Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, October 17, 2007

BERITA BAIK HARI RAYA: MALAYSIA MERUDUM RANKING KEBEBASAN AKHBAR!


Berita baik buat anda semua! Ada orang kata zaman Pa Lah sebagai PM, kebebasan akhbar semakin baik dan positif. Nah! Ini dia laporan daripada Reporters Without Borders (RSF) yang beribu pejabat di Paris; Ranking Malaysia JATUH dari tangga 92 (tahun lepas) ke 124!!!

Ranking tersebut membabitkan 192 buah negara. Malaysia lebih terkebelakang erbanding Cambodia (85), Timor-Leste (94) dan Indonesia (100).

Pada pandangan Kitaro, antara punca utama ialah:

1. Terlalu banyak persembunyian dan penyelewengan fakta di dalam laporan media khususnya untuk menyembunyikan salahguna kuasa dan salah urus negara pemerintah

2. Menutup sebarang berita yang boleh mendedahkan kesalahan menteri-menteri dan kroni pemerintah

3. Laporan berita berat sebelah, tidak transparent dan terlalu banyak agenda propaganda.

4. Media digunakan sebagai alat pemerintah tanpa had untuk berkempen dan memburukkan pihak-pihak tertentu.

5. Permit akhbar dari kumpulan tertentu khususnya pihak pembangkang tidak diberikan kerana dibimbangi menjejaskan kedudukan politik parti pemerintah.

Kesan

Ini sekaligus menutup ruang kebebasan mendapatkan maklumat di kalangan rakyat yang menghalang kebebasan berfikir dan berpolitik secara matang. Gagasan TPM; Najib Tun Razak kononnnya mahukan rakyat bermentaliti kelas dunia hanya mimpi di siang hari kerana rakyat disekat untuk menambahkan pengetahuan dan membuat pertimbangan adil melalui maklumat tanpa sempadan.

Inilah satu lagi pencapaian membanggakan kita setelah 50 tahun merdeka!!! Selamat Hari Raya.

__________________________
The Thing Speaks by Itself

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?