Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, April 23, 2007

IJOK 2

Sehingga hari ini, sudah 4 kali pilihanraya kecil berlangsung selepas Pengkalan Pasir, Batu Talam dan Marchap. Kalau sewaktu pilihanraya umum ke-11 berlangsung, UMNO Kelantan dengan megah dan berlagak menuduh PAS meltakkan calon-calon tua dan diaragui kemampuan mahupun hayatnya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Realitinya, wakil rakyat parti mana yang lebih ramai pergi dulu? Hakikatnya kita harus terima, samada sihat atau sakit, mati atau hidup... kesemuanya adalah di atas ketentuan-Nya. Manusia tidak boleh berlagak seperti Tuhan!

Menyentuh mengenai pilihanraya kecil Ijok N11, Kitaro kadang-kadang rasa nak muntah bila mendengar dan menonton ucapan-ucapan kempen para pemimpin UMNO yang disiarkan di kaca TV. Jika Kitaro berpihak pada neutral dan tidak menyokong mana-mana sekalipun, Kitaro merasa jelek dan muak dengan ucapan-ucapan yang meloyakan. Contohnya;

"Jika pembangkang menang, adakah mereka mampu terkontang-kanting membangunkan Ijok!?" (Najib Tun Razak, Timb. Presiden UMNO)

Hello... jika pembangkang menang, bukankah mereka merupakan Ahli Dewan Undang Negeri? Bukankah kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO mesti bekerjasama dengan pembangkang yang bertindak sebagai check-and-balance di dalam dewan? Adakah setiap kata-kata pembangkang MESTI ditolak sama sekali?

Tambahan pula, tidak kira samada Ijok dimenangi oleh siapa sekalipun, rakyat Ijok tetap rakyat Malaysia. Mereka bukan berapa di kepulauan yang terasing dari peta Malaysia mahupun Selangor. Justeru, kerajaan tetap wajib membangunkan Ijok dengan bekerjasama dengan wakil rakyat mereka tidak kira siapa atau parti mana sekalipun. Inilah indahnya demokrasi jika benar-benar dihayati. Sayang sekali, corak demokrasi yang cuba dipaparkan oleh pengasas pemikiran GLOKAL adalah berupa "Buy the people, force the people'... dan bukannya 'By the people for the people'.

Satu lagi kenyataan yang cukup mengjengkelkan;

"Dakwaan pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka bahawa apa yang di isytiharkan di Ijok semuanya berunsur politik dan kerana pilihan raya kecil semata-mata adalah fitnah kerana apa yang saya umumkan hari ini termaktub dalam RMK-9 sejak tahun lepas!" (Hisyamudin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO)

Habis tu... jika sudah diluluskan sejak tahun lepas, mengapa baru sekarang Hisyamudin mengumumkan SMK Raja Muda akan dilengkapi dengan dewan, tambahan enam bilik darjah, bilik guru, tandas dan beberapa kemudahan lain dengan peruntukkan yang telah disediakan oleh kerajaan?

Jika bukan untun 'membeli' rakyat, apa lagi?

Dean Johns, seorang jurnalis dan pensyarah di KL dalam
artikelnya ketika mengulas tentang pilihanraya kecil Marchap menulis;

"...he (Najib) announced an allocation of RM3.7 million for the upgrading of water pipes and the construction of a 'multi-purpose hall' for Felda Tun Ghafar Hutan Percha, plus gifts of land in Felda Tun Ghafar Machap to 102 Malay families, and later to 50 Chinese as well.

In case anyone missed the point or purpose of such astonishing largesse, he then made the point that beneficiaries of the 99-year land lease would form a 'Barisan Nasional Kampung', and added that "one should repay favours when the time is right and the favour should be repaid by voting BN on April 12".

Kesimpulannya, benarlah apa yang dikatakan oleh Dean bahawa pilihanraya kecil hanyalah sebuah 'Buy Election'... bukannya 'By-Election'. Kemenangan pembangkang mungkin adalah sesuatu yang mustahil, tetapi jika benar, ia adalah satu keajaiban. Inilah budaya politik dan demokrasi ala-Malaysia... Parti pemerintah adalah segalanya. Tahniah Pak Lah!!!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?