Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, August 05, 2006

THIRD WATCH

"Meskipun media massa sering melaporkan kejadian jenayah namun orang ramai tidak seharusnya hilang keyakinan mereka terhadap peranan polis, kata Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin hari ini.

"...kebanyakan kes jenayah besar telah diselesaikan dengan cepat oleh polis dan yang demikian orang ramai perlu memberi kerjasama berterusan kepada pasukan itu."
(Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin mengulas tragedi Azlini Azmi, 26, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, di Sungai Lalang semalam (4 Ogos 2006), Utusan Malaysia, 5 Ogos 2006)

Mengapa rakyat semakin hilang kepercayaan pada polis?"


Jika kira-kira 10 tahun yang lalu, kita hanya mendengar mangsa rogol, mangsa rompak dan mangsa ragut. Dalam erti kata lain, mangsa rompak = hilang duit dan harta, mangsa rogol = hilang maruah, mangsa ragut = hilang duit dan ada yang sakit kerana tercedera.

Kecuali mangsa bunuh yang sudah pasti mati (bunuh = hilang nyawa).

Kini, mereka yang menjadi mangsa rogol, ragut dan rompak berhadapan evolusi baru. Mereka bukan setakat dirogol, dirompak atau diragut, malah mereka DIBUNUH. Ertinya, samada mereka dibunuh, dirogol atau diragut = hilang nyawa.

Seolah para perogol, perompak dan peragut telah membuat satu konvensyen dan menghasilkan satu resolusi bahawa semua mangsa mesti dibunuh agar kerja ditanggung beres.

Ertinya, rakyat semakin tidak percaya kepada polis kerana rasa kurang selamat walaupun di kawasan kediaman sendiri, balik dari pasar malam, pulang dari kerja dsb. Menurut Zam lagi, PDRM sentiasa bertindak pantas dengan kenyataannya;

"...kebanyakan kes jenayah besar telah diselesaikan dengan cepat oleh polis dan yang demikian orang ramai perlu memberi kerjasama berterusan kepada pasukan itu."

Jika benar polis dapat menyelesaikan masalah dengan pantas, mengapa nyawa rakyat marhain masih terancam? Adakah kerana 'orang ramai tidak memberi kerjasama'?

Cuba perhatikan gambar di bawah;

Agak-agaknya apa kerja polis dalam gambar ini?


1. Melindungi rakyat atau

2. Membelasah rakyat yang mengamalkan hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan?

3. Demi membelasah 1 orang rakyat yang menyertai demonstrasi, 5 orang polis dikerah melakukan 'tugas' tersebut. Bayangkan berapa ramai tenaga polis dikerah untuk setiap demonstrasi.

Bagitu juga dalam saman menyaman. Setiap minggu road block dijalankan sana-sini. Baguslah kerana ingin menerap kesedaran rakyat mematuhi peraturan jalan raya. Tapi mengapa ada menteri yang saman berjela tapi terlepas begitu saja?



Kerja siapakah yang mencederakan salah seorang rakyat Malaysia ini? Ketua Pembangkang? Presiden PAS? Presiden DAP? Atau... Polis?

Adakah lelaki terpaksa berlumuran darah kerana cubaan merogol?
Atau kerana ditangkap meragut beg duit sesiapa di jalanan Kuala Lumpur?
Atau kerana didapati cuba merompak mana-mana kedai emas?
Ataupun kerana cubaan membunuh wanita yang pulang dari tempat kerja?

Sewaktu Kitaro mula menjejak kaki ke sekolah berasrama, ibu berpesan,

"Belajar elok-elok yer... jangan main-main. Jangan asyik bercinta atau buat kerja lain kerana akibatnya, tugas utama kamu untuk belajar dilupakan."

Mengingati pesan ibu yang tercinta, Kitaro baru menyedari mengapa rakyat semakin tidak percaya kepada polis sebagai 'third watch'. Jawapannya ialah kerana polis sibuk mengepung para demonstrasi, mengepung majlis ceramah pembangkang dan menjadi escort melindungi para menteri. Akibatnya, tugas polis melindungi rakyat dilupakan.

Menteri atau sesiapa yang diberi kuasa oleh rakyat tidak boleh memaksa-maksa rakyat. Rakyat bukannya 'lembu yang boleh dicucuk hidung'. Rakyat berhak dan cukup bijak untuk mempercayai dan tidak mempercayai sesiapa. Jika ada menteri yang suka memaksa-maksa rakyat dan menghukum rakyat kerana tidak mengikut paksaan tersebut, percayalah... menteri itu tidak kekal lama. Kelak mereka akan menerima hukuman. Kalau bukan 5 tahun sekali, di alam baqa tetap menanti!

Comments:
dunia makin tak selamat untuk orang yang baek macam kita...huhuhu...
 
hanya yang suka polis, yusuf haslam
 
yo bro ...yang berdarah tu bukan polis ker ? cuber tengok baju dier ....kalau tak silap aku ler ...yang berdarah tu polis ...kalau akau silap sorry lah ....
 
Tgk elok2 bro... itu bukan lambang PDRM...
 
Tu lambang Kerajaan Cheng Mai .. ha ha.

Kitaro banyak kot baju tu kat umah.
 
Mungkin link ini http://www.malaysiakini.com/pages/albums/bloody-sunday/ boleh membantu untuk menrangkan segalanya.
 
Maaf untuk saya katakan yang artikel ini berat sebelah dan menyalahkan 100% atas pihak polis, walaupun rakyat sendiri yang melakukan jenayah.

1) Tugas polis ialah menangkap penjenayah dan berusaha membanteras jenayah. Kes bunuh adalah salah penjenayah, BUKAN salah polis. Dan penjenayah mungkin ialah sesiapa saja antara kita, manusia. Polis tiada superpower untuk mengesan pembunuh yang hendak membunuh.

2) Dalam gambar tersebut, anda cuma menganalisis mengikut mata kasar. Kita sendiri tiada di tempat kejadian. Mana kita tahu? Boleh jadi polis-polis tersebut sedang menahan mereka yang bersifat radikal, melakukan kekacauan dan keganasan (sama sekali ditegah Islam) ketika berdemonstrasi. Anda nampak mereka dibelasah dalam foto itu? Mereka cuma ditangkap.

3) Orang yang cedera itu ialah polis, yang dicederakan oleh penyokong fanatik dan radikal pihak pembangkang.

4) Pernah anda lihat mana-mana demonstrasi pihak pembangkang yang TIADA melibatkan kerosakan harta awam dan peribadi? Pasti ada cermin kereta (penyokong BN) yang pecah, kemudahan awam yang pecah, dan macam2 lagi. Ini kah identiti pembangkang?

Fikir2 kan lah...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?