Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, May 07, 2006

DEMOKRASI MALAYSIA

"Memang saya dah terkeluar daripada garis panduan BN, jadi saya kata saya kena letak jawatan. Takkan saya nak balik semula selepas melanggar peraturan parti, jadi saya tak boleh kembali. Bagi saya dah jelas, daripada saya kena tindakan dan sebelum orang tanya, lebih baik saya ambil tindakan pada diri sendiri. Bagaimanapun saya redha jika dikenakan tindakan disiplin," - Datuk Shahrir Samad, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional

Kesalahan Datuk Shahrir
  • Bukan kerana menyalahgunakan wang rakyat khususnya untuk rakyat TERMISKIN.
  • Bukan kerana apa-apa kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang.
  • Bukan juga kerana rasuah, salahguna kuasa atau apa jua amalan korupsi.
  • Bukan kerana mengatakan Islam tidak layak memerintah dalam masyarakat majmuk.

tapi kerana

Melakukan kesalahan besar kerana terkeluar dari garis panduan ahli parlimen UMNO/BN!

Demoratikkah UMNO? Saidina Umar ketika menjadi Khalifah memerintah ummah, beliau pernah dikritik dan dibantah oleh seorang wanita tua dengan mengangkat sebilah pedang kerana tindakan menetapkan harga mahar. Sejarah membuktikan:

  • Umar tidak mengugut ISA atau yang seumpama dengannya.
  • Umar menyatakan wanita tua itu sebagai pengkhianat negara.
  • Umar tidak mengatakan wanita tua itu sebagai tidak berterima kasih kepada pemerintah.

Sebaliknya, Umar mengakui kesilapannya dan melayani wanita tua itu dengan penuh hormat dan kemanusiaan serta keadilan.

Di Malaysia, sesiapa yang berani membantah kata-kata pemerintah, maka mereka akan dicap samada sebagai pengkhianat negara, tidak berterima kasih kepada pemerintah atau dikenakan ISA dsb. Maka UMNO/BN yang menjadi pemerintah didakwa sebagai tidak demokratik. Betul ker?

Rupanya persoalan itu bukan dijawab oleh samada Lim Kit Siang, Tok Guru Hj. Hadi atau mana-mana pemimpin pembangkang, tetapi dengan sendiri terbukti apabila polisi UMNO/BN adalah tidak menerima sebarang usul selain parti kerajaan. Demokrasikah namanya?

Apa yang berlaku?
Ia bermula apabila usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang membahaskan laporan sebuah akhbar mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang disifatkannya melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk menghalang pegawai kastam menjalankan tugas.

Laporan akhbar itu memetik kenyataan sumber yang mendakwa Ahli Parlimen terbabit meminta KDRM memberi pertimbangan dalam 'menyelesaikan' kes rampasan kayu bergergaji di Sungai Linggi, Melaka baru-baru ini. Kit Siang kemudian mencadangkan supaya perkara itu dibahaskan. Bagaimanapun, usul itu dibantah oleh Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) dengan alasan kesahihan laporan akhbar itu belum dapat dipastikan.

Datuk Shahrir bangkit lantas berkata, mungkin ada kebaikan daripada peristiwa yang berlaku itu kerana Najib bersetuju mengkaji kemungkinan memperkenalkan satu jawatankuasa pilihan untuk mengkaji soal berkaitan garis panduan peranan Ahli Parlimen dalam hubungan mereka dengan jabatan kerajaan. Ini penting kerana ada kalanya Ahli Parlimen bertemu dengan polis dan pegawai kerajaan untuk meminta pertolongan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mengetahui garis panduan mengenainya.

Datuk Shahrir menambah, "Ini kerana selepas ini, kita mungkin akan berdepan dengan keadaan pegawai kerajaan akan kata awak tak boleh campur dan itu sendiri akan melemahkan kedudukan kita. Timbalan Perdana Menteri kata beliau akan mengkaji perkara ini kerana ia melibatkan etika seseorang Ahli Parlimen terutama dalam soal hubungan dengan pentadbiran dan kerajaan. Kalau perkara ini dirujuk kepada jawatankuasa pilihan, saya rasa isu seperti ini akan dibuka dan akan ada satu keputusan apakah sebenar garis panduan itu. Sebab itu saya rasa ia satu isu yang perlu dibincangkan.''

PERHATIAN: Kenyataan ini adalah salah dan tidak boleh disebut oleh seorang ahli parlimen dari parti UMNO/BN. Kalau sesama ahli pun tidak boleh mengkritik antara satu sama lain, apatah lagi pembangkang atau mana-mana rakyat yang mempunyai pendirian tersendiri? Jika inilah budaya UMNO yang mengetuai BN dalam memerintah Malaysia, bolehkah kita mengharapkan sebuah Malaysia yang demokrasinya subur? Kenyataannya, inilah parlimen Malaysia yang menggambarkan demokrasi Malaysia!


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?