Inilah budaya politik dan demokrasi ala-Malaysia... Parti pemerintah adalah segalanya. Tahniah Pak Lah!!!

Read more!

Saturday, April 21, 2007

IJOK 1

Lantaran kekecohan semasa hari penamaan calon pilihanraya kecil Ijok, media utama (Media Prima, RTM dan akhbar-akhbar main stream) melaporkan seolah-oleh pembangkanglah yang jahat, bertindak ganas, kurang ajar dan memulakan provokasi. Sedangkan jentera BN seolah menjadi mangsa keadaan, baik-baik belaka dan paling utama, memetik kata-kata Najib; "Mengikut lunas dan saluran undang-undang."

Ya benar... jentera BN semua baik-baik, mangsa keadaan. Mereka diserang bertubi-tubi oleh pembangkang dan 'tak buat apa-apa...'







Read more!

Thursday, April 19, 2007

SUDAH TERBIT

Tidak kira samada dalam dunia sekolah, kampus mahupun kerjaya bisnes... 2 perkara yang tidak lari dan saling memerlukan dan kita perlukan ialah MEMIMPIN dan BERMESYUARAT! Justeru, mungkin buku ini boleh membantu anda;


Mengapa anda mesti memiliki buku ini?

Read more!

Wednesday, April 18, 2007

I'M PROUD TO BE FALAHIANS!

Di sinilah merupakan bumi di mana Kitaro mula mengasah bakat kepemimpinan, mengenal erti tarbiah, didedahkan dengan kemahiran mengurus organisasi. Kitaro pernah juga menyertai Ihtifal (yang ke berapa entah) tapi tak pernah menang. Kali ini Falahiah muncul juara dalam ihtifal ke-10. Kitaro sudah dapat merasakan 12 tahun yang lalu bahawa SMKA Falahiah adalah sebuah sekolah legend in the making! Tahniah buat warga Falahiah! Tahniah juga buat Mudir Abdul Rahim Osman... ini adalah salah satu hadiah menjelang persaraan ustaz!

Logo Alumni Falahiah; Al-Falah

JERANTUT: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Kota Bahru, Kelantan muncul juara keseluruhan Pertandingan Ihtifal SMKA ke-10, di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, di sini, kelmarin.

Sekolah berkenaan menjuarai tiga daripada enam kategori yang dipertandingkan iaitu Kuiz al-Quran, Kuiz Bahasa Arab dan Ucapan Bahasa Arab.


Pelajarnya, Abdul Hafidz Awang Nila, Mohamad Amirul Mohd Adnan Ali dan Mohd Saifullah Omar muncul juara Kuiz Bahasa Arab; Nik Harun Al Rashid Nik Nordin, Muhamad Akmal Mazlan dan Mohd Sidik Hassan menjuarai Kuiz Al-Quran, manakala Musa Taha pula juara kategori Ucapan Bahasa Arab.

Kategori Hiwar (Dialog Bahasa Arab) pula dimenangi SMKA Naim Lilbanat, Kota Bahru, Kelantan yang diwakili Nor Hanisah Izhar, Nur Bahiran Mat Zain dan Wirdah Mohd Zin.

Hafazan al-Quran dimenangi pelajar SMKA Al Manhoor, Pulau Pinang yang diwakili Zulfadzli Mohd Tamimi, manakala Tilawah al-Quran dijuarai Muhamad Hanif Abdul Latif dari SMKA Johor Bahru, Johor.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran, Dagiran Mustafa.

Turut hadir, Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latif.

Ihtifal SMKA kali ke-10 itu diadakan selama tiga hari membabitkan 2,400 pelajar dari 54 SMKA dari seluruh negara.

Sumber:
Berita Harian


Read more!

Saturday, April 14, 2007

HARAM!!!

"Pelaburan saham menerusi Internet haram - Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 12 April — Sebarang pelaburan saham melalui Internet yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan), demikian diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini..."
(Utusan Malaysia, 13 April 2007)

Asalnya Kitaro ingin mengulas (bukan mempertikai) mengenai fatwa Majlis Fatwa mengenai 'Haram Pelaburan melalui Internet'. Kebetulan bila Kitaro baca entri dalam blog
Pakdi, idea Kitaro dan Pakdi rupanya hampir sama cuma berbeza pada gaya dan cara. Apa pun, 'rohnya' sama iaitu untuk memperbaiki suatu kerosakan, jangan sekadar menghukum tetapi cari punca utama kerosakan.

