Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, May 14, 2006

HAPPY BIRTHDAY UMNO!

Mungkin ramai di kalangan generasi baru termasuk pendokong UMNO sudah lupa sejarah dan asal usul UMNO. Kitaro juga baru pulang dari Port Dickson dan sempat meninjau program Dato' Pa (Menteri KPT) bersama bekas exco MPP Aspirasi di Tiara Resort. Mereka bertepuk, bersorak tapi buta sejarah. Buktinya, tahun bila UMNO ditubuh tak tahu, asal usul UMNO baru pun ditanya apa dia.

1946 adalah tahun keramat bagi sebuah parti yang memerintah Malaysia sejak merdeka. 1946 juga adalah signifikan kepada penubuhan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang suatu ketika pernah keluar UMNO rentetan dari pengharaman UMNO. UMNO sebenarnya telah berkubur pada hujung tahun 1987 apabila ia diisytihharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi. Allahyarham Hakim Tan Sri Harun Hashim membuat keputusan itu apabila sekumpulan ahli Umno yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan Umno 1987 mengheret parti Melayu terbesar itu ke mahkamah.

Sejarah UMNO

Jika mengikut tarikh asal, bukan tarikh yang dihidupkan semula oleh Tun Dr. M dan konco-konconya, makan usia UMNO adalah 60 tahun. Justeru, 1946 adalah tahun UMNO diasaskan.

Ahli-ahli UMNO hari hari ini 'berbangga' kerana usia UMNO sudah menjangkau 60 dan dengan 'bangga' mendakwa UMNO diasaskan di Istana Johor. Mereka lupa, UMNO yang mereka sertai hari ini sebenarnya dilahirkan di Kuala Lumpur. Mengikut Aman Rais,

"UMNO 1946 yang diasaskan oleh orang Melayu, telah berkubur kerana kerakusan orang Melayu sendiri kerana kerakusan merebut KUASA!"

UMNO dulu dan sekarang

Jika UMNO dulu bercakap soal kemerdekaan atau nasionalisme tetapi hari ini bercakap mengenai globalisasi, AP, ekuiti saham, konsesi balak dan tol, pemilikan serta pengambilalihan korporat, minyak naik, tarif letrik naik, harga air naik dan macam-macam naik.

Jika dulu, Allahyarham Tan Sri Harun Hashim dapat menangkap menteri-menteri atas nama Badan Pencegah Rasuah dengan izin Perdana Menteri, kini menteri-menteri 'rasuah' kekal diberi diberi 'penghormatan sebagai menteri. Insan-insan sedar yang bangkit mendedahkan bukti, dipenjara atas nama kuasa dan keselamatan negara.

Sekali lagi memetik tulisan Aman Rais;

"Sama ada berusia 60 tahun atau 19 tahun, Umno yang ada sekarang sudah tidak boleh dipisahkan daripada politik wang. Gejala ini sudah berakar umbi, sudah menjadi darah daging. Bukan salah ibu mengandung kerana tuntutan kehidupan menjadikan – bukan sahaja ahli Umno baru, malah ahli parti lain pun – terpaksa melakukan apa sahaja untuk ‘survival’."

Adakah UMNO akan kekal sebagai salah sebuah parti tertua di dunia kerana tidak banyak parti yang dapat kekal melebihi 60 tahun. Kebanyakan parti politik yang ditubuhkan sebelum era kemerdekaan, telah berkubur atau sudah kehilangan kuasa. Contohnya di India, Parti Kongres telah lama dikuburkan dan di Indonesia, Golkar kini menjadi parti pembangkang, begitu juga dengan parti Konservatif di United Kingdom.

Sementara sambutan Ulang Tahun UMNO ke-60, bergembiralah wahai ahli UMNO dengan segala kemewahan yang disajikan. Jauh di sana, masih ada insan-insan sedar yang bertungkus-lumus untuk melihat Malaysia yang lebih baik di masa hadapan. Samada PAS, PKR, DAP, ABIM, JIM atau siapa sahaja, kesemua mesti menghasilkan kuasa synergy agar bersepadu menumbangkan parti korup ini!

HAPPY BIRTHDAY UMNO!


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?