Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, May 30, 2006

PERSIDANGAN NAM MAHU BANTU PALESTIN?

"Saya adalah Menteri Luar Palestin yang sah, yang dipilih secara sah melalui pilihan raya yang adil. Seharusnya saya yang mewakili kerajaan untuk berucap," - Mahmoud Zahar, Menteri Luar Palestin

Pak Lah = Pengerusi OIC = Pengerusi NAM sedang mengajak delegasi di dalam persidangan NAM untuk berbincang bagi membantu negara Palestin.

Maka dijemput wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk Khadoumi.

Bayangkan jika OIC atau NAM dipengerusikan oleh India lalu menjemput Tok Guru Nik Aziz sebagai wakil Malaysia dan beliau diberi ruang untuk berucap kepada para delegasi. Apa kata pemimpin UMNO / BN dalam kerajaan Malaysia?

Sejarah

NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.

Mesyuarat pertama NAM, Belgrade, September 1961: Menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonisme.

Mesyuarat kedua, Kaherah pada 1964: Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

Mesyuarat ketiga, Lusaka (antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM): Pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

Mesyuarat keempat, Algiers 1973: Menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.

Sekretariat

Ketika ini (2006), jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia. Pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Penjawat sekretariat yang dahulu adalah seperti berikut:

Yugoslavia (1961-1963)
Mesir (1964-1967)
Indonesia (
Algeria (1973-1975)
Sri Lanka (1976-1978)
Brazil (1979-1982)
India (1983-1985)
Yugoslavia (1989-1992)
Indonesia (1992-1995)
Afrika Selatan (1998-2002)
Malaysia (2003- ...)

Read more!

POLIS, RASUAH dan BRUTAL...

"Kes rasuah yang membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) didapati semakin menurun" - Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, 30 Mei 2006.

Kes rasuah mengikut tahun

2003 - 85 kes
2004 - 78 kes
2005 - 56 kes
April 2006 - 13 kes

Sumber: Laporan di Dewan Negara, 29 Mei 2006.


Tahniah kepada suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan untuk mengumakan laporan bagi membaik pulih perjalanan polis, tahniah PDRM atas pencapaian yang membanggakan tersebut.




Gambar-gambar di atas menunjukkan gambar seorang lelaki yang bukan dipukul oleh mana-mana mamak gengster, penagih dadah atau mana-mana samseng kaki pukul. Itulah hasil tangan polis yang bertanggungjawab 'melindungi' rakyat.

Mengapa di kala gejala rasuah makin menurun namun 'kebrutalan' polis makin mengganas? Lebih menyayat hati apabila Mohd Zafran Amran yang baru berusia 10 tahun melihat sendiri bagaimana bapanya (gambar di atas) yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik semalam, dibelasah oleh anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Kitaro sempat minum petang bersama seorang inspektor polis yang pernah 'menyaman' Kitaro tahun lalu namun kini menjadi rakan baik dengan sinis mengatakan, "Mungkin disebabkan mereka tension tak dapat rasuah maka mereka jadikan pendemonstrasi sebagai mangsa lepas geram!"

Rakyat juga yang jadi mangsa. Tapi tidak mengapa, lepas 5 atau 4 tahun, pujuk rakyat semula. Rakyat pasti lupa... Aduh Malaysia...

Read more!

Monday, May 29, 2006

MYTEAM; 3 PENGARAJARAN BUAT PEMIMPIN

Dalam perlawanan bersejarah antara MyTeam menentang pasukan Malaysia semalam (28 Mei 2006), Kitaro amat kecewa dengan kenyataan pengulas (bukan Abu Bakar Atan, faham-faham je lah) yang menyatakan perlawanan sepertimana semalam tidak sepatut diadakan kerana maruah negara dicemari jika pasukan negara ditewaskan oleh pasukan dari dalam negara sendiri.

Jika beginilah cara pemikiran rakyat Malaysia khususnya mereka yang bertanggungjawab di FAM, maka sampai bila mutu bola sepak negara tidak akan berkembang maju. Kitaro percaya jika pasukan yang dibentuk melalui MyTeam berterusan dibentuk, mereka akan pergi jauh asalkan kekal berdisiplin dalam segala aspek.

Daripada rancangan MyTeam, Kitaro mendapat beberapa pengajaran iaitu;


1. Tahniah kepada Khairy Jamaludin dan Jason Lo kerana berjaya menghasilkan impak di dalam arena bola sepak Malaysia.

Pengajarannya ialah sesuatu impak akan dapat dihasilkan jika kita dapat berfikir di luar dari kebiasaan (thinking out of the box). Perkara ini sukar diamalkan oleh ramai pemimpin organisasi samada parti politik, syarikat, pertubuhan atau persatuan menyebabkan mereka jauh ketinggalan dan gagal bersaing dalam arus perdana.

2. Tahniah kepada barisan pemain MyTeam yang dipilih setelah melalui pelbagai peringkat ujian dan penapisan. Mereka semua adakalnya terpaksa berhempas pulas, merasai perit kesakitan demi mendapat tempat dalam MyTeam. Akhirnya, ahli pasukan yang wujud adalah the ‘cream of the cream’.

Pengajaran: Adalah menjadi lumrah dalam kehidupan bahawa setiap yang terbaik akan melalui proses saringan dam penapisan. Dalam Islam, mereka yang bergelar da’ie dan mereka bergerak di dalam Harakah Islamiah pasti akan menghadapi ujian. Semakin tinggi kedudukannya, semakin hebat ujiannya. Semakin hebat pencapaiannya, semakin hebat ujiannya. Fitrah juga menunjukkan manusia adakalanya tewas dengan ujian walaupun sebelum ini mereka sering berjaya menongkahnya. Namun, mereka yang tetap melalui jalan perjuangan walaupun diuji adalah mereka yang semakin matang, hebat dan mulia di pandangan Tuhan.

3. Harap Setiausaha Agung FAM jangan rasa ‘puas hati’ dengan kemenangan MyTeam kerana ia hanyalah permulaan. Siri-siri kenyataannya hanya menunjukkan betapa ‘lemahnya’ pasukan Malaysia dan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa rakyat bahawa bola sepak Malaysia masih sukar untuk memperolehi masa depan cerah.

Pengajarannya ialah jika lemah, jangan malu untuk mengakui kelemahan kerana dengan itu, ia akan membentuk dan mengajar untuk menjadi lebih baik sekaligus mengatasi kelemahan. Nelson Mandela merupakan pemimpin henat dalam sejarah dunia.Beliau disanjung tinggi bukan sahaja oleh warga Afrika, malah dunia mengiktiraf kehebatannya. Tetapi beliau dikritik kerana malasalah AIDS yang kritikal sewaktu menjadi Presiden Afrika Selatan. Namun, kehebatan beliau makin menyerlah apabila beliau tidak malu untuk mengakui kesilapannya lantas melibatkan diri dalam pelbagai petubuhan dunia bagi membantu mangsa AIDS.

Ramai pemimpin hari ini enggan mengakui kesilapannya. Malah menyalahkan orang lain demi menutup kesilapannya. Lebih teruk apabila mereka tetap mengulangi kesilapan yang sama dan melenting bila ditegur.

Ringkasnya, semua pengajaran di atas merujuk kepada cara berfikir, kuasa ketabahan dan belajar dari kesilapan. Anda bagaimana?

Read more!

Friday, May 26, 2006

KASTAM DI RAJA MALAYSIA


Produk ini ditaja oleh Palimen Jasin.


Ini pula album yang mengandungi lagu tema Parlimen Jasin;



Read more!

Thursday, May 25, 2006

MINYAK DAH NAIK NAIK, LETRIK DAH NAIK, AIR BILA NAK NAIK?

"Kadar bayaran elektrik akan dinaikkan berkuatkuasa 1 Jun ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik... Menurutnya, Majoriti pengguna seramai kira-kira tiga juta keluarga, menggunakan kurang daripada 300 kilowat. Bil mereka dijangka antara RM44 dan RM70 sebulan... Dr Lim berkata, isi rumah berpendapatan rendah yang menggunakan 200 kilowatt-jam (kWh) elektrik sebulan, tidak akan terjejas dengan kenaikan itu. "

Hahaha... bestnya... pasni blogger yang selalu up-date blog kat rumah kena berjimat cermat supaya tidak melebihi 200 kilowatt-jam sebulan. Pak Di amacam? Pegi cc la lagi jimat. Hehehe

Terima kasih kerajaan. Kita kena bersyukur sebab semua ini adalah untuk 'kebajikan rakyat' bak kata Perdana Menteri. Seronoknya jadi rakyat Malaysia. Bermacam-macam hadiah kami terima.Kami tak sabar menunggu apa lagi nak naik lepas ni.

Read more!

Wednesday, May 24, 2006

PALESTIN BUMI BERDAULAT

Sikap tegas Sultan

Tatkala Theodore Hertzel dibawa masuk oleh pelayan istana menemui Sultan Abdul Hamid, maka katanya, “Siapakah yang mengizinkan masuknya seekor babi itu ke tempatku?" Kata-kata ini adalah disebabkan Sultan Abd. Hamid sudah tahu bahawa kehadiran Hertzel adalah untuk memujuknya supaya orang-orang Yahudi ditempatkan di tanah Palestin. Setelah sultan berkata demikian, beliau menambah,
“Jauhlah kau dari sini wahai manusia hina.”

