Thursday, July 20, 2006
PERINGKAT AKHIR
"... Kajian pindaan AUKU oleh Kementerian Pengajian Tinggi kini di peringkat akhir." - Kosmo! 7 Julai 2006
"Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kini di peringkat akhir kajian Pejabat Peguam Negara dan hampir selesai," kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum. - Malaysiakini.com, 20 Julai 2006
Antara IPCMC dan AUKU, mana yang lebih lama? AUKU menjadi perdebatan mahasiswa, ahli akademi, ahli politik dan para aktivis sosial sejak 1971 sehingga hari ini. Setelah lebih 3 dekad, barulah timbul tuntutan untuk AUKU dipinda. Adakah ia satu isu yang baru?
"AUKU akan dipinda agar lebih ketat!" - Dato' Musa Mohamad, Menteri Pendidikan, Utusan Malaysia 6 April 2002
"Muktamad! AUKU tidak akan dipinda." - Najib Tun Razak, Timbalan PM, Utusan Malaysia
"Majlis Belia Malaysia (MBM) dilaporkan mahu undang-undang yang melarang penuntut universiti terbabit dalam mana-mana persatuan belia ketika belajar dipinda kerana ia dikenal pasti antara punca generasi muda tidak berminat menyertai gerakan belia." - Malaysia Today.net, Mac 2006
Antara IPCMC dan AUKU, kedua-duanya merupakan tuntutan rakyat untuk melihat Malaysia sebagai negara demokratik. Bezanya ialah subjek AUKU adalah kepada kelompok di menara gading; mahasiswa dan ahli akademik. Manakala IPCMC membabitkan perkhidmatan polis sebagai 'third watch' dalam sesebuah negara.
Kedua-dua adalah penting cuma bezanya ialah isu AUKU adalah sejak 1971 manakala IPCMC adalah sejak reformasi 1998 dan kembali hangat kerana isu 'ketuk ketampi bogel'.
Mana yang diutamakan pemerintah? Sanggupkah 'mereka' tidak lagi memperalatkan polis demi memastikan 'mereka' terus berkuasa? Atau sanggupkah 'mereka' tidak lagi memaksa mahasiswa tunduk kepada 'mereka' dan membiarkan mahasiswa terus menggugat!?
Atau mungkin 'mereka' akan terus membiarkan rakyat berkhayal dengan harapan mengimpikan Malaysia yang lebih baik di masa hadapan? Muktamad! 'Mereka' mesti berambus

Comments:
<< Home
maaf ingin bertanya bagaimana sdr adakan link 'Baca lagi'. Boleh agaknya share sedikit ilmu untuk adakan link tersebut kerana kadang-kadang tulis terlalu panjang jadi lebih mudah kalau ada icon macam itu jadi sesipa nak baca lebih lanjut dia akan klik di ikon 'baca lagi'
mohon tunjuk ajar - terima kasih
mohon tunjuk ajar - terima kasih
Senang jah, maso login dalam blogger, putat akan jumpa kat dashboard belah kanan Blogger Help dan klik situ. Kemudian taip 'read more' dalam Article Search. Pastu ikut arahan bawah tajuk 'How can I create expandable post summaries?' Macam biasa, arahan tu akan suruh putat ejah dalam template.
wahh kitaro kene wat tutorial skit dalam blog ni camne nak wat read me, kasi screen shoot lagi senang nak paham.
Thank u Putat. Sbg balasan, wa link wa punya blog pada blog gua. Lu pun link pada blog sama, amacam?
Post a Comment
<< Home