Monday, July 03, 2006
ENGLAND , BRAZIL... ADUH!
Sejak 1966, England gagal menjulang piala dunia. Lebih memeritkan, sejak 1998, England tumpas dalam saingan piala dunia kerana tendangan penalti. Pasukan England yang menyertai Piala Dunia 2006 dikatakan sebagai pasukan terbaik dalam sejarah England dan mempunyai harapan yang cerah untuk mengulangi sejarah 1966. Namun, apabila menjelang hari kejadian (Piala Dunia), Rooney terpaksa berlawan dengan masalah kecederaan, Owen terpaksa pulang ketika England belum memasuki suku akhir dan ketika suku akhir, kapten England David Beckham tercedera dan Rooney dibuang padang. Aduh!!!!
Pengajaran:
Pengajaran:
1. Dalam menjayakan sesebuah organisasi, jangan terlalu bergantung kepada individu sebaliknya cuba sedaya upaya membina kekuatan tersendiri.
2. Semangat kerja berpasukan amatlah penting dan jika ia dilakukan dengan baik, ia dapat mengatasi masalah 'one-man-show'.
3. Manusia hanya mampu merancang, membuat andaian, menilai masa depan tetapi yang memutuskan hanya pada kuasa yang Satu.
Brazil pula merupakan kuasa besar bola sepak dunia. Brazil juga merupakan juara bertahan dan pernah menjulang Piala Dunia 5 kali serta dijangka mengulanginya buat kali ke-6. Dengan kekuatan kuasa serangan melalui jentera penggempur dari Ronaldo, Robinho, Ronaldinho, Adriano, Kaka, Juninho, Gilberto Silva, Roberto Carlos, Cafu, Emerson dll... Brazil memang dilihat tiada siapa dapat menghalang mereka.
Namun, pada saingan suku akhir menampilkan prestasi terburuk Brazil apabila tersingkir awal dan gagal ke separuh akhir akibat ditumpaskan oleh pasukan 'kuda tua.'
Pengajaran:
1. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dalam erti kata lain, tidak semestinya seseorang atau pasukan terbaik maka mereka akan sentiasa menjadi terbaik. Tidak semestinya mereka yang di atas tidak akan berada di bawah.
2. Walaupun sesuatu itu adalah terbaik, paling mulia, palinng bagus dsb, tetapi jika tidak disusun dengan baik, strategik dan berkesan, mereka bisa ditumpaskan oleh sesiapa sahaja. Saidina Ali pernah menegaskan;
"Kebenaran tanpa perancangan strategik, akan ditewaskan kebatilan yang punyai perancangan strategik."
3. 'The Mighty Brazil' ditewaskan oleh Perancis yang dikritik hebat kerana dibarisi majoriti pemain tua. Maka... Jangan pandang rendah pada keupayaan orang lama. Jangan 'under estimate' kehebatan orang tua. Sesebuah organisasi jangan pinggirkan sumbangan orang lama. Kerajaan BN jangan pandang rendah kritikan Tun Dr. M... Ops!