Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, October 13, 2006

KUASA

Spiderman memang hebat. Daripada seorang lelaki bernama Peter Parker yang sering dibuli, lembik dan sentiasa kurang bernasib baik, tetapi dengan kuasa labh-labah, Peter Parker menjadi manusia hebat menyelamatkan mereka yang susah dan yang tertindas.

Begitu juga Superman. 'Superman the Return' membuktikan walaupun Louis Lane pernah menulis artikel bertajuk, 'Why the World doesn't need Superman' tetapi pada akhirnya terpaksa mengakui bahawa dunia sebenarnya memerlukan penyelamat. Dengan kepantasan melebih kelajuan peluru, kemampuan melompat menjangkaui bangunan tinggi, terbang seperti burung dan kekuatan seperti lelaki besi, Superman adalah lelaki terhebat di dunia.

Persamaan antara kedua-dua superhero ini ialah kuasa yang dimiliki mereka hanya wujud jikalau mereka terus wujud. Dan hakikatnya samada Superman, Spiderman, Batman mahun Cicakman, kesemua mereka adalah khayalan. Malah jika mereka wujud sekalipun, kuasa mereka tidak boleh dimiliki oleh kita mansia biasa.

Memang benar dunia memerlukan penyelamat. Tetapi penyelamat yang diutus bukannya Superman ataupun Spiderman. Dunia telah dihadiri seorang wira bernama Muhammad bin Abdullah. Kuasanya dipelihara sehingga ke akhir zaman. Muhammad bin Abdullah tidak pernah lemah walau dicaci, disakiti mahupun dihampiri batu Kryptonite. Kuasa yang dimilikinya boleh dikongsi bersama manusia sejagat dan dengan kuasa itu juga, manusia boleh terselamat dari api Neraka dan tidak akan sesat selama-lamanya!

Selamat menyambut Nuzul Qur'an...

Semoga mereka menjadi pewaris dan penjana
generasi al-Qur'an. Bukannya mat rempit yang menyusahkan diri dan orang lain.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?