Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, October 26, 2007

ULANG TAHUN KE-20 OPERASI LALANG

Hari ini, 27 Oktober menandakan ulang tahun ke-20 Operasi Lalang

Untuk makluman generasi Kitaro yang masih muda dan tidak melalui zaman gelap sejarah negara, sejumlah 108 rakyat tidak bersalah dari kalangan pemimpin pembangkang, ahli akademik, aktivis NGO telah ditahan tanpa bicara melalui akta drakonian.... ISA.

Pada tanggal 29 Oktober 1987, rentetan dari laporan yang mendedahkan kepincangan BN dalam Operasi Lalang, 3 akhbar telah diharamkan ketika itu; The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan.







Dalam Operasi Lalang juga, para pemimpin UMNO khasnya meniup api perkauman sehingga timbul semangat orang Melayu membasahi keris dengan darah Cina... namun akhirnya yang ditangkap ialah pemimpin pembangkang, ahli akademik, aktivis NGO atas dakwaan mencetuskan kekacauan dan menyebabkan ancaman kepada keselamatan negara.

Taktik itu sentiasa diulang oleh UMNO setiap kali menjelang pilihanraya. Api perkauman ditiup kencang khasnya oleh UMNO agar Melayu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO kerana kononnya hanya UMNO pembela bangsa, agama dan negara. Manakal parti-parti lain adalah pengkhianat!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?