Umpamanya, jika tiba-tiba kereta semput, jangan sekadar menghukum kereta itu sudah tidak boleh dipandu kerana rosak, tetapi kenal pasti apa punca kerosakan. Mungkin puncanya plug dah lama tak tukar, minyak dah nak habis atau kerana tuan kereta sendiri malas servis kereta!

Cuma sedikit persoalan, kenapa laporan di Utusan Malaysia misalnya menggunakan istilah 'pelaburan saham melalui internet'? Sedangkan sudah banyak urusan hari ini dilakukan online (yakni melalui internet) termasuklah membeli saham. Yang jadi masalah ialah penipuan melalui skim cepat kaya, perjuadian booky dll. So, istilah paling tepat mengikut cadangan Pakdi ialah, 'pelaburan skim cepat kaya di internet.'

Justeru, laporan media mestilah tepat agar keputusan Majlis Fatwa tidak disalah tafsir dan jom pakat sokong keputusan Majlis Fatwa. Paling penting, jangan lupa baca entri Pakdi;
Pelaburan Internet

P.S: Islam adalah agama alternatif. 1 takleh... berlambak lagi yang boleh.

Read more!

Thursday, April 12, 2007

POWER SIOT!!!



Dalam perlawanan Liga Juara-Juara, Liverpool membenam PSV Eindhoven dengan kemenangan bergaya aggregat 4-0.

Kata
Awan, "Liverpool power!!!" Kata Pakdi, "Loverpool hebat!!!" Kata Kimi, "Man Utd dahsyat!!!"

Maka pada tanggal 11 April 2007... United secara rasmi membenam AS Roma dengan aggregat 8-3!!!

Maknanya... Man Utd LAGI HEBAT... LAGI DAHSYAT... dan LAGI POWER. Hahaha

P.S: Kitaro gets the last laugh...

Read more!

Tuesday, April 10, 2007

BELAJAR DARI ORANG BERJAYA

Hasil wawancara ini Kitaro pernah sediakan untuk sebuah blog yang Kitaro sendiri merupakan salah seorang pengasas. Namun, setelah Kitaro memberikan kepada 'mereka' password untuk login sebagai admin, lantas ia ditukar dan Kitaro tak dibenarkan lagi untuk akses sebagai admin. Kitaro dimaklumkan oleh 'mereka', jika Kitaro ingin beri apa-apa sumbangan artikel dsb, sila emailkan pada...... Kitaro tidak kemaruk untuk berebut blog tersebut dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Yang pasti, blog tersebut sudah hilang kredibiliti kerana tiada update sejak 16 Februari 2007 (Kitaro meninggalkan blog tersebut pada 30 Oktober 2006).

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, di sini Kitaro persembahkan wawancara bersama bekas aktivis mahasiswa yang juga pelajar cemerlang UIA dan kini sedang bertugas sebagai jurutera di Shell Miri... Muhtar Suhaili.


Bagaimana karier Sdr. Muhtar sebaik sahaja selepas tamat belajar di UIA pada tahun 2005?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kini saya betugas sebagai Control and Automation Engineer di Engineering Smart Fields Department, Sarawak Shell Berhad. Sekarang tengah outstation di The Hague, Belanda atas urusan kerja selama 3 bulan. Sebelum berkhidmat bersama Shell, setelah tamat pengajian saya telah berkhidmat sebagai Automotive Engineer di Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd.

Bolehkah Sdr. Muhtar ceritakan sedikit pencapaian akademik di universiti?

Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah.

Apakah rahsia kejayaan Sdr. Muhtar di dalam dunia akademik?

Alhamdulillah, saya yakin dan percaya ramai lagi mahasiswa dan graduan yang lebih cemerlang di bidang akademik daripada saya. Namun sekadar berkongsi rahsia kejayaan yang saya yakin dan percaya juga merupakan rahsia kejayaan kebanyakan orang yang berjaya iaitu; sesiapa sahaja yang ingin berjaya, mereka perlu memiliki tiga elemen penting ini iaitu berjiwa besar, bercita-cita jelas dan berfikir sedar. Kemahuan membara yang disertai tindakan bersepadu sudah pastinya merupakan pelengkap kepada kejayaan yang diimpikan. Ini kerana untuk berjaya kita perlu TAHU dan MAHU agar kejayaan yang dicapai mempunyai MAKNA. Doa dan tawakkal yakni pergantungan kepada Allah SWT Yang Maha Pencipta dan Penentu segala kejayaan tentunya rahsia kepada segala rahsia. Wallahu a’lam.

