Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, May 29, 2006

MYTEAM; 3 PENGARAJARAN BUAT PEMIMPIN

Dalam perlawanan bersejarah antara MyTeam menentang pasukan Malaysia semalam (28 Mei 2006), Kitaro amat kecewa dengan kenyataan pengulas (bukan Abu Bakar Atan, faham-faham je lah) yang menyatakan perlawanan sepertimana semalam tidak sepatut diadakan kerana maruah negara dicemari jika pasukan negara ditewaskan oleh pasukan dari dalam negara sendiri.

Jika beginilah cara pemikiran rakyat Malaysia khususnya mereka yang bertanggungjawab di FAM, maka sampai bila mutu bola sepak negara tidak akan berkembang maju. Kitaro percaya jika pasukan yang dibentuk melalui MyTeam berterusan dibentuk, mereka akan pergi jauh asalkan kekal berdisiplin dalam segala aspek.

Daripada rancangan MyTeam, Kitaro mendapat beberapa pengajaran iaitu;


1. Tahniah kepada Khairy Jamaludin dan Jason Lo kerana berjaya menghasilkan impak di dalam arena bola sepak Malaysia.

Pengajarannya ialah sesuatu impak akan dapat dihasilkan jika kita dapat berfikir di luar dari kebiasaan (thinking out of the box). Perkara ini sukar diamalkan oleh ramai pemimpin organisasi samada parti politik, syarikat, pertubuhan atau persatuan menyebabkan mereka jauh ketinggalan dan gagal bersaing dalam arus perdana.

2. Tahniah kepada barisan pemain MyTeam yang dipilih setelah melalui pelbagai peringkat ujian dan penapisan. Mereka semua adakalnya terpaksa berhempas pulas, merasai perit kesakitan demi mendapat tempat dalam MyTeam. Akhirnya, ahli pasukan yang wujud adalah the ‘cream of the cream’.

Pengajaran: Adalah menjadi lumrah dalam kehidupan bahawa setiap yang terbaik akan melalui proses saringan dam penapisan. Dalam Islam, mereka yang bergelar da’ie dan mereka bergerak di dalam Harakah Islamiah pasti akan menghadapi ujian. Semakin tinggi kedudukannya, semakin hebat ujiannya. Semakin hebat pencapaiannya, semakin hebat ujiannya. Fitrah juga menunjukkan manusia adakalanya tewas dengan ujian walaupun sebelum ini mereka sering berjaya menongkahnya. Namun, mereka yang tetap melalui jalan perjuangan walaupun diuji adalah mereka yang semakin matang, hebat dan mulia di pandangan Tuhan.

3. Harap Setiausaha Agung FAM jangan rasa ‘puas hati’ dengan kemenangan MyTeam kerana ia hanyalah permulaan. Siri-siri kenyataannya hanya menunjukkan betapa ‘lemahnya’ pasukan Malaysia dan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa rakyat bahawa bola sepak Malaysia masih sukar untuk memperolehi masa depan cerah.

Pengajarannya ialah jika lemah, jangan malu untuk mengakui kelemahan kerana dengan itu, ia akan membentuk dan mengajar untuk menjadi lebih baik sekaligus mengatasi kelemahan. Nelson Mandela merupakan pemimpin henat dalam sejarah dunia.Beliau disanjung tinggi bukan sahaja oleh warga Afrika, malah dunia mengiktiraf kehebatannya. Tetapi beliau dikritik kerana malasalah AIDS yang kritikal sewaktu menjadi Presiden Afrika Selatan. Namun, kehebatan beliau makin menyerlah apabila beliau tidak malu untuk mengakui kesilapannya lantas melibatkan diri dalam pelbagai petubuhan dunia bagi membantu mangsa AIDS.

Ramai pemimpin hari ini enggan mengakui kesilapannya. Malah menyalahkan orang lain demi menutup kesilapannya. Lebih teruk apabila mereka tetap mengulangi kesilapan yang sama dan melenting bila ditegur.

Ringkasnya, semua pengajaran di atas merujuk kepada cara berfikir, kuasa ketabahan dan belajar dari kesilapan. Anda bagaimana?

Comments:
Greets to the webmaster of this wonderful site! Keep up the good work. Thanks.
»
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?