Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, May 04, 2006

DENGAR KATA PANDAI MEMERINTAH?

Malaysia; Negara Demokrasi Berparlimen

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Fungsi Parlimen

Misi Parlimen Malaysia?

Apa jadi pada Parlimen sekarang?

"KUALA LUMPUR 2 Mei - Gara-gara 16 orang ahli Parlimen `sengaja' memakai bow-tie, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini. Ia bermula dengan tindakan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) yang bangun mempertikaikan pemakaian bow-tie oleh hampir semua ahli Parlimen yang duduk di Barisan G sambil meminta penjelasan sama ada pemakaian itu diluluskan oleh Dewan atau tidak."

"...Ekoran pelanggaran akta itu, beliau telah mencabar ahli-ahli Parlimen itu keluar dan menggantikannya dengan pakaian yang diterima oleh Dewan."

Isu ini dibincangkan di dalam Parlimen Malaysia... ulang suara... Parlimen Malaysia... sehingga terpaksa mendapatkan penjelasan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shahrir Samad.

"...ia (bow-tie) sudah lama diterima pakai kerana sebelum ini, ada juga menteri yang berpakaian begitu semasa menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat. Jadi pemakaian bow-tie ini tidak sepatutnya dijadikan isu."

Adakah bow-tie merupakan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara atau undang-undang persekutuan atau dasar kerajaan atau pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional?

Sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang purata sumber pendapatan hanya RM500 sebulan terpaksa hidup melarat rentetan dari kenaikan harga minya. Tidak lama lagi, tarif letrik mungkin akan naik, harga getah naik... tapi taraf hidup tak naik-naik. Menurut perangkaan sehingga Mac 2006, lebih 1 juta penagih dadah di Malaysia, sumber daripada Bukit Aman menyatakan kadar index jenayah makin kritikal, rasa tidak selamat di kalangan rakyat Malaysia (termasuk PLKN)... kenapa ini tidak dibincangkan dalam parlimen?

Setiap kali pilihanraya umum, rakyat dicanang bahawa hanya UMNO/BN yang layak dan pandai memerintah. Setahu Kitaro, antara kemahiran memerintah ialah mengendalikan mesyuarat dengan berkesan (antara lain mengenal pasti apakah agenda perbincangan utama atau perkara sampingan).

Dengar kata pandai memerintah?


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?