Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, May 22, 2006

APA NAK DIHAIRANKAN?

Apabila timbul isu guru lepasan maktab menganggur dan tidak mendapat tempat untuk mengajar di sekolah sejak 2 minggu yang lalu, kini wujud usaha memburukkan imej guru-guru maktab.

Hari ini (22 Mei 2006), Utusan Malaysia melaporkan ada guru yang tidak kenal siapa menteri pelajaran.

"PULAU PINANG 21 Mei - Ada pemohon yang mahu mengikuti kursus di institusi perguruan tidak mengenali barisan Kabinet termasuk Menteri Pelajaran walaupun memperoleh keputusan cemerlang 5A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."

Pada pandangan Kitaro, inilah atmosphere pelajar-pelajar hari ini. Beginilah juga keadaannya di kalangan mahasiswa hari ini. Bukan setakat menteri pelajaran, bahkan ada yang masih mengenali KPT sebagai Kementerian Pendidikan. Apatah lagi nama menteri samada sekarang ataupun sebelum ini. Bahkan jika Kitaro menyebut benarkah Najib Tun Razak pernah menjawat sebagai Menteri Pendidikan, perkataan yang bakal dijawab dengan selamba, "Yer ker?"

Inilah bahana apabila mahasiswa bersuara lantang maka mereka dicap anti-kerajaan, alat pembangkang. Jika mereka terbabit dalam kegiatan sebagai aktivisma mahasiswa, mereka dibuang kolej, dikenakan tindakan disiplin, dituduh terlibat dalam kegiatan haram! Bila berpolitik, semua tak boleh kecuali 'mengampu' parti memerintah!

Akhirnya mahasiswa jadi takut. Takut pada apa, terkadang ramai yang tidak tahu kepada apa yang mereka takutkan. Mereka menjadi paranoid. Natijahnya, sebarang pengetahuan am dikesampingkan kerana tiada lagi kepentingan. Yang penting samada bagi mahasiswa atau bakal guru ialah enjoy, pergi konsert, clubbing, main game, main bola... happy memanjang tanpa memikir dan membantu meringankan ksesengsaraan ummah. Mengapa? Sebab mereka DIBENTUK BEGITU!

Inilah akibat apabila kebebasan berfikir, bersuara dan berpersatuan disekat atas nama undang-undang. Lantas 'mereka' menjawab, "Kami tak halang pun."


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?