Namun Hertzel tetap tidak putus asa. Dia kembali mengadap sultan pada tahun 1902 dan berupaya memperdaya dengan pelbagai tawaran memikat untuk mendapatkan Palestin iaitu;

a. 150 juta dinar emas
b. Armada perang untu Daulah ‘Usmaniyyah
c. Pembiayaan penuh kos pembangunan dan pembentukan Universiti moden
d. Jaminan pembelaan terhadap kebajikan politik di Negara-negara Barat
e. Melangsaikan sebahagian hutang kerajaan

Jawab Sultan Abd. Hamid dengan tegas,
“Simpanlah saja wangmu, ketahuilah sesungghnya bumi Palsetin telah digenggeam oleh kaum Muslimin dengan pengorbanan darah dan tidak akan sesekali dirampas dari tangan mereka sekali lagi melainkan dengan pengorbanan darah. Saya telah berkhidmat untuk agama Islam selama 30 tahun dan saya tidak akan menconteng sejarah bapa-bapa saya dan mereka yang terdahulu dengan aib saya."

Tambah beliau, "Andaikata tubuhku disiat oleh pedang atau salah satu anggota tubuhku dipotong maka itu lebih aku sukai daripada Palestin dimbil walaupun sebahagian!!! Akhirnya dengan menatap tajam pada wajah Hertzel, Sultan Abd. Hamid berkata, “Simpanlah hartamu wahai Hertzel. Jika Abdul Hamid telah pergi (mati dibunuh), mala ambillah Palestin dengan percuma."

Daulat bumi Palestin

Sejak 1948, Israel telah berjaya menceroboh ke bumi berdaulat Palestin. Bermula 1949, melalui perjanjian 'damai', Israel meluaskan pencerobohan. Di dalam 'Perang 6 Hari' pada Jun 1967, Israel menjajah Semenanjung Sinai (termasuk jalur Gaza) kemudian disusuli Tebing Barat yang merupakan sebahagian dari Jajahan Negara Jordan.

Lantas pada 22 November 1968, Majlis Keselamatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 242 yang melarang sebarang pendekatan melalui peperangan.

Apa tindak balas Israel? Kalau menggunakan bahasa orang KL, jawapan Israel adalah,
"Pegi mampos! Lantakla PBB nak larang ke nak paer. Aku peduli haper!"

Kini, HAMAS telah mendapat mandat rakyat setelah mereka meluat melihat gelagat parti FATAH yang 'asyik' berdamai dengan Israel tetapi nyawa rakyat Palestin tetap terancam di tanah kelahiaran mereka sendiri. Antara pendirian HAMAS ialah tidak sesekali mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara apatah lagi membenarkan mereka menduduki tanah Palestin.

Akibatnya, HAMAS terpaksa berhadapan kemelut ekonomi apabila tidak dapat membayar gaji puluhan ribu kakitangan kerajaan apatah lagi menjalankan aktiviti pembangunan negara. HAMAS tidak melanggar apa-apa undang-undang antarabangsa, malah HAMAS membentuk kerajaan secara sah mengikut lunas undang-undang.

Namun 2 perkara yang Kitaro dapat lihat...

1. Sejarah telah membuktikan kemuliaan Empayar Islam adalah kerana Islam dan ketegasan pemerintah terhadap kejahatan Yahudi

2. Betapa susahnya untuk sesebuah gerakan Islam membentuk sesebuah kerajaan samada untuk mentarbiah ahli, menyedarkan masyarakat, menang pilihanraya dan mengisi kemenangan.


Apa persiapan kita?

Read more!

Tuesday, May 23, 2006

APA YANG BERLAKU DI HOTEL CITITEL PULAU PINANG

Kitaro menerima email dari seorang rakan yang turut berada di forum anjuran geng IFC a.k.a. Kumpulan 11. Berikut adalah isi kandungan email tesebut;

Assalamualaikum,

Semoga Allah terus berikan kita kekuatan untuk menegakkan agama-Nya di muka bumi Malaysia yg tercinta ini.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman tentang kejadian yang berlaku di Hotel Cititel pada hari tersebut.

Saya sampai di perkarangan Hotel Cititel kira-kira jam 8.20 pagi. Sebelumnya dari seberang, saya menaiki feri dan dari terminal feri di sebelah Tanjung/Pulau ke hotel, jarak perjalanannya hanya lebih kurang 3 km, tetapi tidak kurang dari 4 roadbloacks yang terpaksa dilintasi.

Sewaktu saya sampai, pada waktu itu pasukan Polis sudah siap berkawal di hadapan hotel dan di setiap jalan yang menuju ke hotel tersebut. Pada waktu itu juga, pasukan pendemonstrasi sudah bersiap sedia berkampung di parking lot bertentangan dengan hotel tersebut. Saya anggarkan lingkungan 100 orang bersama sepanduk, poster melaung-laungkan supaya IFC di batalkan.

Dalam perjalanan saya untuk menuju ke khalayak yang berdemonstrasi itu, saya melintasi 2,3 orang anggota polis dan saya menegur dan bertanya kepada salah seorang dari anggota polis (1 calit) tentang perihal yang berlaku di hadapan hotel tersebut dan apa yang menyebabkannya. Secara agak tersorok-sorok, anggota polis 1 calit itu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan risalah tentang IFC yang saya kira beliau dapat dari salah seorang khalayak yang menyertai demo tersebut.

Sambil beliau memegang dan menunjukkan 15 tuntutan oleh IFC kepada saya, beliau berkata” Depa ni (merujuk kepada puak IFC) memang kita kena ajaq sikit..Ini bukan pasal politik, tetapi ini pasal akidah kita..Depa ni memang kurang ajaq”…Saya agak tergamam apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut anggota polis 1 calit tersebut…Ini sudah bagus…Saya pun meminta kebenaran daripada beliau untuk masuk ke dalam hotel untuk melihat-lihat apa yang terjadi di dalam. Sementara itu, khalayak yang berdemonstrasi semakin ramai dan suara mereka semakin kuat menguasai perkarangan hotel tersebut. Anggota polis 1 calit itu agak keberatan untuk melepaskan saya kerana dia khuatir keadaan semakin tidak terkawal. Saya bilang padanya, takpelah encik, Insyallah takde apa-apa… Saya terus melintasi khalayak yang berdemonstrasi dan terus masuk ke dalam hotel setelah menyusup di celah-celah puluhan anggota polis (beruniform dan tidak beruniform).Tiba di dalam lobi, ada kira-kira 4,5 orang anggota polis yang beruniform sedang berkawal dan puluhan tetamu dan pekerja hotel yang kelihatan terpinga-pinga mendengar laungan takbir dari khalayak di hadapan hotel tersebut.

Saya terus duduk di salah sebuah sofa yang disediakan sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba saya dengar laungan takbir yang semakin kuat dilaungkan oleh khalayak di luar sana...Rupa-rupanya, pekikan yang kuat dari khalayak secara tiba-tiba itu adalah untuk menyambut kehadiran Zaid Ibrahim dan beberapa pengiringnya yang masuk ke lobi hotel.

Beliau bersama beberapa pengiringnya lantas duduk bersebelahan sofa yang sedang saya duduki itu sambil terus mengeluarkan pemetik api, kotak rokok dan handphone jenama Samsung D-500 dari sakunya..Seingat saya dalam masa 5 minit beliau dan rakan-rakan duduk disitu, sudah cukup untuk memenuhkan ashray yang disediakan oleh pihak hotel. Entah berapa puntung rokok yang dihisapnya...tak tahulah samada beliau memang kuat merokok ataupun beliau gugup dengan sambutan luar biasa yang diberikan kepadanya...

Sebaik sahaja beliau duduk, datang seorang wanita cina (yang kemudiannya saya ketahui dia adalah pengerusi badan NGO AWAM yang memperjuangkan hak asasi wanita di Malaysia) menyapa beliau “Hi, welcome to Penang..what can I say...” mungkin dia merujuk kepada khalayak yang berdemo di hadapan hotel...

Selepas itu mereka terus berbual dan antara butir perbualan (yang dibualkan dalam loghat kelantan) bersama 3,4 orang pengiringnya yang dapat saya dengar keluar dari mulut Zaid Ibrahim ialah “Kalu Malaysia lagu ni gak, hancur kito..Kawe/ambo ingak oghe penang ni Isle Liberal...ambo ingak di kelate ja lagu ni”... Mungkin dia berasa terkejut dengan sambutan yang tak di sangka-sangka dari orang Islam di Penang kerana menurut beliau, biasanya kawasan MALAY BELT (kltn, trnganu,kedah,perlis) sahaja yang mungkin ada demonstrasi seperti diluar sana dan tentulah Penang tidak termasuk dalam senarai beliau...Sambil itu, di luar sana, laungan dan pekikan dari khalayak semakin kuat kedengaran menyambut ahli-ahli panel yang datang memasuki lobi hotel.. Antaranya Prof Shad Faruqi, Malik Imtiaz dan yang lain-lain...