Sdr. Muhtar pernah menjawat amanah sebagai exco SRC selama 2 tahun berturut-turut iaitu sebagai Chairperson Edu & Training pada 2003 dan Presiden pada 2004. Adakah Sdr menyesal dan mengapa?

Alhamdulillah, memikul taklifan yang saya yakini sebahagian dari amanah dari Allah SWT tidak pernah sama sekali membuat saya menyesal malah berharap semoga ianya telah menjadi sebahagian daripada ‘amal bermanfaat dan membawa kebaikan bersama buat saya dan mudah-mudahan juga membawa khair buat seluruh mahasiswa UIAM. Dua tahun berkhidmat sebagai exco dan kemudiannya diamanahkan sebagai Presiden MPP (SRC) saya rasakan merupakan 2 tahun paling bermakna dan berpengaruh dalam membentuk jatidiri pemimpin (sama ada ketika memimpin mahupun dipimpin), paradigma berfikir dan sekaligus mematangkan diri memahami makna sebuah kepimpinan. Segala ilmu dan pengalaman ini kemudiannya amat berguna untuk diadaptasi dan diimplemetasikan selepas menamatkan pengajian sama ada di dalam menjalankan peranan sebagai warganegara berfungsi, daie berkesan dan professional berjaya di tengah-tengah masyarakat..

Apakah 'ultimate benefit' yang Sdr. Muhtar kecapi hasil dari penglibatan aktif dalam persatuan?

Alhamdulillah, secara jujur saya banyak belajar dan menempah banyak pengalaman hasil dari penglibatan aktif dalam persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti yang disertai. Paling penting segala suka-duka dan pengalaman berharga ini telah banyak membantu saya di dalam kerjaya dan di dalam menyumbang dengan lebih berkesan sebagai anggota masyarakat.

Melalui penglibatan di dalam berpersatuan, seseorang itu akan beroleh nilai tambah yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik kuliah. Antaranya kemahiran kepimpinan, kemahiran berorganisasi, kemahiran pengurusan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpolitik, kemahiran mempengaruhi, kemahiran berbincang (negotiation skills), kemahiran membina ‘networking’, kemahiran membina karisma, kemahiran dakwah, dan sebagainya. Alhamdulillah, sepanjang menjadi Presiden juga, saya banyak terlibat dalam konvensyen-konvensyen dan seminar-seminar sama ada di peringakat antarabangsa, nasional mahupun kampus. Selain itu, saya juga berkesempatan untuk terlibat di dalam membincangkan pelbagai isu-isu luar dan dalam kampus dengan pelbagai pihak sama ada bersama menteri, badan-badan dakwah dan islah, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pelajar. Kesemua ini merupakan pengalaman berharga yang tiada galang-gantinya di dalam menganjak paradigma dan mengangkat cara pandang dunia (worldview) yang amat berguna di dalam menjalani kehidupan selepas bergraduat.

Secara konklusinya, sebagaimana yang saya nyatakan di dalam Ucapan Penggulungan ketika AGM SRC 2003/2004, betapa sepanjang menjawat amanah tersebut saya telah mempelajari 7 perkara penting sepanjang menjadi Presiden MPP UIAM iaitu:

1. I absolutely of the view that leadership is action, not position!
2. It is nice to be important, but it is more important to be nice!
3. Doing right is a might, eventhough might is not necessary right!
4. Vision without action is a daydream and action without vision is a nightmare!
5. If you want to satisfy everybody, you will satisfy nobody!
6. Politics is good, but politicians (some of them, not all) are not so good!
7. To know that you do not know is the best. To pretend to know when you do not know is a disease. Only when one recognizes a disease as a disease, can one be freed from that disease.

Pada pandangan Muhtar, bagaimanakah peranan mahasiswa khususnya MPP sepatutnya berperanan?

Alhamdulillah, melalui pengalaman yang diperolehi sepanjang 2 tahun memimpin mahasiswa UIAM, saya suka untuk menyatakan bahawa sebagai mahasiswa kita tidak seharusnya hanya menghadkan diri kita dengan rutin akademik semata-mata meskipun perlu saya nyatakan di sini bahawa kecemerlangan akademik mesti menjadi agenda utama dan pertama. Kemahiran kepimpinan, bersosial, berkomunikasi, bersiasah dan soft-skills yang lain juga adalah penting di dalam menjadikan seseorang mahasiswa itu serba boleh dan mampu berfungsi apabila bergraduat dan terjun untuk berkhidmat dan berinteraksi bersama masyarakat.

Secara asasnya, demi kelangsungan gerakan mahasiswa terdapat tiga elemen penting yang perlu diusahakan dan dijayakan secara bersama dan saksama oleh gerakan mahasiswa kini. Tiga elemen tersebut yang sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain ialah pembentukan idealisme, pembumian basis intelektualisme dan pengaktifan aktivisme. Sebagai golongan sedar, sewajarnyalah mahasiswa menjadi satu entiti yang amat penting dan cukup berperanan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan ilmiah, intelek dan pemikiran di univeristi selain berusaha untuk bersama-sama menyumbang ke arah reformasi sosial yakni usaha islah ke arah lahirnya masyarakat madani yang diidam-idamkan. Usaha ini sememangnya bukan mudah, namun kita perlu terus berikhtiar dan berganding bahu di dalam menjayakannya.

Secara khusus buat MPP, saya suka untuk berkongsi “Vision and Mission SRC 2003/2004” yang dipetik dari Ucapan Dasar saya selaku Presiden yang akhirnya menjadi asas di dalam melaksanakan segala tindakan dan aktiviti MPP. Mudah-mudahan “Vision and Mission SRC 2003/2004” speaks by itself.

VISION OF SRC

Ikhwah and Akhawat Fillah

This year, that is year 2003, IIUM is celebrating its 20th Anniversary. With the theme “Celebrating 20 Years Serving the Ummah”, I think that we are now progressing and are in the right track in achieving our vision to become a leading international centre of educational excellence. Thus, the Students’ Representative Council 2003/2004, being part and parcel of this big family of IIUM will try our level best to promote the IIUM agenda and IIUM missions of Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence (IIICE or “TRIPLE I CE”).

MISSIONS OF SRC

Dear Ikhwanul Muslimin

For this tenure, SRC plans to strengthen and promote its roles in managing its internal and external issues. As the main body, we hope to enhance the capacity of our Executive Committees (Excos) in achieving the mission and vision of the university. We would like to emphasize the role of SRC in handling local, national and international issues.

STUDENTS
The SRC’s main agenda for this session is to struggle for the best interest of the students. And in order to do that, we as the students’ representatives will first of all do its best to bridge the gap between SRC and the students. It is our responsibility to protect and to serve the needs and welfare of all students, regardless of their courses, origins and backgrounds, and make the students our focal concern.

UNIVERSITY
SRC feels that it is responsible in assisting the University in the pursuit of achieving its mission and vision of Islamization, Internationalization, Integration and Comprehensive Excellence (IIICE). It is essential to achieve these long-term goals in order to make our beloved University the leading international centre for educational excellence.

UMMAH
SRC will do its best to uphold the Islamic Principles, values and practices in the course of our struggle for the betterment of the ummah. We aim to be the agent of change in the society, both locally and internationally. Therefore, we hope to be more action-oriented for the benefit of the ummah.

THEME OF SRC

Sincere, Reliable, Committed

Isu kelambatan kabinet MPP diluluskan oleh pihak pentadbiran berlarutan selama 4 bulan dan hingga kini. Wajarkah pentadbiran melakukan sebegitu rupa terhadap mereka yang telah memenangi pilihanraya secara sah? Mengapa sdr berpandangan demikian?

Alhamdulillah, saya turut dimaklumkan tentang perkara ini oleh beberapa orang sahabat-sahabat alumni UIA dan juga mahasiswa UIA sendiri. Saya kurang pasti senario dan perkembangan isu ini kini (maksud saya ketika temuramah ini dijalankan), namun sekiranya benar Kabinet MPP masih belum diluluskan oleh pihak pentadbiran meskipun setelah 4 bulan (sepertiga dari tenure setahun MPP) memenangi pilihanraya dan dipilih secara demokrasi oleh mahasiswa UIA, saya berpendapat ianya merupakan satu episod gerhana dalam sejarah kepimpinan MPP UIA dan sekaligus saya menganggapnya berita amat dukacita yang sewajarnya tidak berlaku.

