Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, September 27, 2006

JUDISIARI, LEGISLATIF = EKSEKUTIF

Generasi muda hari ini terlalu leka dengan arus hedonisma sehingga melupakan beberapa fakta sejarah yang memberi kesan yang amat mendalam kepada negara kita. Mahasiswa undang-undang juga tidak terlepas mengalami sindrom ini.

Bagi anda yang melayari
Malaysiakini.com, mungkin anda sendiri tertanya-tanya siapa mamat sorang ni? (Mendukacitakan kerana akhbar perdana tidak banyak membuat liputan tentang isu ini sedangkan ia membabitkan sistem keadilan negara). Kenapa tiba-tiba muncul seorang tua yang bernama Salleh Abas beria-ia bercakap tentang kehakiman negara?

Tiba-tiba pula orang tua itu berperang mulut dengan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Hebat sangat orang tua itu? Orang tua yang bernama Salleh Abas itu menyatakan;


1. Bekas PM, Dr Mahathir memintanya berhenti atau terpaksa menghadapi tribunal.

2. Seorang wakil kepada seorang menteri kanan memujuknya supaya meletak jawatan atau pergi bercuti panjang. Jika tidak beliau akan dipecat. Beliau juga ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Bank Pembangunan Islam di Jeddah dengan gaji yang sangat lumayan.

3. Sebulan selepas beliau digantung tugas, Raja-raja Melayu bersetuju memaafkannya jika beliau memohon maaf pada Yang Dipertuan Agong kerana menulis satu surat kontroversi kepada baginda. Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku apabila Salleh mengadap baginda.

4. Penggantungan 5 Hakim Mahkamah Rayuan yang akhirnya membawa kepada pemecatan 2 daripadanya dirancang bagi menghalang mereka mendengar permohonan Salleh supaya kes pemecatannya dikaji semula.

5. Sultan Johor yang menjadi Yang Dipertuan Agong ketika itu memberitahu Salleh bahawa baginda telah “dipergunakan”. Baginda mahu memohon maaf secara terbuka terhadap peranannya dalam pemecatan Salleh tetapi pihak atasan dari Kuala Lumpur akhirnya berjaya “memujuk” baginda jangan berbuat demikian.

18 tahun menelan pahit

Setelah 18 tahun, Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara telah mendedahkan kecelaruan sistem kehakiman negara akibat dari detik paling gelap dalam sejarah kehakiman negara.

Atas kuasa Alah, hakim-hakim tribunal yang menjatuhkan hukuman memecat Tun Salleh Abas iaitu Hakim George Seah dan Hakim Wan Sulaiman juga telah dipecat kerana didapati bersalah atas dakwaan salah laku juga oleh tribunal yang sama.

Kini, walau apa jua alasan Nazri Aziz, arus dan tuntutan untuk menilai semula krisis kehakiman 1988 semakin hangat dan membara. Sudah tiba masanya maruah kehakiman negara dikembalikan!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?