Wednesday, June 14, 2006
OPS WARTA IV
Sempena Ops Warta IV sehingga 5 Ogos, selepas semak melalui internet (rilek.com), Kitaro baru sedar rupanya Kitaro ada 2 saman tertunggak iaitu pada tahun 2004 dan 2005. Risau juga takut kena cekup dek polis. Glamer satu Malaysia maunya...
Tapi alasan 'tak tahu', 'tak sedar' adalah perkara biasa kerana ia adalah standard Perdana Menteri. Lagi teruk kerana Perdana Menteri dikenakan 11 saman sejak 2003, 9 saman melebihi Kitaro. Maknanya, Kitaro lebih baik dari PM. Hehehe:
Tarikh saman: 29 Jun hingga 3 Ogos 2003 berjumlah RM3,300 (tetapi dikurangkan kepada RM1,000 atas diskaun oleh pihak polis.
Plat kereta: WJB2800, WLP3142 dan WCH13 (semuanya didaftarkan atas nama Abdullah Ahmad Badawi)
Contoh kesalahan: WJB 2800 - dikenakan lima saman dalam tempoh 1 tahun dan 2 lagi saman pada tahun berikutnya. Kesalahan lalulintas itu dilakukan di Kuala Lumpur, Ampang, Sepang dan Petaling Jaya dalam tempoh empat tahun.
Antara kesalahan tersebut termasuk lima kesalahan memandu melebihi had laju, lima kesalahan menghalang lalulintas dan dua kesalahan meletak kenderaan.
Alasan tidak membayar saman: Tidak menyedari tentang saman tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan.
P.S:Sebagai mencontohi PM yang sudah pun membayarnya pada hari Isnin (12 Jun 2006), Kitaro juga akan membayarnya seberapa segera mungkin. Namun, adakah Kitaro akan dilayan seperti PM atau seperti penjenayah? Dan adakah KItaro akan mendapat diskaun melebihi 50%? Tunggu laporan seterusnya...
Baca juga:Pak Lah dapat diskaun saman trafik, rakyat bagaimana?

Baca juga: