Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, April 10, 2007

BELAJAR DARI ORANG BERJAYA

Hasil wawancara ini Kitaro pernah sediakan untuk sebuah blog yang Kitaro sendiri merupakan salah seorang pengasas. Namun, setelah Kitaro memberikan kepada 'mereka' password untuk login sebagai admin, lantas ia ditukar dan Kitaro tak dibenarkan lagi untuk akses sebagai admin. Kitaro dimaklumkan oleh 'mereka', jika Kitaro ingin beri apa-apa sumbangan artikel dsb, sila emailkan pada...... Kitaro tidak kemaruk untuk berebut blog tersebut dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Yang pasti, blog tersebut sudah hilang kredibiliti kerana tiada update sejak 16 Februari 2007 (Kitaro meninggalkan blog tersebut pada 30 Oktober 2006).

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, di sini Kitaro persembahkan wawancara bersama bekas aktivis mahasiswa yang juga pelajar cemerlang UIA dan kini sedang bertugas sebagai jurutera di Shell Miri... Muhtar Suhaili.


Bagaimana karier Sdr. Muhtar sebaik sahaja selepas tamat belajar di UIA pada tahun 2005?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kini saya betugas sebagai Control and Automation Engineer di Engineering Smart Fields Department, Sarawak Shell Berhad. Sekarang tengah outstation di The Hague, Belanda atas urusan kerja selama 3 bulan. Sebelum berkhidmat bersama Shell, setelah tamat pengajian saya telah berkhidmat sebagai Automotive Engineer di Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd.

Bolehkah Sdr. Muhtar ceritakan sedikit pencapaian akademik di universiti?

Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah.

Apakah rahsia kejayaan Sdr. Muhtar di dalam dunia akademik?

Alhamdulillah, saya yakin dan percaya ramai lagi mahasiswa dan graduan yang lebih cemerlang di bidang akademik daripada saya. Namun sekadar berkongsi rahsia kejayaan yang saya yakin dan percaya juga merupakan rahsia kejayaan kebanyakan orang yang berjaya iaitu; sesiapa sahaja yang ingin berjaya, mereka perlu memiliki tiga elemen penting ini iaitu berjiwa besar, bercita-cita jelas dan berfikir sedar. Kemahuan membara yang disertai tindakan bersepadu sudah pastinya merupakan pelengkap kepada kejayaan yang diimpikan. Ini kerana untuk berjaya kita perlu TAHU dan MAHU agar kejayaan yang dicapai mempunyai MAKNA. Doa dan tawakkal yakni pergantungan kepada Allah SWT Yang Maha Pencipta dan Penentu segala kejayaan tentunya rahsia kepada segala rahsia. Wallahu a’lam.

Sdr. Muhtar pernah menjawat amanah sebagai exco SRC selama 2 tahun berturut-turut iaitu sebagai Chairperson Edu & Training pada 2003 dan Presiden pada 2004. Adakah Sdr menyesal dan mengapa?

Alhamdulillah, memikul taklifan yang saya yakini sebahagian dari amanah dari Allah SWT tidak pernah sama sekali membuat saya menyesal malah berharap semoga ianya telah menjadi sebahagian daripada ‘amal bermanfaat dan membawa kebaikan bersama buat saya dan mudah-mudahan juga membawa khair buat seluruh mahasiswa UIAM. Dua tahun berkhidmat sebagai exco dan kemudiannya diamanahkan sebagai Presiden MPP (SRC) saya rasakan merupakan 2 tahun paling bermakna dan berpengaruh dalam membentuk jatidiri pemimpin (sama ada ketika memimpin mahupun dipimpin), paradigma berfikir dan sekaligus mematangkan diri memahami makna sebuah kepimpinan. Segala ilmu dan pengalaman ini kemudiannya amat berguna untuk diadaptasi dan diimplemetasikan selepas menamatkan pengajian sama ada di dalam menjalankan peranan sebagai warganegara berfungsi, daie berkesan dan professional berjaya di tengah-tengah masyarakat..

Apakah 'ultimate benefit' yang Sdr. Muhtar kecapi hasil dari penglibatan aktif dalam persatuan?

Alhamdulillah, secara jujur saya banyak belajar dan menempah banyak pengalaman hasil dari penglibatan aktif dalam persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti yang disertai. Paling penting segala suka-duka dan pengalaman berharga ini telah banyak membantu saya di dalam kerjaya dan di dalam menyumbang dengan lebih berkesan sebagai anggota masyarakat.

