Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, June 30, 2006

WAQI'IE

PERHATIAN: Isu ini tidak akan hangat kalau melibatkan Kerajaan Negeri Johor, Pahang, Terengganu, Kedah (dll negeri BN).

Kerajaan Pas Kelantan yang semakin memperlihatkan sikap keterbukaannya, membenarkan stesen penyiaran TV3 menganjurkan program Jomheboh! di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan menegaskan program itu dibenarkan dengan beberapa pengubahsuaian agar ia tidak bercanggah dengan dasar kerajaan negeri. Katanya, perbincangan dengan pihak TV3 kini di peringkat akhir dan beliau tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun pertama pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam, Oktober depan.

"Pendirian kerajaan negeri itu dibuat seiring dengan perubahan masa dan keadaan," katanya sambil merujuk kepada permainan snuker yang kini dibenarkan semula berdasarkan peraturan-peraturan baru 'atas nama sukan'. - YB Takiyudn Hassan, Exco Kerajaan Kelantan


Apa itu waq'ie? Waqi'ie adalah salah satu daripada sifat khusus Islam yang membawa erti Islam sebagai agama yang bersifat semasa, tidak ketinggalan zaman dan progresif.


Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menekankan kepada para da'ie agar menguasai beberapa asas kefahaman dalam melakukan perubahan melalui gerakan dakwah iaitu;

1. Fiqh al-Awlawiyyat (Kefahaman Keutamaan)
2. Fiqh al-Muwazanat (Kefahaman Pertimbangan)
3. Fiqh at-Taghyir (Kefahaman Reformasi)
4. Fiqh al-Waqi' (Kefahaman Semasa)
5. Fiqh an-Nusus (Kefahaman Teks Wahyu)

Di kala kehangatan Piala Dunia, Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz sekali telah mendapat perhatian nasional sehingga terpapar di muka hadapan Utusan Malaysia 26 Jun 2006. Sebabnya bukan kerana pencemaran alam akibat sikap lewa kerajaan tempatan, bukan juga kerana rakyat miskin sehingga terpaksa mengadu pada TV3, bukan juga pemimpin kerajaan negeri yang korup dan rasuah, sebaliknya kerana kerajaan membenarkan Jom Heboh!

Perlu diingat, Kerajaan Kelantan sebelum ini bukan menghalang Jom Heboh! memasuki Kelantan tetapi kerana TV3 tidak pernah membuat permohonan rasmi. Maka, Kerajaan Kelantan tidaklah 'sejumud' yang ditohmah. Kerajaan Kelantan tidak meminggirkan fitrah manusia yang mahukan hiburan. Namun, Kerajaan Kelantan juga tidak meminggirkan kewajipan mereka menyelamatkan rakyat daripada terjunam ke lembah azab Neraka.
Kelantan ketinggalan?

Kitaro percaya inilah justifikasi kepada Jom Heboh! dibenarkan dengan bersyarat. Apa syaratnya? barangkali antaranya para penganjur dan pengunjung mesti menghormati waktu solat dan konsert yang menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita seperti kebanyakan pesta yang pernah diadakan di Kelantan. Tetapi perkara ini PASTI tidak pernah dititik beratkan oleh kerajaaan negeri yang lain.

Berbalik kepada sola waqi'ie, mengapa dulu Kelantan walau tidak menghalang tetapi tidak pernah mengalukan pesta semacam Jom Heboh?

Berkata YB Exco Kerajaan Negeri, "...Pendirian kerajaan negeri itu dibuat seiring dengan perubahan masa dan keadaan." Mungkin dulu, rakyat Kelantan yang majoriti Melayu dan terkenal dengan amalan 'lebai' masih belum dapat menerima acara seperti ini. Malah tidak keterlaluan jika Kitaro mengatakan bahawa faktor rakyat Kelantan Kelantan menolak BN pada 1990 adalah faktor kegagalan BN dalam aspek ini.

Maka dengan perubahan masa dan keadaan, kehendak rakyat turut berubah. Namun, pada masa yang sama, perinsip Kerajaan Tok Guru untuk memayungi rakyat dengan ajaran agama tidak dipinggirkan kerana acara demikian akan disesuaikan selaras dengan dasar kerajaan yang merujuk kepada ajaran agama.
Sunnah yang dipinggirkan

Mereka telah berjaya untuk tidak meminggirkan salah satu sunnah terbesar Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah menceriminkan sifat baginda yang begitu teliti dalam setiap langkah dilakukannya. Rasulullah SAw telah mewarisi 'pemikiran strategik' sebagai salah satu sunnahnya.

Dalam peristiwa Hijrah, sewaktu mengatur perjalanan ke Madinah, baginda terlebih dahulu meminta umat Islam lain berhijrah ke sana. Namun, baginda masih kekal berada di Mekah bersama Abu Bakar dan Ali. Tujuannya ialah memastikan apabila baginda tiba diMadinah, baginda mempunyai kekuatan teras yang tersendiri dari kalangan penduduk Makkah dicampur dengan penyokong dari Madinah.

Baginda juga bertolak pada waktu malam dan menggunakan jalan yang tidak biasa dilalui oleh orang Quraisy iaitu di persisiran pantai menuju ke gua Tsur berbanding jalan Utara.

Baginda turut meminta Amir bin Fuhayrah supaya menggembala kambing pada waktu siang dan membawanya ke gua Tsur pada waktu malam. Tujuannya ialah selain membekalkan susu, ia juga bertujuan menghilangkan jejak kaki Muhammad agar tidak dapat dikesan oleh sesiapa yang menghalang.

Strategi ini jelas menunjukkan ketelitiannya dalam mengatur perancangan bagi memastikan perjalanan Hijrah berjalan lancar dan teratur.

Masa yang lama diambil oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menghidang rakyat dengan acara seperti Jom Hebah mungkin agak lama tetapi ia hampir sama dengan perjalanan Rasulullah melalui jalan jauh dan di waktu malam ke Madinah. Kerajaan Kelantan memerlukan masa untuk mendidik rakyat walaupun tidak berjaya sepenuhnya.

Dari sudut politik, tidak mustahil jika ia menandakan PAS bukanlah sepertimana yang digembar-gemburkan. Harapannya agar keputusan Kerajaan Kelantan mempelawa Jom Hebah dapat menutup 'jejak langkah PAS' yang selama ini dituduh sebagai ketinggalan zaman dan ortodoks.

Namun, peringatan juga kepada Kerajaan Kelantan teliti dalam setiap tindakan kerana setiap keputusan pasti ada risikonya.

Inilah antara perbezaan ketara antara Kerajaan Kelantan dan kerajaan negeri lain.

Baca juga:

  • Comments: Post a Comment



    << Home

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?