Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, April 18, 2007

I'M PROUD TO BE FALAHIANS!

Di sinilah merupakan bumi di mana Kitaro mula mengasah bakat kepemimpinan, mengenal erti tarbiah, didedahkan dengan kemahiran mengurus organisasi. Kitaro pernah juga menyertai Ihtifal (yang ke berapa entah) tapi tak pernah menang. Kali ini Falahiah muncul juara dalam ihtifal ke-10. Kitaro sudah dapat merasakan 12 tahun yang lalu bahawa SMKA Falahiah adalah sebuah sekolah legend in the making! Tahniah buat warga Falahiah! Tahniah juga buat Mudir Abdul Rahim Osman... ini adalah salah satu hadiah menjelang persaraan ustaz!

Logo Alumni Falahiah; Al-Falah

JERANTUT: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Kota Bahru, Kelantan muncul juara keseluruhan Pertandingan Ihtifal SMKA ke-10, di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, di sini, kelmarin.

Sekolah berkenaan menjuarai tiga daripada enam kategori yang dipertandingkan iaitu Kuiz al-Quran, Kuiz Bahasa Arab dan Ucapan Bahasa Arab.


Pelajarnya, Abdul Hafidz Awang Nila, Mohamad Amirul Mohd Adnan Ali dan Mohd Saifullah Omar muncul juara Kuiz Bahasa Arab; Nik Harun Al Rashid Nik Nordin, Muhamad Akmal Mazlan dan Mohd Sidik Hassan menjuarai Kuiz Al-Quran, manakala Musa Taha pula juara kategori Ucapan Bahasa Arab.

Kategori Hiwar (Dialog Bahasa Arab) pula dimenangi SMKA Naim Lilbanat, Kota Bahru, Kelantan yang diwakili Nor Hanisah Izhar, Nur Bahiran Mat Zain dan Wirdah Mohd Zin.

Hafazan al-Quran dimenangi pelajar SMKA Al Manhoor, Pulau Pinang yang diwakili Zulfadzli Mohd Tamimi, manakala Tilawah al-Quran dijuarai Muhamad Hanif Abdul Latif dari SMKA Johor Bahru, Johor.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran, Dagiran Mustafa.

Turut hadir, Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latif.

Ihtifal SMKA kali ke-10 itu diadakan selama tiga hari membabitkan 2,400 pelajar dari 54 SMKA dari seluruh negara.

Sumber:
Berita Harian


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?