Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, May 30, 2006

PERSIDANGAN NAM MAHU BANTU PALESTIN?

"Saya adalah Menteri Luar Palestin yang sah, yang dipilih secara sah melalui pilihan raya yang adil. Seharusnya saya yang mewakili kerajaan untuk berucap," - Mahmoud Zahar, Menteri Luar Palestin

Pak Lah = Pengerusi OIC = Pengerusi NAM sedang mengajak delegasi di dalam persidangan NAM untuk berbincang bagi membantu negara Palestin.

Maka dijemput wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk Khadoumi.

Bayangkan jika OIC atau NAM dipengerusikan oleh India lalu menjemput Tok Guru Nik Aziz sebagai wakil Malaysia dan beliau diberi ruang untuk berucap kepada para delegasi. Apa kata pemimpin UMNO / BN dalam kerajaan Malaysia?

Sejarah

NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.

Mesyuarat pertama NAM, Belgrade, September 1961: Menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonisme.

Mesyuarat kedua, Kaherah pada 1964: Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

Mesyuarat ketiga, Lusaka (antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM): Pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

Mesyuarat keempat, Algiers 1973: Menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.

Sekretariat

Ketika ini (2006), jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia. Pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Penjawat sekretariat yang dahulu adalah seperti berikut:

Yugoslavia (1961-1963)
Mesir (1964-1967)
Indonesia (
Algeria (1973-1975)
Sri Lanka (1976-1978)
Brazil (1979-1982)
India (1983-1985)
Yugoslavia (1989-1992)
Indonesia (1992-1995)
Afrika Selatan (1998-2002)
Malaysia (2003- ...)

Comments:
Great site loved it alot, will come back and visit again.
»
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?