Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, September 06, 2006

HIBURAN MINGGU INI

1. Mahasiswa dan Politik

Pernah tak anda mendengar atau diberi nasihat atau dianccam atau berkata atau menulis; "Kamu mesti belajar dulu. Fokus pada pelajaran," "Jangan buang masa berpersatuan. Sia-sia belaka tu," "Belajar dulu baru berpolitik!"

Siapa kata dengan berpersatuan dan berpolitik di kampus menjadi punca utama kegagalan akademik? Punca persatuan atau diri sendiri? Punca sibuk dengan tugas atau sikap suka bertangguh? Punca tiada masa atau masa dibuang?
Syahir (mantan exco MPPUIA) antara salah seorang mahasiswa aktif yang telah menempelak segala dakwaan di atas.

2. Islam dan Bangsa

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam."

Cuba anda hayati kalam Tuhan di atas. Adakah ia bermaksud Islam hanya untuk orang Melayu atau hanya untuk bangsa Arab? Atau Islam mengatasi sempadan bangsa dan perkauman? Yang pasti, Allah tidak menilai samada anda dari bangsa mana, keturunan apa, anak siapa, jawatan apa mahupun daripada kerabat di raja mana sekalipun. Allah hanya menilai komitmen anda pada agama yang diiktiraf oleh-Nya.

Sebab itulah Tok Guru Nik Aziz menegaskan
faktor Melayu bukan segalanya untuk diangkat menjadi pemimpin. Jika Melayu etapi korup, apa faedahnya? Faedahnya ialah yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Hapuskan politik perkauman!

Comments:
Saya setuju pendapat anda,

Kami disini berpesatuan juga tapi tak berpolitiklah.

Salam ziarah dan ukhuwwah.
 
salam,

kesedaran mengenai hal-ehwal politik, hal-ehwal umat adalah suatu yang penting untuk menghasilkan produk yang cemerlang daripada institusi pengajian tinggi. dan sekadar kesedaran tidak cukup, perlu ada tindakan.

mereka mahu produk yang seimbang tetapi menghalang usaha mencari keseimbangan.

mereka lebih suka mahasiswa mabuk dengan hiburan, bercinta-cintaan, dan menjilati budaya pop, kerana ini tidak akan merosakkan pembelajaran mereka.

salam, meow~
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?