Monday, July 03, 2006
LETAK JAWATAN
Sebaik sahaja England gagal melangkah ke Separuh Akhir apatah lagi menjulang Piala Dunia, maka Kapten England David Beckham mengumumkan perletakan jawatannya. Ramai yang berpendapat perletakan jawatannya adalah sebagai rasa tanggungjawab atas kegagalannya memimpin England untuk sekurang-kurangnya meletakkan England dalam tahap lebih baik dari pencapaian sebelumnya iaitu mara ke separuh akhir. Ditambah pula desakan ramai tokoh bekas pemain England yang mendesak Becks tidak dijadikan kapten England.
Letak jawatan
Presiden Amerika Richard Nixon juga meletakkan jawatan kerana kegagalannya dalam memerintah dan penglibatan dalam skandal Watergate walaupun menang besar dalam pilihanraya presiden kali kedua disertainya pada tahun 1972. Nixon menewaskan George McGovern dengan 60% undi popular. Nixon menguasai 49 daripada 50 negeri iaitu tewas di Massachusetts.
Begitu juga Presiden Indonesia, Suharto meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani krisis ekonomi dan gejala rasuah dalam pentadbirannya.
Budaya Malaysia
Di Malaysia, isu-isu seperti keretakan MRR2, ahli parlimen minta kastam 'tutup mata' untuk elak kesalahanya, setiausaha agung sebuah parti tertua di dunia yang terlibat dalam skandal seks perempuan bawah umur suatu ketika dahulu, Bank Islam hilang jutaan ringgit dan isteri seorang bekas ahli DUN didakwa terlibat, dokumen bukti rasuah melibatkan menteri kabinet cuba didedahkan tetapi yang mendedah dipenjara atas kesalahan OSA, harga minyak, letrik dan barang naik mendadak tetapi para menteri tetap hidup mewah (siap pergi bercuti di Australia lagi tuu)... seolah 'hinggapan lalat'. Malah menteri yang terlibat dalam skandal sedemikian dipertahan dan dibela.
Mungkin orang kata, budaya letak jawatan bukan budaya Malaysia. Habis tu, apa budaya Malaysia? Membiarkan mereka yang korup, menyeleweng dan tidak amanah berkuasa?