Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, August 20, 2006

AUTONOMI DAN RANKING DUNIA

Kitaro menonton Buletin Utama 2 hari yang lalu (18 Ogos) dan satu kutipan suara telah dibuat oleh TV3 mengenai "Adakah universiti wajar diberi kuasa autonomi?"

Hasil undian, 60% bersetuju universiti wajar diberi kuasa autonomi.

Bagi Kitaro, soalan yang lebih wajar dikemukakan ialah "Wajarkah ditanya wajarkah universiti diberi kuasa autonomi?" Universiti adalah sebuah institusi pengajian tinggi. Ia melahirkan graduan, melahirkan professor, melahirkan cendikiawan, tempat produk cerdik pandai. Erinya mereka semua bijak-bijak belaka... oleh itu kenapa perlu ditanya wajarkah mereka mempunyai kuasa autonomi untuk mengurus dunia mereka?


Universiti wajar memilih sendiri siapa Rektor mereka berdasarkan merit sumbangan akademik dan masyarakt, daya kepemimpinan dan penghormatan.

Universiti berhak menentukan corak pemerintahan mereka sendiri.

Universiti juga tidak perlu mendapat tekanan dari mana-mana pemimpin politik untuk menentukan siapakah mahasiswa yang patut mengisi tempat Majlis Perwakilan Pelajar.

Oleh itu, peruntukan undang-undang yang menyempitkan autonomi universiti mesti dipinda atau terus dimansuhkan. Universiti kelas dunia seperti Oxford dan Harvard tidak memerlukan undang-undang seperti AUKU untuk berada dalam tangga teratas ranking dunia.

Malaysiakini hari ini melaporkan;

"Malaysia gagal lagi disenaraikan dalam Ranking Shanghai Jiao Tong bagi 500 Universiti Terbaik Dunia untuk kali keempat berturut-turut...

Sebanyak 92 universiti dari rantau Asia-Pasifik yang tersenarai dalam ranking itu ialah Jepun (32 universiti), Australia (16), China (9), South Korea (9), Israel (7), New Zealand (5), Taiwan (5), Hong Kong (5), India (2) dan Singapura (2).

Sepuluh universiti terunggul dari Asia-Pasifik ialah Universiti Tokyo (19), Universiti Kyoto (22), Universiti Nasional Australian (54), Universiti Hebrew Jerusalem (60), Universiti Osaka (61), Universiti Tohoku (76), Universiti Melbourne (78), Institut Teknologi Tokyo (89), Univesiti Nagoya (98) dan Universiti Hokkaido (102)."


Di kala Dato' Mustapha Mohamed menyatakan kuasa autonomi universiti akan diberikan secara berperingkat (kenapa berperingkat?), Malaysia gagal disebaraikan dalam ranking universiti terbaik dunia. Tiba-tiba isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor ditabalkan sebagai Canselor UNISEL.


Baca:
Why Rosmah?
AUKU tidak relevan





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?