Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, August 28, 2006

TAHNIAH PARA GRADUAN...?

Semalam Kitaro menonton rancangan realiti yang paling Kitaro minati; The Apprentice. Kitaro juga merupakan salah seorang daripada pengkagum jutawan Donald Trump. Petang semalam juga Kitaro berkesempatan bertemu penerima Anugerah Rektor, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Unvar Rahman Pelajar Terbaik; Sdr. Syahir Che Sulaiman.

Sesudah menonton The Apprentice, Kitaro berfikir tatkala meletakkan tangan sebelum mata terlena... Mengapa Donald Trump membuat keputusan memecat
Tarek? Perkara biasa bagi setiap peserta Apprentice ialah masing-masing mempunyai rekod kejayaan yang menakjubkan termasuk dalam bidang akademik. Cuma bezanya pada Tarek ialah Trump mengkagumi Tarek kerana beliau merupakan ahli MENSA, antara institusi pendidikan yang terhebat di AS.

Di dalam Board Room, Trump beberapa kali berkata, "Saya kagum dengan pendidikan awak dan ia amat hebat. Tapi kamu terlalu banyak membuat kesilapan..."

Teringat pula kata-kata keramat Syahir (mungkin anda kenal dan ada yang tidak), beliau berkata, "Pihak Shell dalam salah sati temuduga kepada pemohon (kebetulan rakan kepada Syahir) menyatakan jika hanya bersandarkan kepada pencapaian akademik Syahir (CGPA 3.8), dia tidak layak untuk berada di Shell. Tetapi dia hebat kerana penglibatannya dalam kokurikulum."

Kata Syahir lagi, "Kemahiran yang disebut sebagai 'soft skill' tidak dapat diperoleh di dalam kelas, dewan kuliah dan membuat assignment. Saya hanya berjaya mengecapinya bila terlibat di dalam MPP, usrah, tamrin dan demonstrasi..."

Maka Kitaro membuat kesimpulan, dunia sekarang tidak lagi memandang tinggi kepada mereka yang bekerja dengan kerajaan, makan gaji dan juga berkelulusan tinggi per se. Dalam erti kata lain;

1. Pencapaian akademik semata-mata bukan segalanya. Majoriti employer mahukan employee yang serba boleh, mempunyai leadership qualitiy, communication skill, mempunyai management skill dsb.

2. Betul kata Pakdi, siswazah akan terus dihantui dengan sindrom menganggur jika mengharapkan pekerjaan (untuk makan gaji). Siswazah mesti bijak mencari peluang untuk mencipta pekerjaan sendiri. Di sinilah, kualiti yang anda miliki melalui berpersatuan, berpolitik, bersosial dsb akan memainkan peranan.

Buat siswa siswi yang bergraduasi dan telah menerima ijazah, tahniah buat kalian. Ummah dan dunia sebenar menanti anda di sana!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?