Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, May 07, 2006

MANA INTEGRITI AHLI PARLIMEN?


Semalam
, (4 Mei), Datuk Shahrir Samad (kiri) hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC).

Beliau mengambil tindakan drastik itu kerana kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.


BBC rayu Shahrir kembali
Shahrir menegaskan keputusan yang diambilnya itu muktamad walaupun BBC yang mengadakan mesyuarat tergemparnya petang ini sebulat suara merayunya supaya ia ditarik balik.

Integiriti Parlimen goyah
Sambil menjelaskan integriti perlu dilaksanakan terlebih dahulu di Parlimen, beliau mengambil keputusan meletak jawatan kira-kira 15 minit selepas Ahli Parlimen BN menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini. (Baca Utusan Malaysia, 5 Mei 2006)

Selepas pilihanraya umum ke-11, Kitaro belum lagi melihat kematangan dan kualiti perbahasan di dalam parlimen. Samada isu AP (hanya terkesan kepada sebilangan besar ahli korporat termasuk kroni UMNO) yang mengambil masa lebih 2 minggu perbahasan parlimen, isu nyanyian lagu Negaraku oleh Hattan sehinggalah kepada isu bow-tie baru-baru ini.

Layakkah ahli parlimen?
Ahli-ahli parlimen yang kononnya wira bersuara lantang seperti YB Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Datuk Bung Moktar bin Radin (BN-Kinabatangan) dan yang berdarah mudah seperti Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) rupa-rupanya 'tin kosong' dan gagal menampilkan mutu perbahasan bersandarkan kajian dan home work.

Kitaro tiba-tiba teringat ahli-ahli parlimen pembangkang 1999-2004 seperti YB Dato' Kamaruddin Jaafar, YB Datuk Hj. Husam Musa, YBhg Syed Ibrahim dll. Benarlah kata Tun Dr. Mahathir yang melihat kepentingan pembangkang di dalam parlimen (walaupun beliau tidak begitu sewaktu pemerintahannya).

Semoga Datuk Shahrir Samad akan terus berjuang demi kemalahatan rakyat, integriti negara serta menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Buat parlimen Malaysia, jangan sampai rakyat sudah meluat dengan badan terpenting negara ini!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?