Melalui penglibatan di dalam berpersatuan, seseorang itu akan beroleh nilai tambah yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik kuliah. Antaranya kemahiran kepimpinan, kemahiran berorganisasi, kemahiran pengurusan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpolitik, kemahiran mempengaruhi, kemahiran berbincang (negotiation skills), kemahiran membina ‘networking’, kemahiran membina karisma, kemahiran dakwah, dan sebagainya. Alhamdulillah, sepanjang menjadi Presiden juga, saya banyak terlibat dalam konvensyen-konvensyen dan seminar-seminar sama ada di peringakat antarabangsa, nasional mahupun kampus. Selain itu, saya juga berkesempatan untuk terlibat di dalam membincangkan pelbagai isu-isu luar dan dalam kampus dengan pelbagai pihak sama ada bersama menteri, badan-badan dakwah dan islah, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pelajar. Kesemua ini merupakan pengalaman berharga yang tiada galang-gantinya di dalam menganjak paradigma dan mengangkat cara pandang dunia (worldview) yang amat berguna di dalam menjalani kehidupan selepas bergraduat.

Secara konklusinya, sebagaimana yang saya nyatakan di dalam Ucapan Penggulungan ketika AGM SRC 2003/2004, betapa sepanjang menjawat amanah tersebut saya telah mempelajari 7 perkara penting sepanjang menjadi Presiden MPP UIAM iaitu:

1. I absolutely of the view that leadership is action, not position!
2. It is nice to be important, but it is more important to be nice!
3. Doing right is a might, eventhough might is not necessary right!
4. Vision without action is a daydream and action without vision is a nightmare!
5. If you want to satisfy everybody, you will satisfy nobody!
6. Politics is good, but politicians (some of them, not all) are not so good!
7. To know that you do not know is the best. To pretend to know when you do not know is a disease. Only when one recognizes a disease as a disease, can one be freed from that disease.

Pada pandangan Muhtar, bagaimanakah peranan mahasiswa khususnya MPP sepatutnya berperanan?

Alhamdulillah, melalui pengalaman yang diperolehi sepanjang 2 tahun memimpin mahasiswa UIAM, saya suka untuk menyatakan bahawa sebagai mahasiswa kita tidak seharusnya hanya menghadkan diri kita dengan rutin akademik semata-mata meskipun perlu saya nyatakan di sini bahawa kecemerlangan akademik mesti menjadi agenda utama dan pertama. Kemahiran kepimpinan, bersosial, berkomunikasi, bersiasah dan soft-skills yang lain juga adalah penting di dalam menjadikan seseorang mahasiswa itu serba boleh dan mampu berfungsi apabila bergraduat dan terjun untuk berkhidmat dan berinteraksi bersama masyarakat.

Secara asasnya, demi kelangsungan gerakan mahasiswa terdapat tiga elemen penting yang perlu diusahakan dan dijayakan secara bersama dan saksama oleh gerakan mahasiswa kini. Tiga elemen tersebut yang sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain ialah pembentukan idealisme, pembumian basis intelektualisme dan pengaktifan aktivisme. Sebagai golongan sedar, sewajarnyalah mahasiswa menjadi satu entiti yang amat penting dan cukup berperanan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan ilmiah, intelek dan pemikiran di univeristi selain berusaha untuk bersama-sama menyumbang ke arah reformasi sosial yakni usaha islah ke arah lahirnya masyarakat madani yang diidam-idamkan. Usaha ini sememangnya bukan mudah, namun kita perlu terus berikhtiar dan berganding bahu di dalam menjayakannya.

Secara khusus buat MPP, saya suka untuk berkongsi “Vision and Mission SRC 2003/2004” yang dipetik dari Ucapan Dasar saya selaku Presiden yang akhirnya menjadi asas di dalam melaksanakan segala tindakan dan aktiviti MPP. Mudah-mudahan “Vision and Mission SRC 2003/2004” speaks by itself.

VISION OF SRC

Ikhwah and Akhawat Fillah

This year, that is year 2003, IIUM is celebrating its 20th Anniversary. With the theme “Celebrating 20 Years Serving the Ummah”, I think that we are now progressing and are in the right track in achieving our vision to become a leading international centre of educational excellence. Thus, the Students’ Representative Council 2003/2004, being part and parcel of this big family of IIUM will try our level best to promote the IIUM agenda and IIUM missions of Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence (IIICE or “TRIPLE I CE”).

MISSIONS OF SRC

Dear Ikhwanul Muslimin

For this tenure, SRC plans to strengthen and promote its roles in managing its internal and external issues. As the main body, we hope to enhance the capacity of our Executive Committees (Excos) in achieving the mission and vision of the university. We would like to emphasize the role of SRC in handling local, national and international issues.

STUDENTS
The SRC’s main agenda for this session is to struggle for the best interest of the students. And in order to do that, we as the students’ representatives will first of all do its best to bridge the gap between SRC and the students. It is our responsibility to protect and to serve the needs and welfare of all students, regardless of their courses, origins and backgrounds, and make the students our focal concern.

UNIVERSITY
SRC feels that it is responsible in assisting the University in the pursuit of achieving its mission and vision of Islamization, Internationalization, Integration and Comprehensive Excellence (IIICE). It is essential to achieve these long-term goals in order to make our beloved University the leading international centre for educational excellence.

