Monday, February 19, 2007
2.6 BILLION + 9.7 BILLION
"Last Thursday (15th February 2007), Malaysia Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi had announced that RM2.6 billion would be allocated in addition to the RM9.7 billion already allocated under the Ninth Malaysia Plan."
Terima kasih Pak Lah atas pengumuman tersebut. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana memebri peruntukan tambahan untuk sektor pendidikan negara. Soalnya, adakah peruntukan itu akan dapat dirasai manfaatnya oleh rakyat jelata?
Apa maknanya RM2.6 billion + 9.7 billion jika Skim Pinjaman Buku Teks dihapuskan? Di kala harga tol, minyak, letrik, air dan barang-barang keperluan harian lain naik, rakyat tetap terpaksa berbelanja besar untuk membeli buku teks demi pendidikan anak-anak mereka.
Apa maknanya RM2.6 billion + 9.7 billion jika pelajar sekolah luar bandar terpaksa 'merantau' ke bandar untuk melayar internet, kelas sempit, meja kerusi buruk, kekurangan alat bantuan mengajar dan pelbagai kekurangan kemudahan belajar?
Atau mungkin tindakan ini berupa langkah awal 'membeli undi'? Tak lama lagi akan ada lagi beberapa pengumuman kononnnya untuk kebajikan rakyat seperti penutupan beberapa plaza tol, harga minyak turun, diskaun cukai jalan dsb walhal Pak Lah bakal mengumumkan pembubaran parlimen untuk Pilihanraya Umum!