Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, August 22, 2006

MURTAD

Siapa di dalam gambar di atas...?

"JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan yang dikemukakan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengenai lebih 120,000 orang Islam murtad kerana sumber mengenai dakwaan itu tidak boleh dipercayai." (Berita Harian, 22 Ogos 2006)

Isunya bukan 120,000 orang yang murtad. Isunya ialah walaupun hanya seorang yang murtad, Muslim mesti memandang serius. Bukan kerana yang murtad itu mesti dipandang seperti penjenayah apatah lagi terus dibunuh, tetapi ini adalah soal kegagalan dakwah yang disepakati wajib hukumnya oleh para cendikiawan Islam.


Justeru, Kitaro menagih jaminan yang diberikan oleh pemerintah untuk melindungi agama. Begitu juga kepada para pendokong gerakan Islam agar tidak meminggirkan kepentingan kuasa politik untuk melindungi agama. Begitulah yang ditegaskan oleh al-Ghazali;

"Dunia adalah ladang akhirat. Agama dan politik umpama anak kembar. Tanpa agama, politik akan musnah. Tanpa politik, agama akan dikhianati. Kuasa politik adalah pelindung agama..."

Ibn Taimiyyah juga menegaskan, "Wajib ke atas kita mengetahui bahawa mendapatkan kuasa politik adalah sebahagian daripada kewajipan besar di dalam agama. Bahkan agama tidak akan tertegak tanpa kuasa politik."

Kitaro menyokong usaha kerajaan Malaysia jika mereka benar-benar ikhlas dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Kerajaan tidak akan memansuhkan atau meminda Perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia sudah menjelaskan pembahagian bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah...

"Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dijamin Perlembagaan ini dan tiada siapa pun boleh mempertikaikan kedudukan (Islam agama rasmi) ini. Dalam pada itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh menggugat kebebasan untuk beragama seperti dijamin Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan sebarang badan lain membincangkan mengenai hal-hal agama seperti Majlis Antara Agama atau Forum Artikel 11."
(Nazri Aziz, Parlimen Malaysia 21 Ogos 2006)

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?