Saya masih ingat pada zaman saya bagaimana pada ketika itu Kabinet MPP juga ada masalah untuk diluluskan kerana pihak pentadbiran memaklumkan adanya desakan dari pihak tertentu (secara jujur saya dimaklumkan bahawa ianya merupakan desakan politik pihak dari luar UIA) yang tidak begitu in favour saya menjadi Presiden MPP UIA kerana dikatakan terlalu vokal. Namun alhamdulillah kemudiannya setelah lebih kurang 4 minggu berdialog, berdiskusi secara ilmiah dan mengambil kira pemurnian kemaslahatan, Kabinet tersebut (meskipun dengan beberapa rombakan) telah diluluskan oleh pihak pentadbiran dengan mengambil kira pendirian tidak berbelah bahagi barisan exco MPP UIA pada ketika itu yang tetap mahu saya menerajui MPP selaku Presiden.

Seperkara lagi yang suka untuk saya kongsikan ialah saya amat tidak bersetuju dengan satu senario politik kampus masa kini iaitu pelabelan Pro-Aspirasi dan Pro-Pembangkang dalam kepimpinan mahasiswa. Pendirian saya jelas betapa pimpinan mahasiswa itu perlulah Pro-Mahasiswa dan mereka perlu menjiwai sifat syaja’ah di dalam kepimpinan. “Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh mahasiswa ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

Seterusnya, saya amat berharap semoga sistem syura dan musyawarah menurut Islam akan beroleh izzah serta demokrasi kampus yang digunapakai akan dapat dipugarkan kembali ketelusan dan ketulusannya ke arah lahirnya barisan pemimpin mahasiswa yang berjiwa besar dan masyarakat Taman Ilmu dan Budi yang berwibawa. Bersama kita hayati betapa membuat sesuatu yang betul lebih baik daripada membuat sesuatu dengan betul. Wallahu a’lam bissawab.

Apakah nasihat Sdr. Muhtar kepada siswa-siswi UIA dan juga kata semangat buat MPP sesi ini yang sedang menghadapi cabaran paling getir dalam sejarah MPP UIA?

Alhamdulillah, saya melihat bahawa mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Justeru, mahasiswa selaku cream of the society perlu menjadi pelapis berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru mahasiswa agar sedar bahawa kehidupan kampus selama 3-4 tahun merupakan satu detik masa yang perlu dipergunakan dengan semaksimanya untuk belajar mengenal serta menghayati kehidupan. Kehidupan 40-50 tahun yang akan datang banyak bergantung kepada persediaan, pengukuhan dan pencapaian yang diperolehi sepanjang tempoh pengajian sahabat-sahabat sekalian di Taman Ilmu dan Budi.

Buat barisan kepimpinan MPP UIA, saya doakan semoga Allah SWT akan terus mengurniakan taufiq dan hidayah kepada kalian di dalam menerajui kepimpinan mahasiswa UIA atas kapasiti dan ruang yang termampu. Paling penting semoga terus thabat di dalam memartabatkan gerakan mahasiswa dan semoga mampu merealisasikan agenda mahasiswa sebagai jurubicara masyarakat.

Buat seluruh mahasiswa UIA, selamat maju jaya dunia dan Akhirat. Siiru a’la barakatillah.



Read more!

Friday, April 06, 2007

AN INSPIRING MESSAGE TO ALL BLOGGERS

April 5, 1930, Mahatma Gandhi declared to the world...


This battle of Right against Might. The context, 77 years ago then, was the non-violent, 400km Salt March, a protest against British monopoly on salt trade.

It was a protest against monopoly the
Satyagraha way.

Seventy-seven years on, ain't we living in a world of surging monopoly over the opinion space. Constructive criticisms are gross dissent. And that, you should only buy one version of truth that is news-slanted by the politically-cowed mainstream media dictated by the editorial mullahs?

In January 2006, as if blogging was long foreseen as the modern day long-haul Salt March from the cyberworld to reality, I remembered Gandhi's devotion to Satyagraha -- the resistance of tyranny through mass
civil disobedience, firmly founded upon ahimsa (total non-violence).

First they ignore you,
then they laugh at you,
then they fight you,
then you win.
Mahatma Gandhi

We are no mahātmā. But that stops us not from seeking solace in mahātmā's wisdom and spirit.

