Wednesday, February 14, 2007
KERAJAAN PENIPU!
Suatu ketika, Pak Lah mendakwa para bloggers sebagai, "Mengenai pengendali blog atau laman web, mereka menggunakan kesempatan ini buat macam-macam cerita, cerita itu, cerita ini. Bohong demi bohong dilakukan..." (Abdullah Ahmad Badawi, Berita Minggu, 28 Januari 2008)
Pada suatu hari, kerajaan telah mengadakan kempen menggalakkan rakyat menukar pada MyKad dalam tempoh dari 1 September hingga 30 November 2005 dengan menawarkan hadiah kereta Perodua Myvi sebagai cabutan bertuah. Kempen tersebut dinamakan Jom Tukar dan Menang MyKad. Ianya dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika di bawah Dato' Azmi Khalid.
Tiba-tiba, bila bertukar menteri, kesemua kempen itu senyap-senyap 'disembunyikan' sehingga ditimbulkan semula oleh media khususnya akhbar Metro. Namun, kehampaan bertambah bila menteri baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dengan angkuh menjawab, "Rubbish" dan cuba menutup kelemahannya kononnya hendak sedekahkan hadiah-hadiah kempen kepada rumah anak yatim.
Pusingan kali ini menyaksikan siapa sebenarnya 'menggunakan kesempatan ini buat macam-macam cerita, cerita itu, cerita ini. Bohong demi bohong dilakukan'! Benar kata Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu, isu ini bukan rakyat yang minta hadiah tetapi kerajaan yang berjanji!!! Janji mesti ditunaikan. Selagi tidak ditunaikan, ia menjadi hutang kerajaan ke atas rakyat. Sekadar memetik penggunaan hadis yang dipapar pada bil letrik, "Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut."
Kerajaan telah melakukan dosa besar kerana gagal menunaikan janji walau apa jua alasan sekalipun! Dan jangan pula melakukan satu lagi dosa iaitu menhsonglapkan hadiah-hadiah yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat. Jika benar mereka mahu berikan kepada anak yatim, maka tindakan berikut mesti dilakukan;
1. Umumkan rumah-rumah anak yatim yang bakal menerima sumbangan
2. Nyatakan barangan yang diberikan pada setiap rumah anak yatim.
3. Adakan enkuiri awam dengan menjemput media bagi mendapatkan laporan gerak kerja sumbangan.
Kitaro tetap skeptikal dengan sikap Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad kerana pada raut wajah dan gaya bahasanya seolah hanya memperalatkan isu tanggungjawab pada negara dan sedekah anak yatim sebagai alasan menutup kelemahan dan PENYELEWENGAN keutungan RM350,000!
Silly and Rubbish 1
Silly and Rubbish 2