Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, May 07, 2006

AMAR: CALON ANUGERAH BELIA REMAJA 2006


Untuk undian SMS:
1. Taip IKONno. kad pengenalan anda
2. Hantarkan kepada 32020.


Nama: AMAR, artis nasyid
Pekerjaan: Pelajar tahun akhir jurusan Perundangan UIAM
Perkara: Dicalonkan untuk Anugerah Belia Remaja Ikon bersama 24 remaja terbaik Malaysia
Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan bersama Berita Harian.

Kitaro menyeru agar sahabat-sahabat dapat memberi sokongan padu kepada beliau.

Mengapa anda harus undi AMAR sebagai Belia Remaja Ikon?

1. Merupakan satu-satunya penasyid solo yang menjadi juara dalam Pertandingan Akhir Nasyid Minggu Ini anjuran RTM dan JAKIM. Beliau telah mengatasi kesemua Kumpulan-kumpulan Nasyid terkenal tanah air dengan lagu Nurul Iman yang diciptanya sendiri.

2. Beliau merupakan seorang produser, muzik programmer dan komposer lagu selain mahir dalam bermain pelbagai alat-alat muzik yang telah menerbitkan banyak lagu yang berkonsepkan pendidikan dan banyak memberi manfaat kepada remaja-remaja di Malaysia. Antaranya lagu Cinta Pertama yang berkonsepkan motivasi nyanyian Kumpulan Far-East yang sehingga kini masih menduduki tangga pertama carta NMI.

3. Beliau juga pernah menjadi kartunis untuk majalah hiburan Islam termasuklah majalah ASUH terbitan Galeri Ilmu. Kesemua kartun-kartun beliau bertemakan motivasi, pendidikan dan dakwah yang juga banyak memberi manfaat kepada pembinaan sahsiah remaja. Sekarang beliau dalam proses pembikinan buku kartun solo yang juga bertemakan pendidikan.

4. Belum pernah lagi mana-mana artis yang berjaya menceburi bidang yang melampaui definisi seni di mana AMAR merupakan seorang Ahli Silap Mata yang telah berjaya menghasilkan vcd silap mata solo beliau yang berjudul IPT MAGIC. Silap mata juga merupakan cabang seni yang amat halus kerana memerlukan skil kepantasan,dan mental yang tinggi. Beliau sering mempersembahkan aksi silap mata beliau disetiap persembahan pentas yang diadakan selain menyanyi.

5. Dalam usia yang muda beliau telah mempunyai syarikat produksi dan studio sendiri yang memudahkan kerja-kerja pembikinan album beliau yang telah beberapa kali pernah dicalonkan sebagai finalis Anugerah Carta Nasyid IKIM, Anugerah AIM dan lain-lain.

6. Akhir sekali sebagai seorang pelajar, penyanyi, komposer, kartunis, produser dan muzik programmer yang sentiasa sibuk, beliau bijak menguruskan masa. Oleh yang demikian, beliau senantiasa dijemput untuk memberi motivasi di sekolah-sekolah dan di IPT-IPT tanah air.

Berikut adalah cara-cara mengundi beliau untuk Anugerah Belia Remaja:

Untuk undian SMS:

1. Taip IKON no. kad pengenalan anda

2. Hantarkan kepada 32020.

Untuk undian melalui akhbar: Berita Harian untuk keluaran setiap hari Sabtu, Isnin dan Rabu. Dapatkan keratan borang yang asli untuk mengundi AMAR dalam kategori Seni dan Budaya. Pastikan syarat-syarat undian dipenuhi.

Tarikh akhir undian: 10 Mei 2006.

Selamat Maju Jaya AMAR!!!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?