Sunday, February 11, 2007
SPBT
Pak Lah dengan selamba berkata;
"Nak tolong, bukan kita tak mahu tolong... kalau ada kemampuan, kita akan tolong tapi kalau tak boleh, tak bolehlah," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan membatalkan cadangan memberi pinjaman buku teks kepada semua pelajar, mulai tahun depan." - Berita Harian, 5 Februari 2007
Itulah komentar Pak Lah, seorang Perdana Menteri Malaysia, sebuah negara Islam yang dipandang tinggi di mata dunia. Itulah juga realiti kepada kata-kata seorang Perdana Menteri yang mempunyai mentaliti kelas dunia.
Kenyataan Pak Lah di atas adalah mengulas pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, mengenai pemberian buku teks percuma kepada semua pelajar tahun depan dibatalkan kerana memerlukan perbelanjaan tambahan RM104 juta setahun.
Ertinya, kerajaan Malaysia tidak mampu untuk mengeluarkan RM104 juta SETAHUN demi pendidikan rakyat. Berikutan itu, katanya, peraturan yang diguna pakai sekarang akan diteruskan dengan pinjaman buku teks diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Cadangan meluaskan skim itu kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tahun lalu. Melalui skim sekarang, kerajaan membelanjakan RM160 juta setahun.
Kitaro terfikir, apabila kerajaan memutuskan untuk membeli atau 'menyewa' jet mewah Perdana Menteri berharga USD 50 juta, belum dicampur belanja hiasan dan kelengkapan bernilai USD 10 juta, adakah difikirkan;
1. Kerajaan mampu atau tidak?
2. Adakah pendapatan PM di bawah RM 2000?
3. Jet itu adalah untuk kegunaan rakyat atau siapa?
Begitu juga dalam isu minyak, Najib 'memaksa' rakyat di atas nada seruan kerajaan agar rakyat berhemah dalam berbelanja ketika kerajaan dengan sesuka hati menaikkan harga minyak sedangkan menteri-menteri menerima elaun minyak, elaun tol dan bermacam-macam lagi elaun, rakyat pula dikatakan membazir lantas diseru supaya berhemah.
Pak Lah kononnya dengan penuh ikhlas mengatakan kerajaan mengajak rakyat berkorban untuk kerajaan apabila tol 'terpaksa dinaikkan. Malaysia sudah menjadi pelik dan ajaib lantaran rakyat yang mesti berkorban untuk kerajaan. Bukannya kerajaan yang dipilih rakyat berkhidmat dan berkorban untuk rakyat.
Dalam isu Skim Pinjaman Buku teks, bayangkan jika setiap satu buku teks berharga sekurangnya RM15 x sekurangnya 8 subjek x 3 orang anak setiap keluarga = RM360 belum termasuk yuran sekolah, kelas tusyen, buku latihan dan kos pengangkutan anak-anak ke sekolah. Bukankah itu membebankan?
Kerajaan selama ini hanya beretorik dalam memperkasakan pendidikan negara. Benarlah slogan yang mengatakan selama ini bahawa UMNO tidak mahu rakyat semakin cerdik, kerana semakin bertambah cerdik, semakin terbongkar kebodohan UMNO. Sebelum UMNO dilihat bodoh, lebih baik UMNO yang mengetuai pemerintahan negara memperbodohkan rakyat!
Antaranya ialah dengan tidak meletakkan agenda pendidikan sebagai pilihan utama.
P.S: Sebagaimana projek makmal komputet, tidak mustahil jika selepas ini pembekal utama buku teks adalah di kalangan kroni-kroni UMNO. Maka jadilah mereka yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin.