Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, August 01, 2006

NAIK LAGI

Berikut adalah di antara 'dialog tetap' kerajaan yang menjanjikan kesenangan dan melakukan apa sahaja demi kepentingan rakyat.

Siri-siri drama ini akan terus berulang selagimana para pelakon, pengarah dan penulis skripnya tidak ditukar.

1. Penerbangan Malaysia (MAS) akan menaikkan tambang domestiknya sebanyak 15 peratus bagi kelas ekonomi dan 25 peratus bagi kelas perniagaan berkuat kuasa 15 Ogos ini. Tambang antarabangsa kekal tidak berubah. Walaupun dengan kenaikan terbaru itu, Pengarah Urusannya, Idris Jala berkata, kadar tambang MAS ‘masih antara yang terendah di dunia’...


2. Awal tahun 2006, harga minyak naik sekali lagi naik 30 sen satu liter. Walaupun begitu, harga minyak Malaysia 'masih antara yang terendah di dunia'.

3. Kadar bayaran elektrik akan dinaikkan berkuatkuasa 1 Jun ini (2006), Majoriti pengguna seramai kira-kira tiga juta keluarga, menggunakan kurang daripada 300 kilowat. Bil mereka dijangka antara RM44 dan RM70 sebulan... Dr Lim berkata, isi rumah berpendapatan rendah yang menggunakan 200 kilowatt-jam (kWh) elektrik sebulan, tidak akan terjejas dengan kenaikan itu. kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Walaupun begitu, harga letrik Malaysia 'masih antara yang terendah di dunia'.

4. Kerajaan hari ini memberi amaran kepada pengguna mungkin akan berhadapan dengan kadar tarif air lebih tinggi jika tidak berjimat menggunakan air... "Kerajaan ada dua cara untuk memastikan rakyat menghargai air iaitu naikkan tarif air atau meminta rakyat berjimat cermat dalam menggunakan air." - Utusan Malaysia, 1 Ogos 2006

Tunggu kenyataan selepas ini;

1. Walaupun begitu, harga air Malaysia 'masih antara yang terendah di dunia'.
2. Rakyat mesti berkorban untuk negara.
3. Kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk 'kepentingan rakyat'.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?