Zaid Ibrahim dan rakan-rakan terus berbual yang tidak dapat saya tangkap butirannya dan kemudian datang seorang yang tidak saya kenali (saya rasa beliau adalah negotiator antara IFC dan pihak Polis) memaklumkan kepada Zaid Ibrahim dan rakan-rakan yang mereka tidak mendapat kebenaran dari Pihak polis untuk meneruskan forum sekiranya demonstrasi masih ada di luar hotel. Beliau agak resah dan sambil menghisap rokok beliau berkata “takpo, kito tunggu sekejap lagi, nanti panas, balik la puak-puak tu”, merujuk kepada pendemonstrasi di luar. Terus saya menghantar SMS kepada sahabat yang sedang berdemonstrasi supaya mereka meneruskan demo supaya majlis forum IFC tidak dapat di teruskan..Zaid Ibrahim terus menyatakan kebimbangannya bahawa orang ramai (merujuk kepada mereka yang datang untuk mengikuti majlis forum) tidak akan datang kerana takut dengan suasana tegang di hadapan pintu utama ke lobi hotel..

Saya terus duduk dengan harapan dapat mendengar butir perbualan mereka sambil menunggu-nunggu kalau-kalau ada muka yang saya kenali di dalam lobi tersebut. Dalam pada saya memerhati mereka yang berada di dalam lobi, saya ternampak sekumpulan 7,8 orang yang memakai kopiah diketuai oleh seorang yang memakai baju melayu putih, berkain pelikat, memakai sandal dan bersongkok. Emm, mungkin ini agaknya mereka yang boleh dibuat rakan memandangkan di dalam lobi itu hanya di penuhi oleh pekerja hotel yang tidak tahu apa-apa dan ramai manusia dari bangsa Cina, India, Singh dan orang putih...Terus saya menuju ke lelaki bersongkok yang kelihatan sedang sibuk mengarahkan anak-anak buahnya untuk berbuat sesuatu..Rupa-rupanya beliau adalah Cikgu Azmi, Pengerusi TERAS..saya tidak dapat cam kerana tidak pernah melihat beliau dari dekat...

Cikgu Azmi dan rombongannya terus menuju ke lif untuk ke tingkat 3, dewan di mana forum tersebut akan diadakan. Saya terus mengikuti kumpulan yang di ketuai oleh Cikgu Azmi dan keluar sahaja dari lif, ada 2,3 orang polis beruniform sudah berkawal di hadapan lif, jalan menuju ke dewan dan di pintu masuk ke dalam dewan.. Sebelum masuk, kami di kehendaki mendaftar di 2 kaunter yang di jaga oleh AJK forum tersebut yang di antaranya ada 2,3 muka melayu...Setiap dari kami di berikan 1 majalah terbitan ALIRAN (muka depannya di siarkan gambar Allahyarham Moorthy dan Isterinya dgn tajuk “NO JUSTICE & NO COMPASSION”), sekeping surat untuk ditandatangani yang bakal diserahkan kepada PM, sejarah dan motif penubuhan IFC serta
sekeping aturcara majlis beserta nama speaker yang akan berucap. Baju kami juga di tampal dengan sekeping sticker berwarna hijau florescent..

Kami melangkah masuk ke dewan itu dan tidak banyak kerusi yang masih kosong. Rata-ratanya sudah dipenuhi oleh audien dari bangsa lain; ada cina, india, singh, orang putih...hanya ada 2,3 baris sahaja di bahagian belakang dewan yang masih kosong untuk di isi..Di pentas hadapan, segala persiapan sudah di atur...background pentas, 5 kerusi untuk speaker, screen besar dan sebagainya..Saya memerhati sekeliling dan ada beberapa orang yang saya kenali turut bersama-sama di dalam dewan tersebut. Kami menunggu-nunggu dan tidak lama kemudian Zaid Ibrahim pun masuk. Laungan Takbir berkumandang menyambut kedatangan beliau dan disusuli secara serentak tolehan oleh para hadirin yang duduk di hadapan terhadap kami.

Mungkin laungan takbir tersebut asing bagi mereka (kaum cina, hindu dsb) tapi tidak bagi Zaid Ibrahim kerana beliau dengan selamba mengangkat tangan sambil tersenyum melambai ke arah kami yang bertakbir...ciss!

Zaid Ibrahim kemudiannya disusuli oleh speaker-speaker yang lain mengambil tempat..Ada 5 orang semuanya...Perempuan Cina pengerusi AWAM, Prof Shad, Malik Imtiaz, Zaid, Pengerusi ALIRAN (Ramakrishnan kalau tak silap) dan seorang pengerusi majlis...Pengerusi majlis terus mengumumkan yang majlis akan berlansung juga tetapi hanya untuk 30 minit dan MC hanya berikan 5 minit sahaja untuk setiap speaker berucap...Laungan takbir bergema dari pihak yang ingin forum itu di batalkan dan keluhan dari pihak penganjur dan audien yang ingin mendengar taklimat tersebut secara serentak memenuhi dewan tersebut...Suasan hingar seketika sebelum di redakan oleh MC yang terus menyerahkan microphone kepada Perempuan Cina pengerusi AWAM...

Berikut merupakan ucapan dari setiap speaker yg smpt berucap; 3 orang smpt berucap selama lebih kurang 5 minit, Zaid Ibrahim hanya sempat memegang microphone sebelum di minta untuk tidak berucap oleh SB dan Pengerusi ALIRAN lansung tidak sempat memegang microphone...

Perempuan Cina pengerusi AWAM - orang pertama yg berucap

# sebab mereka menamakan kumpulan mereka as “ARTIKEL 11” à dlm perlembagaan, artikel 11 mengatakan setiap individu berhak menganut agama pilihannya..

# bercerita ttg kes-kes yg pada pandangan beliau telah melanggar hak asasi kaum wanita seperti

a. kes kaliammal dan suaminya Allahyarham Moorthy

b. kes nyonya tahir yg disifatkannya unik disebabkan kaum keluarga nyonya tahir yg bukan islam meminta mahkamah syariah membuat keputusan samada nyonya tahir islam atau bukan..

c. kes lina teoh

d. kes (tak ingat nama) seorang wanita hindu dan juga berkhwin dgn lelaki hindu.mereka mempunyai 2 anak dan kemudian, si suami memeluk islam, dan bertindak mengislamkan kedua-dua anak mereka...

# ini adalah 4 kes besar yg di bawa...

Prof Zaad Saleem Faruqi

# menyatakan islam agama yg baik, toleran dan tiada unsur kekerasan dan islam memberi kebebasan atas tiap individu..hujahnya menurut beliau di dalam alquran ada 2 ayat dlm surah albaqarah dan yunus; tiada paksaan didalam agama (la iqra ha fiddin...surah baqarah) dan Allah ciptakan semua manusia sama dan kita tidak boleh mengubahnya (surah yunus,tak tau betul ke tak?)...

# bercakap ttg konsep undang2 dlm dual system..system syariah dan common law/civil...

# secara terang-terangan mengatakan tiada nas/atau nas yg lemah dari quran dan hadis nabi yang membincangkan ttg apostate (murtad) dan hukuman bagi mereka yang murtad (potong kepala..setelah semua process gagal utk mengislamkan semula)..

# tidak tahu menahu ttg dakwaan 250,000 org telah murtad menurut dato’ harussani..dan dgn selambanya berkata “ saya dan isteri saya telah ke london, tetapi ternyata kami tidak pun murtad”..sungguh kurang ajar sekali jawapan beliau..

Malik Imtias

# mengatakan malaysia mengikut perlembagaan adalah negara sekular ttp hakikatnya adalah negara islam krn masih amalkan undang-undng syariah

#mengatakn setiap kita mempunyai aspiration/cita-cita dan ianya hanya akan tinggal sbg cita-cita sahaja. Hanya ada satu shj cara utk kita jadikan cita-cita itu menjadi realiti iaitu POLITIK..

# kita mesti MENGUNDI mereka yg mempunyai cita-cita yg sama dgn kita untuk mencapai aspirasi tersebut....

# dari cara dia berucap, saya rasa, selepas ini gerakan IFC akan menggunakan figure-figure di kalangan politician utk memastikan cita-cita mereka menjadi kenyataan...nauzubillah..


Zaid ibrahim

# tak smpt berucap krn di arahkan berhenti oleh SB dan disambut dgn laungan takbir di dalam dewan tersebut...


Hariz Ibrahim

#dgn bangganya menyatakan jumlah tandatangan yg terkumpul adalah melebihi 18,000 dan beliau berkomitmen utk menggandakan jumlah tersebut dan disambut dgn tepukan dari penyokong IFC dan boo dari kami...

Majlis telah ditamatkan...hanya brjln dlm keadaan yg tidak teratur..selama lebih kurang 30 minit shj...ALHAMDULILLAH...SYUKUR TERHADAP PERTOLONGAN ALLAH..SEMOGA CITA-CITA JAHAT MEREKA TERUS BERKUBUR...

