Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, June 15, 2006

ACCAOUNTABILITY dan TRANSPARENCY DALAM PEMERINTAHAN

Definisi Kitaro; Accaountability bererti seseorang bertanggungjawab untuk sebarang tindakan di bawah bidang kuasanya. Manakala Transparent bererti telus dan berbuka serta bersedia untuk dipersoal, dikritik soal apa jua yang berkaitan perkara di bawah tanggungjawabnya.

Kaitan antara Accountability dan Transparent ialah seseorang yang bertanggungjawab akan bersikap telus kerana dia yakin bahawa dia tidak melakukan sebarang amalan korup dan penyelewengan. Jika dia ada melakukan kesilapan sekalipun, dia bersedia ditegur dan berikrar untuk mengatasi kelemahannya.


Sebelum ini, gempar satu Malaysia kerana tindakan Shahrir Samad meletak jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen atas dasar prinsip. Kali ini, sekali lagi kerana prinsip Sharir (harapannya bukan sandiwara pemimpin UMNO) maka bergegak gempitalah Kementerian Kerja Raya kerana Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta rekod atau laporan serta penjelasan dari individu termasuk menteri berhubung hal ehwal kewangan jabatan atau kementeriannya rentetan daripada bayaran pampasan kepada sebuah syarikat pemaju akibat dari pembatalan jambatan bengkok JOhor-Singapura. Tindakan tersebut adalah berdasarkan peruntukan Artikel 77 Peraturan Parlimen.

Samy Vellu enggan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Shahrir Samad yang meminta pampasan RM100 juta kepada Gerbang Perdana Selatan Bersepadu Sdn Bhd (GPSB) dikurangkan lantas berkata, "Kami bukan bodoh dan PAC pun sedar akan perkara itu. Mana-mana kontraktor pun boleh mohon RM100 juta tetapi kami tidak akan memberinya kepada mereka. Kami perlu mempertimbangkan permintaan mereka, berbincang dengan jurutera kami, melawat tapak pembinaan dan mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Jika tidak, suruhlah pengerusi PAC duduk sini dan uruskan kementerian ini. Apabila beliau meluluskan apa-apa projek, kita akan melaksanakannya."
(13 Jun 2006)

PAC adalah sebuah jawatankuasa bebas yang bertindak sebagai agen check and balance kepada pemerintahan negara. Sebab itu ia turut dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang (Timbalan Pengerusi PAC, Dr.Tan Seng Giaw dll).

Kitaro membuat kesimpulan;

1. Kedua-dua tokoh tersebut (Shahrir dan Samy Vellu) adalah daripada komponen parti Barisan Nasional. Tetapi yang membezakan mereka ialah kepercayaan kepada prinsip Accountability dan Transparency.

2. Sebelum ini Kitaro berasa malu sebagai rakyat Malaysia kerana mutu perbhasan parlimen yang keanak-anakkan. Kali ini bertambah malu kerana sikap pemimpin negara yang tidak boleh dikritik.

3. Bila Tun Dr. M mengkritik hebat Pak Lah, semua menteri kabinet, ahli parlimen BN menyokong kepimpinan Pak Lah termasuk Samy Vellu. Dan Pak Lah sewaktu bertindak balas kepada krtikan Tun Dr. M berkata, "Mahathir bebas bersuara." Tiba-tiba orang yang mentokong Pak Lah tidak meneladani sikap Pak Lah.

4. Tahniah kepada PAC. Moga tindakan tersebut bukan hanya kepada Kementerian Kerja Raya semata memandangkan akhir-akhir ini semacam wujud konspirasi menjatuhkan Samy Vellu. PAC mesti bertindak secara compehensive. Maka rakyat akan meniai pencapaian Plan Integriti Nasional (PIN) yang mula diperkenal sejak 2004.

Baca juga:
  • Samy Vellu vs. Shahrir Samad

  • Comments: Post a Comment



    << Home

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?