Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, July 12, 2006

NAJIB SERU BERPEGANG PADA AL-QUR'AN

Maka bersabdalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia al-Hadhari ketika merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-49 di Stadium Melawati pada 11 Julai 2006;

"Umat Islam perlu memahami al-Quran secara lebih holistik dan tidak setakat boleh membaca saja. Ini tanggungjawab individu, ibu bapa, anak dan suami isteri. Ia fardu ‘ain, bukan lagi fardu kifayah yang perlu dilaksanakan golongan ulama..."

"Al-Quran yang syumul perlu difahami sebagai kitab suci yang menyediakan pendekatan dan wasilah secukupnya untuk memandu manusia ke jalan yang benar..."


Bersabda pula Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Mansor ketika mengetuai rombongan lawatan rasmi kementerian beliau ke Vietnem;

"...kerajaan Malaysia akan menimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan dalam negara kepada jam 5 pagi kerana terdapat rungutan para pelancong yang kononnya mengatakan NIGHTLIFE ataupun kehidupan malam termasuklah di KL dan Pulau Pinang membosankan kerana NIGHTSPOTS ataupun pusat-pusat hiburan ini tutup terlalu awal iaitu jam 1 pagi."


Kemudian bertegas pula Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharom;

"Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan lanjutan waktu operasi ini atas alasan ianya akan menggalakkan pengedaran dan penggunaan dadah jenis sintetik dikalangan para pengunjungnya yang kini merupakan masalah besar kepada pihak berkuasa."

Tambah beliau;

"...di Thailand pun (yang dikenali dengan pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malanya itu) operasi mereka ditutup sekitar jam 2 pagi."

Kemudian berkokoklah TPM yang menyeru umat Islam menghayati al-Qur'an secara holistik dan syumul;

"Kerajaan masih perlu mendengar pandangan serta pendapat daripada pelbagai pihak sebab kita perlu mencari satu pendekatan yang dapat mengimbangi antara keperluan pelancongan dan kebimbangan dari segi masalah sosial dalam negara kita."

Pusat hiburan, disko, pub dsb adalah menjadi common sense sinonim dengan arak. Tiada pub yang hanya menjual air berkarbonat, air buah, air kopi dan air milo. Maka, sebagai Muslim, Kitaro teringat pada firman Allah;

Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 90-91;

"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan"

"Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?"

Justeru, jom kita sahut seruan TPM iaitu menghayati al-Qur'an sekaligus mendesak dia turut sama tegas dalam mempertahankan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam al-Qur'an. Jangan hanya pandai bercakap duhai Najib!


Comments:
salam alaik ...maner leh pakai perkataan sabda ....tu untuk para nabi dan rasul sahaja ...wassalam

botak_1001@yahoo.com
 
Kitaro dah agak isu ini akan timbul. Untuk pengetahuan botak_1001, sabda daalam bahasa arab adalah 'Qala' dan kedua-duanya bermaksud 'berkata'. Begitu juga kata, menyatakan dsb.

Tambahan pula, tiada satu pun nas yang menyediakan terma khas untuk kata-kata nabi kecuali pada istilah hadis seperti isar dsb.
 
Apa pun, terima kasih dan kitaro menghargai teguran botak_1001
 
salam.

saya setuju dengan kitaro :)

salam perkenalan. dapat link dari blog pakdi.
 
Demo loni dah tak supo mula.. :-) Teruskan perjuangan akhi.. Hidup biar mulia, mati biar syahid!
 
This comment has been removed by a blog administrator.
 
salam..

isu tentang social life di Kuala Lumpur tidak boleh dijadikan alasan oleh Najib (atau orang bawahannya... eh, sape lagi power ni?)utk memanjangkan tempoh kelab malam dibuka. dia patut sedar sapa kita, (muslim), dan apa dasar tindakan negara kita skrg (islam hadhari).

saya pun setuju juga dgn isu yg kitaro cuba kupas ni..

suka juga nama kitaro minami tu. mengingatkan tintamadani pada ultraman ace. :P

salam perkenalan. dapatlink dari shoutbox mirakimura.

boleh kita bertukar link? :)

3:26 PM
 
Thanks Fahmi. Tukar link? Anything for u :) Kalau tak silap saya, URL blog fahmi; fahmimahat.blogspot.com kan?
 
This site is one of the best I have ever seen, wish I had one like this.
»
 
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]best software reseller, [url=http://firgonbares.net/]best substitute for photoshop using mac intel[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] and software shops oem software store
software discount software [url=http://firgonbares.net/]is oem software legal[/url] buy cheap computer software
[url=http://firgonbares.net/]buy chess software[/url] Software original
[url=http://firgonbares.net/]software microsoft word[/url] academic testing software
where to buy photoshop for [url=http://firgonbares.net/]microsoft easy transfer software[/b]
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?