UMMAH
SRC will do its best to uphold the Islamic Principles, values and practices in the course of our struggle for the betterment of the ummah. We aim to be the agent of change in the society, both locally and internationally. Therefore, we hope to be more action-oriented for the benefit of the ummah.

THEME OF SRC

Sincere, Reliable, Committed

Isu kelambatan kabinet MPP diluluskan oleh pihak pentadbiran berlarutan selama 4 bulan dan hingga kini. Wajarkah pentadbiran melakukan sebegitu rupa terhadap mereka yang telah memenangi pilihanraya secara sah? Mengapa sdr berpandangan demikian?

Alhamdulillah, saya turut dimaklumkan tentang perkara ini oleh beberapa orang sahabat-sahabat alumni UIA dan juga mahasiswa UIA sendiri. Saya kurang pasti senario dan perkembangan isu ini kini (maksud saya ketika temuramah ini dijalankan), namun sekiranya benar Kabinet MPP masih belum diluluskan oleh pihak pentadbiran meskipun setelah 4 bulan (sepertiga dari tenure setahun MPP) memenangi pilihanraya dan dipilih secara demokrasi oleh mahasiswa UIA, saya berpendapat ianya merupakan satu episod gerhana dalam sejarah kepimpinan MPP UIA dan sekaligus saya menganggapnya berita amat dukacita yang sewajarnya tidak berlaku.

Saya masih ingat pada zaman saya bagaimana pada ketika itu Kabinet MPP juga ada masalah untuk diluluskan kerana pihak pentadbiran memaklumkan adanya desakan dari pihak tertentu (secara jujur saya dimaklumkan bahawa ianya merupakan desakan politik pihak dari luar UIA) yang tidak begitu in favour saya menjadi Presiden MPP UIA kerana dikatakan terlalu vokal. Namun alhamdulillah kemudiannya setelah lebih kurang 4 minggu berdialog, berdiskusi secara ilmiah dan mengambil kira pemurnian kemaslahatan, Kabinet tersebut (meskipun dengan beberapa rombakan) telah diluluskan oleh pihak pentadbiran dengan mengambil kira pendirian tidak berbelah bahagi barisan exco MPP UIA pada ketika itu yang tetap mahu saya menerajui MPP selaku Presiden.

Seperkara lagi yang suka untuk saya kongsikan ialah saya amat tidak bersetuju dengan satu senario politik kampus masa kini iaitu pelabelan Pro-Aspirasi dan Pro-Pembangkang dalam kepimpinan mahasiswa. Pendirian saya jelas betapa pimpinan mahasiswa itu perlulah Pro-Mahasiswa dan mereka perlu menjiwai sifat syaja’ah di dalam kepimpinan. “Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh mahasiswa ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

Seterusnya, saya amat berharap semoga sistem syura dan musyawarah menurut Islam akan beroleh izzah serta demokrasi kampus yang digunapakai akan dapat dipugarkan kembali ketelusan dan ketulusannya ke arah lahirnya barisan pemimpin mahasiswa yang berjiwa besar dan masyarakat Taman Ilmu dan Budi yang berwibawa. Bersama kita hayati betapa membuat sesuatu yang betul lebih baik daripada membuat sesuatu dengan betul. Wallahu a’lam bissawab.

Apakah nasihat Sdr. Muhtar kepada siswa-siswi UIA dan juga kata semangat buat MPP sesi ini yang sedang menghadapi cabaran paling getir dalam sejarah MPP UIA?

Alhamdulillah, saya melihat bahawa mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Justeru, mahasiswa selaku cream of the society perlu menjadi pelapis berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru mahasiswa agar sedar bahawa kehidupan kampus selama 3-4 tahun merupakan satu detik masa yang perlu dipergunakan dengan semaksimanya untuk belajar mengenal serta menghayati kehidupan. Kehidupan 40-50 tahun yang akan datang banyak bergantung kepada persediaan, pengukuhan dan pencapaian yang diperolehi sepanjang tempoh pengajian sahabat-sahabat sekalian di Taman Ilmu dan Budi.

Buat barisan kepimpinan MPP UIA, saya doakan semoga Allah SWT akan terus mengurniakan taufiq dan hidayah kepada kalian di dalam menerajui kepimpinan mahasiswa UIA atas kapasiti dan ruang yang termampu. Paling penting semoga terus thabat di dalam memartabatkan gerakan mahasiswa dan semoga mampu merealisasikan agenda mahasiswa sebagai jurubicara masyarakat.

Buat seluruh mahasiswa UIA, selamat maju jaya dunia dan Akhirat. Siiru a’la barakatillah.



Comments:
Akhi yang mulia;

Thanks for sharing the interview. May Allah guides us in this wordly life and in the Hereafter.

Akhuka - Muhtar Hj. Suhaili
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?