Saya terus turun ke bawah dan lihat, Masyallah ramainya yang turun demo..mungkin sekitar 1000 org... Terima kasih pada yg turun berdemo pada hari tuh.. Kepada Pemuda PAS, TERAS, mamu-mamu tanjung, mamak-mamak nasi kandar, mat-mat rempit dan seluruh umat Islam yg cintakan agamanya...moga Allah pelihara Islam, diri, keluarga, negara kita.... TAKBIR!

Wassalam
akhwan

Read more!

Monday, May 22, 2006

DINAR EMAS: KELANTAN MAJU KE DEPAN

Tahukah anda pada Jun 2003, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Dinar Wang Emas (IGD) sebagai mata wang pilihan yang bijak untuk menandingi dolar Amerika Syarikat (AS) di samping dapat menyatupadukan umat Islam sekiranya negara-negara Islam bersetuju menggunakan dinar emas sebagai mata wang dalam perdagangan sesama mereka.

Itulah pandangan bekas PM Malaysia yang melihat kepupayaan dinar emas dalam ekonomi dunia. Kepercayaan terhadap dinar emas Islam (IGD) kian hari kian menebal apatah lagi ia menjadi antara cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan ekonomi dan mengekalkan kedaulatan negara daripada manipulasi dan spekulasi penyangak mata wang.

Apabila Kerajaan Negeri Kelantan melalui YB Dato' Hj. Husam Musa mengumumkan akan memperkenalkan wang dinar dan dirham melalui sistem ar-Rahnu dalam tempoh 3 bulan, malah kakitangan awam juga mempunyai pilihan untuk dibayar gaji mengikut dinar dan dirham itu kelak, tiba-tiba Pak Lah yakni PM Malaysia hari ini menyatakan:

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan negeri Kelantan tidak dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri menggunakan dinar emas. Perdana Menteri berkata dasar kewangan negara tidak membenarkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang sendiri."

Jika benar Pak Lah berwawasan untuk melihat orang Melayu maju, berfikiran terbukan dan tidak bersikap double-standard walaupun terhadap pembangkang, menghormati pilihan rakyat Kelantan yang memilih PAS untuk memerintah, menyokong matawang dinar emas sebagai alternatif kepada matawang AS... gunakan kuasa eksekutif sebagai PErdana Menteri untuk mengubah dasar kewangan negara; tidak membenarkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang sendiri!

Presiden Iran dengan selamba meluluskan dasar menukar penggunaan matawang dari matawang dolar AS kepada matawang Euro dalam urusan eksport minyak... Malaysia macamana? Oh lupa... dialog yang paling penting. Biarlah apa Amerika nak buat pada dunia Islam.

Read more!

APA NAK DIHAIRANKAN?

Apabila timbul isu guru lepasan maktab menganggur dan tidak mendapat tempat untuk mengajar di sekolah sejak 2 minggu yang lalu, kini wujud usaha memburukkan imej guru-guru maktab.

Hari ini (22 Mei 2006), Utusan Malaysia melaporkan ada guru yang tidak kenal siapa menteri pelajaran.

"PULAU PINANG 21 Mei - Ada pemohon yang mahu mengikuti kursus di institusi perguruan tidak mengenali barisan Kabinet termasuk Menteri Pelajaran walaupun memperoleh keputusan cemerlang 5A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."

Pada pandangan Kitaro, inilah atmosphere pelajar-pelajar hari ini. Beginilah juga keadaannya di kalangan mahasiswa hari ini. Bukan setakat menteri pelajaran, bahkan ada yang masih mengenali KPT sebagai Kementerian Pendidikan. Apatah lagi nama menteri samada sekarang ataupun sebelum ini. Bahkan jika Kitaro menyebut benarkah Najib Tun Razak pernah menjawat sebagai Menteri Pendidikan, perkataan yang bakal dijawab dengan selamba, "Yer ker?"

Inilah bahana apabila mahasiswa bersuara lantang maka mereka dicap anti-kerajaan, alat pembangkang. Jika mereka terbabit dalam kegiatan sebagai aktivisma mahasiswa, mereka dibuang kolej, dikenakan tindakan disiplin, dituduh terlibat dalam kegiatan haram! Bila berpolitik, semua tak boleh kecuali 'mengampu' parti memerintah!

Akhirnya mahasiswa jadi takut. Takut pada apa, terkadang ramai yang tidak tahu kepada apa yang mereka takutkan. Mereka menjadi paranoid. Natijahnya, sebarang pengetahuan am dikesampingkan kerana tiada lagi kepentingan. Yang penting samada bagi mahasiswa atau bakal guru ialah enjoy, pergi konsert, clubbing, main game, main bola... happy memanjang tanpa memikir dan membantu meringankan ksesengsaraan ummah. Mengapa? Sebab mereka DIBENTUK BEGITU!

Inilah akibat apabila kebebasan berfikir, bersuara dan berpersatuan disekat atas nama undang-undang. Lantas 'mereka' menjawab, "Kami tak halang pun."


Read more!

Friday, May 19, 2006

SELAMAT MENGUNDI RAKYAT SARAWAK


Esok rakyat Sarawak akan menentukan kerajaan yang bakal memerintah negeri tersebut untuk sekurangnya 5 tahun mendatang. Bermacam-macam janji pilihanraya telah ditabur oleh kesemeua parti yang bertanding. Upacara pecah tanah, siri-siri bantuan, pemimpin turun bertemu rakyat walau 'terpaksa' mengharung hutan belukar dan dsb.

Hari ini (19 Mei 2006), Najib Tun Razak mengatakan kerajaan negeri akan lebih kukuh jika tidak ada langsung pembangkang di dalam dewan undangan negeri (pembangkang sifar). Nampaknya sekali lagi rakyat diperdaya dan digambar inilah demokrasi ala Malaysia.

Sabun basuh =
Fab
Ubat gigi = Colgate
Minyak rambut
= Brylcream
Kopi = Nescafe
Parti politik = UMNO / BN

Kitaro dapat menjangka BN akan terus memerintah kerana itulah 'iman' rakyat Malaysia yang 'beriman' kepada BN. Mengapa? Kerana itulah ajaran pemerintah sejak merdeka! Rakyat diperbodoh selamanya...

Selamat mengundi rakyat Sarawak!

Read more!

Wednesday, May 17, 2006

APASAL?


"A Malaysian cabinet minister (Mohamed Nazri Abdul Aziz) has condemned a protest by conservative Muslims against a forum to discuss freedom of religion, calling the move 'stupid'... Nazri said Malaysians had to learn to "sit down and talk, and not stop others from discussing issues."
Malaysiakini.com, May 16, 2006

"It was the wrong thing to do. It was a stupid act by those people."
Mohamed Nazri Abdul Aziz, New Straits Times


Apasal?

Wujudnya satu kumpulan dari kalangan Majlis Peguam, pertubuhan wanita, pertubhan agama dan pertubuhan hak asasi bergabung memperjuangkan hak kebebasan beragama.

Kumpulan ini mula wujud rentetan dari kes Muhammad @ Moorthy

Perjuangan mereka ialah kebebasan beragama dan mempertikaikan Syari’at Islam yang melarang tindakan murtad (keluar dari agama Islam).

Sedang mengadakan kempen mengajak rakyat Malaysia melalui ‘road show’ ke negeri-negeri. Mereka akan ke Sarwak dan Perak.

Ahad lalu (14 Mei 2006), mereka terpaksa membatalkan program mereka di Pulau Pinang rentetan dari bantahan oleh lebih 200 umat Islam.

Bagaimanapun, seorang menteri beragama Islam sepertimana kenyataan di atas telah mendakwa kumpulan Islam yang membantah sebagai ‘BODOH’!

Apasal bila Israel menceroboh dan merampas bumi berdaulat Palestin, ia tidak dianggap oleh dunia sebagai tindakan biadab dan BODOH? Malah Amerika dengan angkuh melaksana sekatan ekonomi ke atas kerajaan sah Palestin yang diterajui oleh HAMAS.

Apasal umat Islam yang amat menghormati agama lain tetapi tiba-tiba ada orang bukan Islam yang sanggup menghina Nabi Muhammad atas nama kebebasan akhbar?

Apasal bila gejala buli dan pelajar mati dipukul samada di sekolah asrama penuh atau harian biasa dianggap tidak dikenakan tindakan ke atas sekolah terbabit? Sebaliknya Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menanam jiwa beragama disekat bantuan perkapita?

Apasal bila ada orang bukan Islam (dan yang bertopengkan Islam) yang bercakap ‘kurang ajar’ dan mencabul hak orang Islam untuk mengamalkan agama mereka dianggap sebagai ‘diskusi intelektual’ sedangkan orang Islam mempertahankan kemurnian agama mereka dianggap ‘BODOH’?

Apasal mereka yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan beragama pasti faham tetang menghormati undang-undang tetapi tidak menghormati keputusan mahkamah sepertimana yang diputuskan dalam kes Muhammad @ Moorthy dan kes Nyonya Tahir?

Keutamaan dan Kesatuan

PAS, JIM dan ABIM telah menunjukkan kesatuan memimpin umat Islam Malaysia dalam menganjurkan bantahan ke atas Denmark kerana menghina Nabi Muhammad. Begitu juga dalam kempen membantu Kerajaan Palestin. Bagi Kitaro, kewajipan utama kini ialah mengetuai umat Islam Malaysia mempertahankan kesucian Islam dengan turun ke akar umbi, menyedarkan masyarakat Islam dan bukan Islam tentang Tasawwur Islam yang sebenar!

