Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, May 09, 2006

DEMOKRASI MALAYSIA 2

"Prinsip Barisan Nasional (BN) yang tidak membenarkan Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen adalah kekal dan perlu dipatuhi semua anggota." - Utusan Malaysia, 8 Mei 2006

"Menyokong pendirian parti adalah prinsip dan ia perlu dipatuhi,'' katanya (Pak Lah) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini, hari ini. - Utusan Malaysia, 8 Mei 2006

Apabila dibentangkan RMK9 baru-baru ini, Kitaro seolah memberi peluang kepada Pak Lah untuk mempamerkan wawasan dan kredibilitinya untuk membawa Malaysia baru kerana selama ini beliau terpaksa memikul sisa-sisa pemerintahan Tun Dr. M. Namun, selepas kekecewaan rakyat kerana kenaikan harga minyak, tol, kehancuran demokrasi kampus dsb, kini Pak Lah sekali lagi mengecewakan sebilangan bexar rakyat 'sedar'.

Selama ini rakyat memberi kepercayaan memerintah, apakah yang menjadi agenda mereka? Kepentingan rakyat atau kepentingan parti? Benarlah kata Pak Di;

Rakyat tidak suka bayar tol. Tapi badan eksekutif kata bayar tol tetap bayar tol. Ahli Parlimen kena ikut cakap parti.

Rakyat tidak suka minyak naik. Tapi badan eksekutif kata naik tetap naik. Ahli Parlimen kena ikut cakap parti.

Rakyat tidak mahu tarif air dan elektrik naik. Tapi badan eksekutif kata naik tetap naik. Ahli Parlimen kena ikut cakap parti.

Rakyat Malaysia semakin ramai mereka yang cerdik pandai dan lulusan universiti. Situasi negara dulu dan kini pasti merunsingkan, menggelisahkan dan membimbangkan mereka yang amanah dengan ilmu mereka. Mengapa tidak? Demokrasi dibunuh atas nama demokrasi, undang-undang dicabul atas nama undang-undang dan kuasa disalahguna dengan kuasa.

Akan tetapi terdapat 2 masalah besar dalam peringkat ini iaitu;

1. Memang ramai rakyat Malaysia yang cerdik pandai dan lulusan universiti. Namun tidak ramai mereka yang amanah dengan ilmu mereka dan berani menyatakan prinsip walau terpaksa menerima tentangan. Yang ramai ialah kaki ampu.

2. Kalau rakyat hendak tolak UMNO/BN, apa lagi pilihan rakyat? DAP? Dapatkah mejoriti Melayu Malaysia menerima parti majoriti Cina memerintah Malaysia? PKR? Cukupkah jentera semasa parti menerajui jentera kerajaan? Parlimen pun belum tentu dipenuhi.

PAS? Sejak perubahan kepimpinan tahun lalu dari Timbalan Presiden sehingga ke Bendahari parti, rakyat masih menanti perubahan drastik PAS sebagai parti dinamik dan progresif melayakkan sebagai parti alternatif sepertimana AK di Turki, Ikhwan di Mesir, PKS di Indonesia dan HAMAS di Palestin. Namun, mereka masih dengan amalan ortodoks. Pimpinan parti kurang fokus kepada pengurusan organisasi kerana kepadatan jadual akibat dari aktiviti ortodoks ini. Apa dia? Ceramah, ceramah dan ceramah!

Demokrasi Malaysia...

Comments:
kitaro minami,

ku beri paklah masa sampai dia bentangkan RMK9. benar, sisa-sisa Tun masih kuat melekat. namun, selepas RMK9, dia masih spt itu.

Tidak ada lagi harapan...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?