Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, June 11, 2006

DISNEYLAND MALAYSIA

"Memang tidak disangka dan diduga sama sekali dalam kemelut sosial, hiburan melampau serta masalah penagihan dadah yang semakin parah melanda rakyat negara ini, tiba-tiba kerajaan berhasrat pula untuk membina sebuah taman tema Disneyland di Johor," - Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil

Kitaro pernah menghadiri ceramah Tok Guru Nik Aziz di stadium negeri Kelantan pada tahun 1998. Antara isi kandungan ucapannya ialah, "Allah sengaja mencipta manusia dengan naluri-naluri tertentu dan Islam datang ke muka bumi adalah sebagai rahmat bagi sekelian alam. Islam tidak pernah menghalang naluri-naluri manusia tetapi Islam datang untuk mengawal dari kebinasaan."


Tok Guru juga berkata, "Naluri manusia hendak berharta tidak dihalang asalkan tidak monopoli dan menipu, naluri manusia mahukan seks tidak dihalang asalkan melalui ikatan sah, naluri manusia hendak membunuh tidak dihalang asalkan dalam peperangan mempertahankan diri atau negara..."

Islam dan alternatif

Kitaro memahaminya dan melihat bahawa Islam melarang sesuatu perkara tetapi menyediakan 1001 alternatif. Islam mengharamkan arak (dan apa jua yang memabukkan) tetapi terdapat 1001 alternatif air yang dibolehkan untuk minum.

Pendakwah dari dulu hingga sekarang seringkali menggunakan pendekatan "ini tidak boleh, itu tidak boleh. Ini haram, itu haram!" Tidak ada pula disediakan apa alternatif apabila sesuatu larangan diutarakan. Akhirnya, yang minum arak tetap minum arak, yang berhibur secara melampau tetap dalam dunianya, yang tak suka tutup aurat tetap 'terbuka' sana-sini.

Kitaro kecewa kepada satu-satunya parti Islam di Malaysia dan parti politik tertua selepas UMNO yang masih ortodoks dalam pendekatan dakwah dan politik. Asyik kata ini tak boleh, itu tak boleh. Ini haram... semua haram. Mana alternatifnya?

Agaknya bila PAS/BA memerintah, apakah bentuk hiburan yang ditonjolkan jika taman tema seperti Disneyland pun dipandang serong? PAS mahu membentuk kerajaan alternatif, tetapi gagal mengemukakan pendekatan altrnatif yang meyakinkan rakyat. Kalau beginilah sikap pimpinan tertinggi PAS, sampai bila pun PAS tidak akan dapat memenangi hati rakyat seterusnya menerajui pemerintahan Malaysia. Akhirnya, UMNO terus berkuasa dengan amalan korup dan meminggirkan kepentingan rakyat! Hidup UMNO?

P.S: Kitaro sokong Malaysia bina Disneyland di Kelantan.

Baca juga:
  • Pemuda PAS Johor bantah Disneyland

  • Comments: Post a Comment



    << Home

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?