Hentikan perbalahan dalam perkara cabang! Utamakan perkara pokok! First thing first! Kitaro tidak pernah mengiktiraf Syi’ah tetapi mengkagumi Iran yang memahami Fiqh Awlawiyat. Mereka kini ditakuti oleh kuasa besar Amerika. Mana ada Negara umat Islam lain yang berani berkata ‘NO’ kepada Amerika? Malaysia bagaimana?

Jika anda sebahagian dari mereka yang tahu keutamaan dan kesatuan, ayuh kita bantah satu program anjuran Majlis Peguam; Training Workshop on How to Handle Conversion Cases pada 20 Mei 2006, Sabtu, jam 8.30pagi hingga 1.00tghari di Auditorium Majlis Peguam, No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur.


Read more!

Monday, May 15, 2006

HAPPY BIRTHDAY UMNO 2


Setiap kali pilihanraya atau mana-mana perhimpunan UMNO, anda akan mendengar;

"Hanya BN yang mampu memerintah Malaysia."
"Hanya UMNO yang mampu membawa
kesenangan kepada rakyat."
"Perjuangan UMNO ialah membela nasib bangsa!
Membela nasib rakyat!"
"Jika pembangkang memerintah, negara akan huru-hara."
"Jika pembangkang memerintah, ekonomi akan jatuh,
negara akan mundur!"

Pada realiti atau lepas pilihanraya, lain pula bunyinya...

"Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi komitmen untuk berusaha menyelesaikan masalah penempatan graduan pendidikan sedia ada yang kini masih lagi menganggur. Beliau bagaimanapun berkata, mulai tahun depan mereka yang berada dalam bidang tersebut TIDAK DIBERI JAMINAN untuk ditugaskan sebagai guru selepas tamat pengajian." - Utusan Malaysia, 15 Mei 2006

"Rakyat perlu belajar untuk hidup TANPA SUBSIDI." - Pak Lah, Presiden UMNO

"Kenaikan ini (minyak) LEBIH BAIK kerana orang ramai dan peniaga mendapat kepastian. Ini memudahkan mereka membuat perancangan kewangan." - Najib Tun Razak, Timb. Presiden UMNO.

Apakah manusia tidak berfikir?

Read more!

Sunday, May 14, 2006

KELAB MA'RUF KUTIP RM10 RIBU BANTU PALESTIN

TAHNIAH kepada Kelab Ma'ruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kerana dalam tempoh tidak sampai 72 jam telah berjaya mengutip RM10 ribu dana bantuan untuk Kerajaan Palestin!


Layari http://www.iiu.edu.my/maaruf/index.htm


Read more!

HAPPY BIRTHDAY UMNO!

Mungkin ramai di kalangan generasi baru termasuk pendokong UMNO sudah lupa sejarah dan asal usul UMNO. Kitaro juga baru pulang dari Port Dickson dan sempat meninjau program Dato' Pa (Menteri KPT) bersama bekas exco MPP Aspirasi di Tiara Resort. Mereka bertepuk, bersorak tapi buta sejarah. Buktinya, tahun bila UMNO ditubuh tak tahu, asal usul UMNO baru pun ditanya apa dia.

1946 adalah tahun keramat bagi sebuah parti yang memerintah Malaysia sejak merdeka. 1946 juga adalah signifikan kepada penubuhan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang suatu ketika pernah keluar UMNO rentetan dari pengharaman UMNO. UMNO sebenarnya telah berkubur pada hujung tahun 1987 apabila ia diisytihharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi. Allahyarham Hakim Tan Sri Harun Hashim membuat keputusan itu apabila sekumpulan ahli Umno yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan Umno 1987 mengheret parti Melayu terbesar itu ke mahkamah.

Sejarah UMNO

Jika mengikut tarikh asal, bukan tarikh yang dihidupkan semula oleh Tun Dr. M dan konco-konconya, makan usia UMNO adalah 60 tahun. Justeru, 1946 adalah tahun UMNO diasaskan.

Ahli-ahli UMNO hari hari ini 'berbangga' kerana usia UMNO sudah menjangkau 60 dan dengan 'bangga' mendakwa UMNO diasaskan di Istana Johor. Mereka lupa, UMNO yang mereka sertai hari ini sebenarnya dilahirkan di Kuala Lumpur. Mengikut Aman Rais,

"UMNO 1946 yang diasaskan oleh orang Melayu, telah berkubur kerana kerakusan orang Melayu sendiri kerana kerakusan merebut KUASA!"

UMNO dulu dan sekarang

Jika UMNO dulu bercakap soal kemerdekaan atau nasionalisme tetapi hari ini bercakap mengenai globalisasi, AP, ekuiti saham, konsesi balak dan tol, pemilikan serta pengambilalihan korporat, minyak naik, tarif letrik naik, harga air naik dan macam-macam naik.

Jika dulu, Allahyarham Tan Sri Harun Hashim dapat menangkap menteri-menteri atas nama Badan Pencegah Rasuah dengan izin Perdana Menteri, kini menteri-menteri 'rasuah' kekal diberi diberi 'penghormatan sebagai menteri. Insan-insan sedar yang bangkit mendedahkan bukti, dipenjara atas nama kuasa dan keselamatan negara.

Sekali lagi memetik tulisan Aman Rais;

"Sama ada berusia 60 tahun atau 19 tahun, Umno yang ada sekarang sudah tidak boleh dipisahkan daripada politik wang. Gejala ini sudah berakar umbi, sudah menjadi darah daging. Bukan salah ibu mengandung kerana tuntutan kehidupan menjadikan – bukan sahaja ahli Umno baru, malah ahli parti lain pun – terpaksa melakukan apa sahaja untuk ‘survival’."

Adakah UMNO akan kekal sebagai salah sebuah parti tertua di dunia kerana tidak banyak parti yang dapat kekal melebihi 60 tahun. Kebanyakan parti politik yang ditubuhkan sebelum era kemerdekaan, telah berkubur atau sudah kehilangan kuasa. Contohnya di India, Parti Kongres telah lama dikuburkan dan di Indonesia, Golkar kini menjadi parti pembangkang, begitu juga dengan parti Konservatif di United Kingdom.

Sementara sambutan Ulang Tahun UMNO ke-60, bergembiralah wahai ahli UMNO dengan segala kemewahan yang disajikan. Jauh di sana, masih ada insan-insan sedar yang bertungkus-lumus untuk melihat Malaysia yang lebih baik di masa hadapan. Samada PAS, PKR, DAP, ABIM, JIM atau siapa sahaja, kesemua mesti menghasilkan kuasa synergy agar bersepadu menumbangkan parti korup ini!

HAPPY BIRTHDAY UMNO!


Read more!

Thursday, May 11, 2006

KUALITI SEORANG PEMIMPIN 1

Apakah kepemimpinan?
Kepemimpinan bukanlah sesuatu yang material. Ia adalah satu kemampuan untuk mengetuai, memimpin dan memandu. Ia merupakan seni yang menghasilkan kemampuan untuk menjana idea, berkomunikasi mencipta dan membentuk kepercayaan di dalam sanubari para pengikut terhadap idea yang dijana yang juga termasuk di dalamnya visi dan misi

Pemimpin wujud dan berada di sekeliling kita. Ada yang mempunyai jawatan seperti Perdana Menteri, Presiden, Ketua Eksekutif, Pengetua, Pengarah, Kapten dan sebagainya. Ada yang mengamalkan kepemimpinannya pada jangka waktu yang panjang seperti pengasas kepada perniagaan turun temurun warisan keluarga mahupun seorang idealis politik. Wujud juga yang mengamalkan kepemimpinan hanya untuk beberapa ketika tertentu. Antara contohnya ialah seorang guru tadika yang ‘memimpin’ muridnya bagaimana untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran, atau seorang kapten yang ‘memimpin’ anak kapalnya untuk berhadapan dengan kecemasan.

Kualiti yang menjadi pendorong kepada para pengikut untuk menyokong seseorang pemimpin adalah berbeza pada setiap keadaan dan situasi. Dalam hal ini, tidak ada rahsia yang boleh disembunyikan. Rahsia untuk meneroka potensi kepemimpinan sememangnya ada di dalam diri setiap individu. Tulisan ini sedikit demi sedikit akan membantu di dalam pengembaraan membongkar rahsia tersebut.

Bennis dan Nanus di dalam buku mereka bertajuk “Strategies for Taking Charge” menegaskan bahawa “Kepemimpinan adalah sesuatu yang boleh dipelajari oleh sesiapa, diajar kepada sesiapa, dinafikan tidak pada sesiapa.” Kepemimpinan adalah suatu seni yang peluangnya sentiasa terbuka untuk dipelajari di dalam setiap rentak kehidupan manusia. Kesediaan untuk belajar meruapakan langkah pertama dipimpin untuk memimpin. Begitulah kenyataan Winston Churchill yang mengatakan bahawa,
“Secara peribadi, saya sentiasa bersedia untuk belajar walaupun saya tidak gemar untuk sentiasa di ajar.”

