Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, September 01, 2006

BIJAK

Kadang-kadang kita terlalu ekstrim dengan sebahagian kecil dari tindakan kita mengakibatkan orang bukan Islam tidak lagi memandang Islam sebagai agama indah, aman, sejahtera dan penuh dengan kasih sayang.

Memang jelas dalam Islam bahawa hukuman bagi mereka yang murtad adalah bunuh. Soalnya, adakah perlu dibunuh segera sebaik sahaja seseorang itu murtad? Atau perlu ada proses-proses pra sebelum dihukum bunuh? Atau tak perlu bunuh pun?


Dalam syari'at Islam, Allah dan Rasul menyediakan panduan berbeza dalam hal ibadah khusus dan soal keduniaan khususnya politik. Contohnya dalam menunaikan solat, Rasul mengajar setiap langkah bagaimana untuk menunaikan solat. Begitu juga dalam berpuasa, menunaikan haji dan lain-lain ibadah khusus.

Berbeza dalam soal politik dan pemerintahan negara,Islam menyediakan ruang yang amat banyak untuk ijtihad oleh pemerintah yang adil. Buktinya, cara perlantikan Saidina Abu Bakar tidak sama seperti perlantikan Saidina Umar, Osman dan Ali. Begitu juga cara pemerintahan mereka yang tidak sebijik sama tetapi selaras dari segi prinsip Aqidah dan ajaran Rasulullah SAW.

Begitu juga dalam cara pemerintah menangani gejala riddah. Pada zaman Rasul, disebabkan umat Islam amat dekat dengan Nabi Muhammad, dapat melihat akhlaknya, mendengar sendiri ajarannya dan bertemunya setiap kali timbul kekeliruan, maka amatlah sesuai jika ada yang tiba-tiba keluar daripada Islam dan dia dihukum bunuh.

Pada hari ini, umat terpaksa berhadapan dengan pelbagai versi Islam. Ada yang Syi'ah, Mu'tazilah, anti-hadis, tariqat, liberal dan... Hadahari. Ditambah pula buku-buku memfitnah para sahabat, menyeleweng fakta kenabian ajaran-ajaran sesat seperti mengaku nabi Melayu dan sebagainya... tiba-tiba ada yang murtad, adakah segala kesalahan mesti berpunca daripada si murtad? Adilkah jika dia dihukum bunuh serta-merta sedangkan Islam adalah agama yang adil.

Di sinilah peranan umara' dan ulama' bergabung tenaga. Selagimana ulama' bisu dan meng'iyer'kan segala tindakan umara', selagi umara' membelakangkan ulama' (buat dulu baru tanya ulama')... selagi itulah ruang ijtihad yang disediakan tidak akan dimanfaatkan dengan bijak.

Kesimpulannya... jom muhasabah dan perbaiki cara dakwah kita. Fahamkan orang Islam mengapa mereka menganut Islam. Islam bukan sahaja untuk dianuti, tetapi ia mesti dipertahan, disebarkan dan dipertahankan. Jangan hanya salahkan mereka yang murtad semata. Buat pemerintah, penuhi amanah anda dengan sebaiknya, jika tidak... terimalah hukumannya 5 tahun sekali. Itu pun jika rakyat bijak memilih...

Baca: Apa Ertinya Saya Menganut Islam?


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?