Friday, June 30, 2006
KEHILANGAN
Jun 2006 adalah bulan hiba bagi Kitaro. Kitaro telah kehilangan salah seorang sahabat, adik dan anak buah yang dikenali sejak di sekoleh menengah. Kitaro mula mengenali beliau apabila menemui bakatnya dalam bidang nasyid seawal tingkatan satu. Ketika itu Kitaro di tingkatan 5. Kini beliau telah pergi meninggalkan Kitaro dan sahanat-sahabat seperjuangan yang lain. Lebih menyayat hati apabila Kitaro tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir kerana terpaksa pulang lewat ke tanah air. Lebih memedihkan lagi apabila Kitaro tidak sempat ke majlis tahlil Allahyarham kerana kelewatan malam yang amat sangat...
Semua ini mengingatkan Kitaro bahawa dunia ibarat putaran roda. Hari ini adalah pemergian adinda yang masih berusia 21 tahun. Esok, lusa atau lepas ini giliran siapa? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun, selagi hayat dikandung badan, life must go on... al-Fatihah buat Mohd Khairul Azri Mohd Anuar, 1986 - 2006