Ayuh kita mulakan pengembaraan!
Nelson Mandela di dalam ucapan sulongnya sebagai President Afrika Selatan pada tahun 1994 setelah 26 tahun dipenjara dengan jayanya mewujudkan saat penuh inspirasi dengan memetik kata-kata Marianne Williamson berkata,
“Ketakutan kita yang utama bukanlah kerana kita hidup di dalam kemiskinan. Ketakutan utama kita adalah kita berkuasa tanpa punyai sempadan dan had. Bukan kegelapan sebaliknya cahaya yang telah menakutkan kita. Kita tanya pada diri sendiri, “Siapakah kita untuk menjadi bijak, cantik, berbakat dan hebat?” Sepatutnya yang wajar difikirkan, siapakah diri anda yang tidak sepatutnya menjadi? Sedarlah, kamu adalah hamba kepada Tuhan. Dengan hanya berperanan kecil, kamu sebenarnya tidak memberi apa-apa sumbangan kepada dunia.”

Langkah terawal untuk untuk menjadi seorang pemimpin yang dicitakan ialah dengan mengambara ke dalam masa depan. Di mana anda mahu memimpin sebagai seorang pemimpin? Anda sewajarnya melihat kepada masa depan dan buatlah pilihan dan keputusan.

Bagaimana untuk melihat masa depan?

Bayangkan seorang pemimpin yang bernama Helmi yang bakal mengucapkan selamat tinggal untuk meninggalkan kumpulan yang dipimpinnya setelah 10 tahun. Apakah yang anda harapkan kata-kata dan bingkisan daripada mereka?

“Dia hebat, tetapi dia tidak pernah mencapai apa yang beliau sepatutnya mampu…”

“Dia telah melakukannya dengan baik, namun masih ada yang saya percaya dia mampu lakukan dengan lebih baik…”

“Dia pernah membicarakan tentang impiannya dan kemudian menjadi sibuk dengan itu dan ini sehingga saya tidak pasti apa sebenarnya yang diimpikan olehnya. Mungkin dia bisa mencapainya di dalam kumpulannya mendatang.”

“Saya menyukainya namun saya tidak merasakan bahawa saya mengenalinya.”

Helmi yang telah mengakhiri sesi kepimpinan di dalam kumpulannya, tidak dapat mendengar apa jua perkataan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin dan ia sebenarnya menghampakan. Helmi lebih gemar untuk mendengar bingkisan kata-kata seperti;

“Dia telah memberi peluang kepada saya untuk memahami ideanya dan mengetahui peranan mengikut cara saya tanpa kongkongan tetapi terpandu.”

“Dia telah menjadi inspirasi kepada saya untuk mempercayai bahawa saya mampu lebih dari apa yang saya sedari dan memberikan keyakinan untuk melakukannya…”

“Idea-ideanya yang punyai inspirasi dan keyakinan serta pada hasilnya adalah apa yang hendak dicapai merupakan pendorong kepada kami untuk berada di belakangnya.”

“Perubahan dan idea-idea yang baru tidak pernah lekang dari pemikirannya… dia sentiasa mempunyai gambaran jelas terhadap apa yang ingin dicapainya.”

“Dia memang hebat!”


Kuasa Imaginasi
Albert Einstein pernah berkata, “Imaginasi adalah lebih penting diutamakan berbanding ilmu.” Tidak salah untuk berimaginasi. Seseorang boleh menggunakan kemampuannya untuk berimaginasi atau mengandaikan situasi masa depan sebelum kita melibatkan orang lain dan diri kita kepada sesuatu. Anda akan dapati ramai ahli-ahli sukan hebat dari seluruh dunia yang telah menggunakan pemikiran masa depan dan visualisasi terhadap apa yang mereka mahukan untuk dicapai sebagai kelengkapan asas untuk bersedia. Teknik ini adalah sangat berkuasa di dalam mengimaginasikan sesuatu kemungkinan sebelum anda terjebak dengannya.

Oleh itu, sebelum anda menjadi orang berjaya, berimaginasilah terlebih dahulu. Visualkan apa yang ingin anda capai. Percayalah, anda akan tidak sabar-sabar untuk melakukan langkah seterusnya ke arah kejayaan. Tiada siapa disekat hak untuk menjadi pemimpin hebat. Maka saat terbaik untuk ke arah itu ialah sekarang, bukan esok, minggu depan atau tahun depan!

Berimaginasilah sekarang!

Read more!

Tuesday, May 09, 2006

DEMOKRASI MALAYSIA 2

"Prinsip Barisan Nasional (BN) yang tidak membenarkan Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen adalah kekal dan perlu dipatuhi semua anggota." - Utusan Malaysia, 8 Mei 2006

"Menyokong pendirian parti adalah prinsip dan ia perlu dipatuhi,'' katanya (Pak Lah) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini, hari ini. - Utusan Malaysia, 8 Mei 2006

Apabila dibentangkan RMK9 baru-baru ini, Kitaro seolah memberi peluang kepada Pak Lah untuk mempamerkan wawasan dan kredibilitinya untuk membawa Malaysia baru kerana selama ini beliau terpaksa memikul sisa-sisa pemerintahan Tun Dr. M. Namun, selepas kekecewaan rakyat kerana kenaikan harga minyak, tol, kehancuran demokrasi kampus dsb, kini Pak Lah sekali lagi mengecewakan sebilangan bexar rakyat 'sedar'.

Selama ini rakyat memberi kepercayaan memerintah, apakah yang menjadi agenda mereka? Kepentingan rakyat atau kepentingan parti? Benarlah kata Pak Di;

Rakyat tidak suka bayar tol. Tapi badan eksekutif kata bayar tol tetap bayar tol. Ahli Parlimen kena ikut cakap parti.

Rakyat tidak suka minyak naik. Tapi badan eksekutif kata naik tetap naik. Ahli Parlimen kena ikut cakap parti.

Rakyat tidak mahu tarif air dan elektrik naik. Tapi badan eksekutif kata naik tetap naik. Ahli Parlimen kena ikut cakap parti.

Rakyat Malaysia semakin ramai mereka yang cerdik pandai dan lulusan universiti. Situasi negara dulu dan kini pasti merunsingkan, menggelisahkan dan membimbangkan mereka yang amanah dengan ilmu mereka. Mengapa tidak? Demokrasi dibunuh atas nama demokrasi, undang-undang dicabul atas nama undang-undang dan kuasa disalahguna dengan kuasa.

Akan tetapi terdapat 2 masalah besar dalam peringkat ini iaitu;

1. Memang ramai rakyat Malaysia yang cerdik pandai dan lulusan universiti. Namun tidak ramai mereka yang amanah dengan ilmu mereka dan berani menyatakan prinsip walau terpaksa menerima tentangan. Yang ramai ialah kaki ampu.

2. Kalau rakyat hendak tolak UMNO/BN, apa lagi pilihan rakyat? DAP? Dapatkah mejoriti Melayu Malaysia menerima parti majoriti Cina memerintah Malaysia? PKR? Cukupkah jentera semasa parti menerajui jentera kerajaan? Parlimen pun belum tentu dipenuhi.

PAS? Sejak perubahan kepimpinan tahun lalu dari Timbalan Presiden sehingga ke Bendahari parti, rakyat masih menanti perubahan drastik PAS sebagai parti dinamik dan progresif melayakkan sebagai parti alternatif sepertimana AK di Turki, Ikhwan di Mesir, PKS di Indonesia dan HAMAS di Palestin. Namun, mereka masih dengan amalan ortodoks. Pimpinan parti kurang fokus kepada pengurusan organisasi kerana kepadatan jadual akibat dari aktiviti ortodoks ini. Apa dia? Ceramah, ceramah dan ceramah!

Demokrasi Malaysia...

Read more!

Sunday, May 07, 2006

AMAR: CALON ANUGERAH BELIA REMAJA 2006


Untuk undian SMS:
1. Taip IKONno. kad pengenalan anda
2. Hantarkan kepada 32020.


Nama: AMAR, artis nasyid
Pekerjaan: Pelajar tahun akhir jurusan Perundangan UIAM
Perkara: Dicalonkan untuk Anugerah Belia Remaja Ikon bersama 24 remaja terbaik Malaysia
Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan bersama Berita Harian.

Kitaro menyeru agar sahabat-sahabat dapat memberi sokongan padu kepada beliau.

Mengapa anda harus undi AMAR sebagai Belia Remaja Ikon?

1. Merupakan satu-satunya penasyid solo yang menjadi juara dalam Pertandingan Akhir Nasyid Minggu Ini anjuran RTM dan JAKIM. Beliau telah mengatasi kesemua Kumpulan-kumpulan Nasyid terkenal tanah air dengan lagu Nurul Iman yang diciptanya sendiri.

2. Beliau merupakan seorang produser, muzik programmer dan komposer lagu selain mahir dalam bermain pelbagai alat-alat muzik yang telah menerbitkan banyak lagu yang berkonsepkan pendidikan dan banyak memberi manfaat kepada remaja-remaja di Malaysia. Antaranya lagu Cinta Pertama yang berkonsepkan motivasi nyanyian Kumpulan Far-East yang sehingga kini masih menduduki tangga pertama carta NMI.