Among many other things, Gandhi once said:"You should be the change that you want to see in the world."


WALK WITH US bloggers... fellow Malaysians!

P.S: Thank you Jeff Ooi for ht einspiring note. We are in the same path.


Read more!

Tuesday, April 03, 2007

ORANG MUDA JUGA YANG SALAH?

Semalam, akhbar Utusan Malaysia melaporkan;

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati golongan muda paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada 24 juta warga negara ini, seramai 15.2 orang merupakan mereka yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas.

"Tetapi dari 15.2 juta itu, hanya 10.3 juta sahaja yang telah mendaftar sebagai pengundi."


"Ini bermakna negara masih ada kira-kira 4.9 juta orang khususnya mereka berumur 21 hingga 35 tahun yang layak mengundi tetapi masih tidak mendaftar sebagai pengundi," katanya.

Wan Ahmad berkata, faktor masih belajar terutama di peringkat pengajian tinggi dan sedang menstabilkan diri dan kerjaya sering dijadikan alasan oleh golongan muda untuk tidak berdaftar dengan SPR.

"Tetapi walau apa pun alasannya, jangan tunggu di saat akhir. Ini kerana SPR akan mengambil masa 60 hari bagi menentukan tarikh pilihan raya selepas Parlimen dibubarkan. Jika ketika itu baru hendak mendaftar, segala-galanya sudah terlewat."

"Ketika itu jangan salahkan SPR jika didapati tidak layak keluar mengundi. Ini bukan kes seperti kita hendak bayar saman trafik di saat-saat akhir, hari ini bayar, hari ini lepas,"
katanya.

Salah siapa?

Di kalangan golongan muda, golongan mahasiswa adalah kelompok yang paling terpelajar. Tetapi di manakah nilai 'terpelajar' mereka sedangkan masih ada mahasiswa yang tidak tahu;

1. Kepentingan pilihanraya
2. Mengapa perlu bubar kabinet
3. Hak dan tanggungjawab mengundi mengikut perlembagaan persekutuan
4. Pengetahuan politik semasa
5. Di mana dan bagaimana untuk mendaftar sebagai pemilih

Mahasiswa lebih cenderung kepada 3 perkara iaitu;

1. Menyiapkan assignment
2. Menghadiri kuliah
3. Berhibur

Jika anda bertanya soalan-soalan di bawah kepada golongan muda, sudah pasti mereka akan dapat menjawabnya dengan lancar berbanding 5 perkara tadi;

1. Siapakah juara-juara AF?
2. Sebutkan nama-nama artis tanah air dan luar negara.
3. Apakah makanan kegemaran artis yang diminati?
4. Disko manakah yang paling 'happening'?
5. Kisah putus tuang Asmawi Ani.
6. Siapa peserta AF5 yang paling hensem / cantik?

Lebih 'dahsyat', anak-anak muda lebih cenderung dengan dadah, hiburan, seks dan pelbagai aktiviti hedosima. Lagipun, mana boleh bersuara lantang dalam apa jua isu negara kerana jika tidak sehaluan dengan arus polisi kerajaan, maka anda akan dilabel sebagai pengkhianat negara dan tidak bersyukur! Jika minyak naik, tol naik dan diadakan aktiviti kesedaran sivil seperti perhimpunan aman, piket bantahan, rapat umum penerangan isu semasa... air asid dari trak merah FRU babal memedihkan mata dan menyebabkan anda serik untuk menghadiri sebarang aktiviti di atas.

Jika inilah budaya yang diterapkan oleh kerajaan sebagai pemimpin rakyat, maka apa lagi nak diharapkan dariapda rakyat khasnya golongan muda? Jika mahukan anak-anak muda berduyung-duyung mendaftar sebagai pemilih, jangan haraplah! Mereka lebih suka beratur berduyung-duyung di GSC atau TGV di mana-mana pusat membeli belah.

Adakah salah golongan muda?

Pesanan jelas buat pemerintah, SPR dan khasnya Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, jika anda menuding jari kepada golongan muda, jangan lupa 3 lagi jari anda menuding pada diri anda sendiri!

P.S: Kitaro sengaja tidak menyentuh isu AUKU, ISA, Akta Polis dan lain-lain akta drakonian. The thing speaks by itself (Res ipsa liquitor)!

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?