Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, May 22, 2006

DINAR EMAS: KELANTAN MAJU KE DEPAN

Tahukah anda pada Jun 2003, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Dinar Wang Emas (IGD) sebagai mata wang pilihan yang bijak untuk menandingi dolar Amerika Syarikat (AS) di samping dapat menyatupadukan umat Islam sekiranya negara-negara Islam bersetuju menggunakan dinar emas sebagai mata wang dalam perdagangan sesama mereka.

Itulah pandangan bekas PM Malaysia yang melihat kepupayaan dinar emas dalam ekonomi dunia. Kepercayaan terhadap dinar emas Islam (IGD) kian hari kian menebal apatah lagi ia menjadi antara cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan ekonomi dan mengekalkan kedaulatan negara daripada manipulasi dan spekulasi penyangak mata wang.

Apabila Kerajaan Negeri Kelantan melalui YB Dato' Hj. Husam Musa mengumumkan akan memperkenalkan wang dinar dan dirham melalui sistem ar-Rahnu dalam tempoh 3 bulan, malah kakitangan awam juga mempunyai pilihan untuk dibayar gaji mengikut dinar dan dirham itu kelak, tiba-tiba Pak Lah yakni PM Malaysia hari ini menyatakan:

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan negeri Kelantan tidak dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri menggunakan dinar emas. Perdana Menteri berkata dasar kewangan negara tidak membenarkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang sendiri."

Jika benar Pak Lah berwawasan untuk melihat orang Melayu maju, berfikiran terbukan dan tidak bersikap double-standard walaupun terhadap pembangkang, menghormati pilihan rakyat Kelantan yang memilih PAS untuk memerintah, menyokong matawang dinar emas sebagai alternatif kepada matawang AS... gunakan kuasa eksekutif sebagai PErdana Menteri untuk mengubah dasar kewangan negara; tidak membenarkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang sendiri!

Presiden Iran dengan selamba meluluskan dasar menukar penggunaan matawang dari matawang dolar AS kepada matawang Euro dalam urusan eksport minyak... Malaysia macamana? Oh lupa... dialog yang paling penting. Biarlah apa Amerika nak buat pada dunia Islam.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?