3. Beliau juga pernah menjadi kartunis untuk majalah hiburan Islam termasuklah majalah ASUH terbitan Galeri Ilmu. Kesemua kartun-kartun beliau bertemakan motivasi, pendidikan dan dakwah yang juga banyak memberi manfaat kepada pembinaan sahsiah remaja. Sekarang beliau dalam proses pembikinan buku kartun solo yang juga bertemakan pendidikan.

4. Belum pernah lagi mana-mana artis yang berjaya menceburi bidang yang melampaui definisi seni di mana AMAR merupakan seorang Ahli Silap Mata yang telah berjaya menghasilkan vcd silap mata solo beliau yang berjudul IPT MAGIC. Silap mata juga merupakan cabang seni yang amat halus kerana memerlukan skil kepantasan,dan mental yang tinggi. Beliau sering mempersembahkan aksi silap mata beliau disetiap persembahan pentas yang diadakan selain menyanyi.

5. Dalam usia yang muda beliau telah mempunyai syarikat produksi dan studio sendiri yang memudahkan kerja-kerja pembikinan album beliau yang telah beberapa kali pernah dicalonkan sebagai finalis Anugerah Carta Nasyid IKIM, Anugerah AIM dan lain-lain.

6. Akhir sekali sebagai seorang pelajar, penyanyi, komposer, kartunis, produser dan muzik programmer yang sentiasa sibuk, beliau bijak menguruskan masa. Oleh yang demikian, beliau senantiasa dijemput untuk memberi motivasi di sekolah-sekolah dan di IPT-IPT tanah air.

Berikut adalah cara-cara mengundi beliau untuk Anugerah Belia Remaja:

Untuk undian SMS:

1. Taip IKON no. kad pengenalan anda

2. Hantarkan kepada 32020.

Untuk undian melalui akhbar: Berita Harian untuk keluaran setiap hari Sabtu, Isnin dan Rabu. Dapatkan keratan borang yang asli untuk mengundi AMAR dalam kategori Seni dan Budaya. Pastikan syarat-syarat undian dipenuhi.

Tarikh akhir undian: 10 Mei 2006.

Selamat Maju Jaya AMAR!!!

Read more!

MANA INTEGRITI AHLI PARLIMEN?


Semalam
, (4 Mei), Datuk Shahrir Samad (kiri) hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC).

Beliau mengambil tindakan drastik itu kerana kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.


BBC rayu Shahrir kembali
Shahrir menegaskan keputusan yang diambilnya itu muktamad walaupun BBC yang mengadakan mesyuarat tergemparnya petang ini sebulat suara merayunya supaya ia ditarik balik.

Integiriti Parlimen goyah
Sambil menjelaskan integriti perlu dilaksanakan terlebih dahulu di Parlimen, beliau mengambil keputusan meletak jawatan kira-kira 15 minit selepas Ahli Parlimen BN menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini. (Baca Utusan Malaysia, 5 Mei 2006)

Selepas pilihanraya umum ke-11, Kitaro belum lagi melihat kematangan dan kualiti perbahasan di dalam parlimen. Samada isu AP (hanya terkesan kepada sebilangan besar ahli korporat termasuk kroni UMNO) yang mengambil masa lebih 2 minggu perbahasan parlimen, isu nyanyian lagu Negaraku oleh Hattan sehinggalah kepada isu bow-tie baru-baru ini.

Layakkah ahli parlimen?
Ahli-ahli parlimen yang kononnya wira bersuara lantang seperti YB Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Datuk Bung Moktar bin Radin (BN-Kinabatangan) dan yang berdarah mudah seperti Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) rupa-rupanya 'tin kosong' dan gagal menampilkan mutu perbahasan bersandarkan kajian dan home work.

Kitaro tiba-tiba teringat ahli-ahli parlimen pembangkang 1999-2004 seperti YB Dato' Kamaruddin Jaafar, YB Datuk Hj. Husam Musa, YBhg Syed Ibrahim dll. Benarlah kata Tun Dr. Mahathir yang melihat kepentingan pembangkang di dalam parlimen (walaupun beliau tidak begitu sewaktu pemerintahannya).

Semoga Datuk Shahrir Samad akan terus berjuang demi kemalahatan rakyat, integriti negara serta menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Buat parlimen Malaysia, jangan sampai rakyat sudah meluat dengan badan terpenting negara ini!

Read more!

DEMOKRASI MALAYSIA

"Memang saya dah terkeluar daripada garis panduan BN, jadi saya kata saya kena letak jawatan. Takkan saya nak balik semula selepas melanggar peraturan parti, jadi saya tak boleh kembali. Bagi saya dah jelas, daripada saya kena tindakan dan sebelum orang tanya, lebih baik saya ambil tindakan pada diri sendiri. Bagaimanapun saya redha jika dikenakan tindakan disiplin," - Datuk Shahrir Samad, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional

Kesalahan Datuk Shahrir
  • Bukan kerana menyalahgunakan wang rakyat khususnya untuk rakyat TERMISKIN.
  • Bukan kerana apa-apa kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang.
  • Bukan juga kerana rasuah, salahguna kuasa atau apa jua amalan korupsi.
  • Bukan kerana mengatakan Islam tidak layak memerintah dalam masyarakat majmuk.

tapi kerana

Melakukan kesalahan besar kerana terkeluar dari garis panduan ahli parlimen UMNO/BN!

Demoratikkah UMNO? Saidina Umar ketika menjadi Khalifah memerintah ummah, beliau pernah dikritik dan dibantah oleh seorang wanita tua dengan mengangkat sebilah pedang kerana tindakan menetapkan harga mahar. Sejarah membuktikan:

  • Umar tidak mengugut ISA atau yang seumpama dengannya.
  • Umar menyatakan wanita tua itu sebagai pengkhianat negara.
  • Umar tidak mengatakan wanita tua itu sebagai tidak berterima kasih kepada pemerintah.

Sebaliknya, Umar mengakui kesilapannya dan melayani wanita tua itu dengan penuh hormat dan kemanusiaan serta keadilan.

Di Malaysia, sesiapa yang berani membantah kata-kata pemerintah, maka mereka akan dicap samada sebagai pengkhianat negara, tidak berterima kasih kepada pemerintah atau dikenakan ISA dsb. Maka UMNO/BN yang menjadi pemerintah didakwa sebagai tidak demokratik. Betul ker?

Rupanya persoalan itu bukan dijawab oleh samada Lim Kit Siang, Tok Guru Hj. Hadi atau mana-mana pemimpin pembangkang, tetapi dengan sendiri terbukti apabila polisi UMNO/BN adalah tidak menerima sebarang usul selain parti kerajaan. Demokrasikah namanya?

Apa yang berlaku?
Ia bermula apabila usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang membahaskan laporan sebuah akhbar mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang disifatkannya melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk menghalang pegawai kastam menjalankan tugas.

Laporan akhbar itu memetik kenyataan sumber yang mendakwa Ahli Parlimen terbabit meminta KDRM memberi pertimbangan dalam 'menyelesaikan' kes rampasan kayu bergergaji di Sungai Linggi, Melaka baru-baru ini. Kit Siang kemudian mencadangkan supaya perkara itu dibahaskan. Bagaimanapun, usul itu dibantah oleh Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) dengan alasan kesahihan laporan akhbar itu belum dapat dipastikan.

Datuk Shahrir bangkit lantas berkata, mungkin ada kebaikan daripada peristiwa yang berlaku itu kerana Najib bersetuju mengkaji kemungkinan memperkenalkan satu jawatankuasa pilihan untuk mengkaji soal berkaitan garis panduan peranan Ahli Parlimen dalam hubungan mereka dengan jabatan kerajaan. Ini penting kerana ada kalanya Ahli Parlimen bertemu dengan polis dan pegawai kerajaan untuk meminta pertolongan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mengetahui garis panduan mengenainya.

Datuk Shahrir menambah, "Ini kerana selepas ini, kita mungkin akan berdepan dengan keadaan pegawai kerajaan akan kata awak tak boleh campur dan itu sendiri akan melemahkan kedudukan kita. Timbalan Perdana Menteri kata beliau akan mengkaji perkara ini kerana ia melibatkan etika seseorang Ahli Parlimen terutama dalam soal hubungan dengan pentadbiran dan kerajaan. Kalau perkara ini dirujuk kepada jawatankuasa pilihan, saya rasa isu seperti ini akan dibuka dan akan ada satu keputusan apakah sebenar garis panduan itu. Sebab itu saya rasa ia satu isu yang perlu dibincangkan.''

PERHATIAN: Kenyataan ini adalah salah dan tidak boleh disebut oleh seorang ahli parlimen dari parti UMNO/BN. Kalau sesama ahli pun tidak boleh mengkritik antara satu sama lain, apatah lagi pembangkang atau mana-mana rakyat yang mempunyai pendirian tersendiri? Jika inilah budaya UMNO yang mengetuai BN dalam memerintah Malaysia, bolehkah kita mengharapkan sebuah Malaysia yang demokrasinya subur? Kenyataannya, inilah parlimen Malaysia yang menggambarkan demokrasi Malaysia!


