Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, April 03, 2007

ORANG MUDA JUGA YANG SALAH?

Semalam, akhbar Utusan Malaysia melaporkan;

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati golongan muda paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada 24 juta warga negara ini, seramai 15.2 orang merupakan mereka yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas.

"Tetapi dari 15.2 juta itu, hanya 10.3 juta sahaja yang telah mendaftar sebagai pengundi."


"Ini bermakna negara masih ada kira-kira 4.9 juta orang khususnya mereka berumur 21 hingga 35 tahun yang layak mengundi tetapi masih tidak mendaftar sebagai pengundi," katanya.

Wan Ahmad berkata, faktor masih belajar terutama di peringkat pengajian tinggi dan sedang menstabilkan diri dan kerjaya sering dijadikan alasan oleh golongan muda untuk tidak berdaftar dengan SPR.

"Tetapi walau apa pun alasannya, jangan tunggu di saat akhir. Ini kerana SPR akan mengambil masa 60 hari bagi menentukan tarikh pilihan raya selepas Parlimen dibubarkan. Jika ketika itu baru hendak mendaftar, segala-galanya sudah terlewat."

"Ketika itu jangan salahkan SPR jika didapati tidak layak keluar mengundi. Ini bukan kes seperti kita hendak bayar saman trafik di saat-saat akhir, hari ini bayar, hari ini lepas,"
katanya.

Salah siapa?

Di kalangan golongan muda, golongan mahasiswa adalah kelompok yang paling terpelajar. Tetapi di manakah nilai 'terpelajar' mereka sedangkan masih ada mahasiswa yang tidak tahu;

1. Kepentingan pilihanraya
2. Mengapa perlu bubar kabinet
3. Hak dan tanggungjawab mengundi mengikut perlembagaan persekutuan
4. Pengetahuan politik semasa
5. Di mana dan bagaimana untuk mendaftar sebagai pemilih

Mahasiswa lebih cenderung kepada 3 perkara iaitu;

1. Menyiapkan assignment
2. Menghadiri kuliah
3. Berhibur

Jika anda bertanya soalan-soalan di bawah kepada golongan muda, sudah pasti mereka akan dapat menjawabnya dengan lancar berbanding 5 perkara tadi;

1. Siapakah juara-juara AF?
2. Sebutkan nama-nama artis tanah air dan luar negara.
3. Apakah makanan kegemaran artis yang diminati?
4. Disko manakah yang paling 'happening'?
5. Kisah putus tuang Asmawi Ani.
6. Siapa peserta AF5 yang paling hensem / cantik?

Lebih 'dahsyat', anak-anak muda lebih cenderung dengan dadah, hiburan, seks dan pelbagai aktiviti hedosima. Lagipun, mana boleh bersuara lantang dalam apa jua isu negara kerana jika tidak sehaluan dengan arus polisi kerajaan, maka anda akan dilabel sebagai pengkhianat negara dan tidak bersyukur! Jika minyak naik, tol naik dan diadakan aktiviti kesedaran sivil seperti perhimpunan aman, piket bantahan, rapat umum penerangan isu semasa... air asid dari trak merah FRU babal memedihkan mata dan menyebabkan anda serik untuk menghadiri sebarang aktiviti di atas.

Jika inilah budaya yang diterapkan oleh kerajaan sebagai pemimpin rakyat, maka apa lagi nak diharapkan dariapda rakyat khasnya golongan muda? Jika mahukan anak-anak muda berduyung-duyung mendaftar sebagai pemilih, jangan haraplah! Mereka lebih suka beratur berduyung-duyung di GSC atau TGV di mana-mana pusat membeli belah.

Adakah salah golongan muda?

Pesanan jelas buat pemerintah, SPR dan khasnya Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, jika anda menuding jari kepada golongan muda, jangan lupa 3 lagi jari anda menuding pada diri anda sendiri!

P.S: Kitaro sengaja tidak menyentuh isu AUKU, ISA, Akta Polis dan lain-lain akta drakonian. The thing speaks by itself (Res ipsa liquitor)!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?