Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, October 16, 2006

KEBAJIKAN RAKYAT 'KEUTAMAAN' KAMI

1. Minyak

Harga minyak dunia berada di paras terendah selepas lonjakan tertinggi Julai lalu. Berbanding kadar Julai, USD$ 78.40 dengan kadar sekarang di bawah USD$ 60 setong. Pengurangan sebanyak RM 74 setong.
Husam Musa menyimpulkannya umpama, "Liatnya harga minyak nak turun, tak seperti cepatnya naik." Pak Lah dan Najib pernah kata, jika harga minyak dinaikkan sekaligus, ia lebih baik dan lebih sedikit dari naikkan berperingkat-peringkat. Faktor utama harga minyak naik ialah kerana harga pasaran dunia melonjak.

Nah! Sekarang harga minyak jatuh. Amacam Pak Lah dan Najib? Mau turun harga minyak? Berani?

2. Air...;


Menjelang 'Eidul Fitri, rakyat Selangor dah dapat dapat
habuan raya (bukan duit raya). Maklumlah, perkkhidmatan air di Selangor adalah yang terbaik di dunia (terutama di Kelang dan Shah Alam). Rakyat tak pernah ada masalah air. Selangor Maju! Maka rakyat Selanogr kena bayar lebih untuk yang 'terbaik.' Di Malaysia, hanya Kelantan yang ada masalah air. Kata Pak Lah, Sungai Kelantan dah jadi macam aya' teh, aya' kopi!

Soalan:

1. Benarkah Sungai Kelantan seteruk yang digambar dan dilaporkan di TV3? Mungkin benar. Tetapi manakah yang lebih kotor, busuk dan meloyakan berbanding Sungai Kelang? Sungai Kelang di mana? Kelantan? Kota Bharu? Pulau Melaka?

2. Kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Keng Yaik, "...beliau memberi jaminan bahawa kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah yang mewakili 42 peratus daripada jumlah penduduk di kawasan itu."

Jaminan macaman tu? Kos sara hidup turun? Harga minyak turun? Harga letrik turun? Atau purata pendapatan bulanan rakyat semakin naik?

Apa kerja wakil rakyat?

Di luar sana rakyat terpaksa hidup melarat di rumah usang, 7 adik beradik menanggung derita dalam keadaan ibu mereka koma 7 bulan tanpa peduli wakil rakyat dan kerajaan. Benarlah kata Pakdi:

"Kau yang duduk di Parlimen itu, kau yang duduk disebalik timbunan buku akademik itu, kau yang duduk di pejabat Putrajaya itu, kau yang buat kerja dalam pejabat penyelidikan yang serba lengkap itu, bergaduhlah puas-puas (dalam isu Ekuiti Melayu dan DEB membantu Melayu).

Masih ada Ah Pek, Subra dan Ali yang kelaparan di Malaysia."


Mana pergi wakil rakyat? Di era globalisasi ini, tugas wakil rakyat terbahagi kepada 2;

1. Menabur janji semasa pilihanraya
2. Menabur janji ketika kawasannya dilaporkan media kerana ada rakyat menderita

Lepas tu? Lepas tu mereka mengumpul kekayaan. Yang kaya menjadi makin kaya, yang miskin akan terus menderita apa kedana.

Wahai wakil rakyat semua, sila letak jawatan. Berikan tugas anda kepada staff-staff di Bersamamu TV3 atau Tabung Kebajikan Harakah. Kewujudan anda tidak dirasai, ketiadaan anda tiada kehilangan!

Baca:

Satu daripada ribuan derita rakyat
YB Husam ucap tahniah kepada Keng Yek
Pakdi bersuara dalam isu rakyat

Comments:
Saudara;

Harga minyak seliter = RM1.92
Harga Coca-cola seliter = RM3.69
Harga air mineral seliter = RM2.50 (jenama yang paling murah)

Kenapa orang tak complaint harga Coca-cola dan Air Mineral yang jauh lebih mahal dari harga minyak??

Sekadar bertanya.. Tolong jawab sikit..
 
Sbb coca-cola bukan termasuk dalam barangan keperluan asas (dharuriyat) manusia.

Maknanya, kalau tidak coca-cola sekalipun, rakyat boleh hidup. Berbeza dengan air dan minyak yang merupakan keperluan harian pada setiap masa dan ketika.

Tambahan pula, tak smeua orang minum coca-cola.
 
btul tu kitaro minami...

buat pa nak bising2 pasal harga coke dan mineral...

tapi ada satu benda yang bukan dhoruriyyat pun orang mmg slalu dok bising bila naik harga..ROKOK!haha..padan muka, sapa suruh isap rokok kan???
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?