Read more!

Thursday, May 04, 2006

DENGAR KATA PANDAI MEMERINTAH?

Malaysia; Negara Demokrasi Berparlimen

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Fungsi Parlimen

Misi Parlimen Malaysia?

Apa jadi pada Parlimen sekarang?

"KUALA LUMPUR 2 Mei - Gara-gara 16 orang ahli Parlimen `sengaja' memakai bow-tie, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini. Ia bermula dengan tindakan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) yang bangun mempertikaikan pemakaian bow-tie oleh hampir semua ahli Parlimen yang duduk di Barisan G sambil meminta penjelasan sama ada pemakaian itu diluluskan oleh Dewan atau tidak."

"...Ekoran pelanggaran akta itu, beliau telah mencabar ahli-ahli Parlimen itu keluar dan menggantikannya dengan pakaian yang diterima oleh Dewan."

Isu ini dibincangkan di dalam Parlimen Malaysia... ulang suara... Parlimen Malaysia... sehingga terpaksa mendapatkan penjelasan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shahrir Samad.

"...ia (bow-tie) sudah lama diterima pakai kerana sebelum ini, ada juga menteri yang berpakaian begitu semasa menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat. Jadi pemakaian bow-tie ini tidak sepatutnya dijadikan isu."

Adakah bow-tie merupakan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara atau undang-undang persekutuan atau dasar kerajaan atau pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional?

Sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang purata sumber pendapatan hanya RM500 sebulan terpaksa hidup melarat rentetan dari kenaikan harga minya. Tidak lama lagi, tarif letrik mungkin akan naik, harga getah naik... tapi taraf hidup tak naik-naik. Menurut perangkaan sehingga Mac 2006, lebih 1 juta penagih dadah di Malaysia, sumber daripada Bukit Aman menyatakan kadar index jenayah makin kritikal, rasa tidak selamat di kalangan rakyat Malaysia (termasuk PLKN)... kenapa ini tidak dibincangkan dalam parlimen?

Setiap kali pilihanraya umum, rakyat dicanang bahawa hanya UMNO/BN yang layak dan pandai memerintah. Setahu Kitaro, antara kemahiran memerintah ialah mengendalikan mesyuarat dengan berkesan (antara lain mengenal pasti apakah agenda perbincangan utama atau perkara sampingan).

Dengar kata pandai memerintah?


Read more!

Monday, May 01, 2006

BERFIKIR MELANGKAUI ZAMAN

Perkembangan Teknologi dan dunia cyber

Kepesatan perubahan dunia sentiasa bertambah dari hari ke hari. Pelbagai perkakasan berteknologi dihasilkan untuk kemudahan dan keselesaan manusia melakukan aktiviti mereka. Kalau dahulu, sebuah komputer peribadi hanya mempunyai kelajuan 100 kilobytes sesaat, sekarang sudah ada yang berkelajuan 1 gigabytes, bahkan lebih dari itu. Jika tiga tahun lepas, melayari internet selaju 56 kilobytes persaat sudah cukup pantas, namun sekarang kita sudah boleh memindahkan data sebesar 10 megabytes persaat tanpa wayar!Itu tidak termasuk teknologi dalam bidang-bidang yang lain; pengklonan organisma, pemetaan genetik, pembinaan stesen angkasa, penerokaan marikh, penghasilan enjin wap air berkuasa tinggi dan banyak lagi.

Kenapa ia cukup signifikan untuk dibincangkan? Ianya penting kerana ia akan mengubah dunia dan manusia yang menghuninya. Apabila teknologi digunapakai, corak aktiviti manusia akan berubah. Jika dahulu sindrom down menjadi mimpi seram kepada ibubapa, namun dengan teknologi peta genetik, ia akan dapat diatasi. Begitu juga dengan soal pengurusan. Jika dahulu memberi tugasan kepada orang bawahan dilakukan secara manual dan memakan masa, namun sekarang seorang pengurus boleh memindahkan data setebal sejuta mukasurat daripada Ulu Tembeling kepada rakan niaganya di Havana, hanya dalam masa tak sampai setengah minit.Fenomena ini sedang berlaku dan bukannya fantasi

Apabila corak aktiviti manusia berubah, maka gaya hidup pun akan berubah. Apabila gaya hidup berubah, nilai dan sikap manusia pun akan berubah. Akhirnya golongan muda hari ini akan berhadapan dengan dunia yang berlainan sama sekali. Ini merupakan satu hakikat yang mesti disedari dan dihayati oleh golongan muda supaya mereka tidak ketinggalan daripada arus perdana sejagat.

Cabaran

Cabaran yang bakal ditempuhi oleh generasi hadapan sudah pasti akan berbeza daripada apa yang ada sekarang. Dalam era globalisasi, penguasaan maklumat dan pasaran sangatlah penting. Kemajuan Barat sudah melakukan banyak persediaan untuk itu. Dari segi maklumat, satelit-satelit dilancarkan, pengetahuan dipercambahkan, kajian dipertingkatkan, dan lain-lain. Dari aspek pasaran, teknologi Barat sudah pun memulakan idea specific advertisement (promosi khusus) yang dapat dilihat dalam penggunaan kain rentang maya (virtual banner) dalam halaman-halaman web. Dalam teknologi ini, kain rentang maya akan muncul pada skrin komputer peribadi anda mengikut hobi dan aktiviti kegemaran anda, walaupun anda tidak pernah mendedahkannya kepada pengiklan. Ini adalah semata-mata untuk mempengaruhi pengguna dan memperluaskan pasaran secara effektif dan ekonomik.

Golongan belia hari ini mestilah memahami perkara ini dan memikirkan bentuk cabaran yang bakal ditempuhi. Setelah mendapat kefahaman, belia mestilah mencari penyelesaian dan bersiap untuk itu. Paradigma mesti dianjak dan pemikiran mereka mestilah melangkaui zaman.

Ada dua cabaran utama yang akan ditempuhi oleh generasi belia pada masa akan datang.

Cabaran yang pertama ialah, bagaimana untuk menghadapi hambatan teknologi dan ketamadunan Barat (western civilization).

Cabaran yang kedua pula ialah; untuk membina sebuah negara yang maju dengan acuan dan jatidiri yang tersendiri.

Hambatan kemajuan barat pada hari ini sememangnya terlalu besar dan bermomentum tinggi. Hasilnya, banyak nilai dan corak daripada barat dibawa masuk yang ada di antaranya bertentangan dengan moral dan kepercayaan timur. Namun kita tidak boleh memencilkan diri daripada arus sejagat yang berlaku sekarang. Memencilkan diri bermakna kita undur ke belakang. Eropah hanya mampu keluar daripada Zaman Gelap (Dark Ages) apabila mereka keluar daripada pemencilan dan bersama dengan arus sejagat. Zaman Gelap berjaya dikuburkan apabila masyarakat Eropah pada waktu itu mempelajari dan mengkaji ketamadunan Islam. Di Andalus, orang-orang Eropah belajar tentang kimia dan fizik di Cordova dan Sevilla; di Eropah timur, mudejar-mudejar Islam mengajar pelbagai ilmu yang penting. Selain itu, Eropah jua telah banyak belajar daripada tamadun Islam semasa beberapa episod Perang Salib.

Cabaran yang kedua ialah untuk membina ketamadunan dengan acuan kita sendiri. Ini ialah satu cabaran yang sangat besar dan jauh. Ada beberapa langkah yang perlu dilaksanakan dalam proses untuk mencapai tahap ini. Pertama, dengan mempelajari, menguasai dan mendalami teknologi terkini yang terdapat di dunia sekarang. Kedua, dengan memperkembangkan teknologi tersebut dengan inovasi-inovasi baru. Yang ketiga, meneroka bidang dan penemuan baru. Untuk mencapai kesemua ini, usaha pemindahan teknologi sangat penting. Selain itu, kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan pembangunan mestilah digempur dan diperancakkan.

Mahasiswa tidak boleh ketinggalan

Kita telah ketinggalan ketika Revolusi Perindustrian sedang rancak di Eropah pada kurun ke 17 Masehi. Ketika James Watt memperkenalkan beberapa kaedah penting matematik dan mencipta model baru enjin keretapi, dunia timur sedang nazak dengan perpecahan dan penjajahan. Ketika pelbagai jentera dicipta oleh Volswagen, Mercedes, dan Ford di pertengahan kurun ke 20, dunia timur masih disibukkan dengan agenda kemerdekaan. Akibatnya, kita telah ketinggalan satu tempoh yang cukup penting dalam perubahan arus dunia. Kita tidak boleh ketinggalan sekali lagi. Kini dunia bersiap dengan era globalisasi dan industri berasaskan pengetahuan serta maklumat. Jikalau kita masih lagi berfikiran di takuk lama, Barat akan terus ‘menjajah’ pemikiran dan harga diri kita. Golongan mahasiswa dan belia mesti memulakan kesedaran ini. Keluar dari kepompong dan melihat ruang yang terbentang luas untuk diterokai bersama.

Read more!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?